A new life unfolded…

A new life unfolded…

Yes! Akhirnya berjaya gak aku siapkan layout blog ni. Aku dah malas nak guna blogspirit. Dari tahun 2006 sampai 2009 aku guna blogspirit, jd skrg aku nak guna wordpress plak. Dari balik kelas tadi dok godek2 mendalah ni. Siap gak las2. Heheh…

Sejak dapat tawaran LLB hari tu, aku langsung tak update blog. Bukan malas, tp bz sket la. Padahal kerja tak banyak pun lagi ;p. Sejak sambung LLB, rutin aku dah tukar dah. Rutin dulu, bangun kul 8,9,10… Bergantung kelas pukul brape. Kalau kelas stat petang, lg sedap tido ;D

Ofis LLB 1B 8/1/10 lepas gotong royong cuci ofis
Sekarang, pukul 6 camtu dah bangun dah. 7 lebey dah sampai kelas. Punch kad. Pergi kelas. Kalau kelas habis awal, kena tunggu sampai 4.30 baru boleh balik. Sebab nak kena punch out n paling awal boleh punch out kul 4.30. Tapi, biasanya hari Isnin je dapat balik awal. Macam minggu ni, nak kena wat video ngan persembahan ofis untuk induction Sabtu ni lagi. Asyik balik malam je…huhu

Oh ye. LLB (Hons) UiTM kan program professional. Lepas tu buat macam simulasi. Jadi, sebab tu kena punch kad, ada ofis hour sumer tu. Kelas kitorg dipanggil ofis, class rep dipanggil Office Manager, pastu dalam satu kelas ada 4 firms ngan 4, 5 atau 6 partners dalam satu firm. Kena wat filing mende sumer..hehe…

In short, welcome to a new world alltogether! Haha.. Dah tak boleh main2 ngan enjoy lebey2 mcm zaman BLS (Hons) dulu… ;D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: