Hari Belia Negara…

Hari Belia Negara…

Aku dapat kerja part-time untuk 3 hari bawah Youth Asia sempena Hari Belia Negara 2010 kat Putrajaya. Jumaat sampai Ahad [14-16 Mei 2010]. Distribute flyer untuk promote orang pergi Youth ’10. Dapat RM 50 sehari. Malam hari Khamis aku dapat sms, orang yang in-charge tu kata pukul 8.30 pagi nak kena ada kat sana dah. Gerak dari rumah pukul 8 pagi, pukul 8.25 sampai Putrajaya. Tapi, orang yang in-charge tu pun tak tau kat mana booth Youth Asia, jadi aku ngan adik aku [Ijat] lepak dalam kereta sampai dekat pukul 10.

Dah dekat pukul 10, baru jumpa orang yang in-charge. Dah ada budak2 lain kat situ. Rasa boring sebab semua ada member tapi aku datang sorang. Nak ajak Akmal, aku dapat emel pasal kerja ni pun lepas dia balik. Kalau tak boleh ajak dia. Huhu.. Tiba brader yang in-charge tu kata tak cukup sorang, tanya aku ada member lain tak yang nak kerja. Nak ajak Akmal tak leh la sebab dia dah kat Ipoh. Aku call sape2 yang dekat2, tapi semua ada hal. Ada apa hal. Apa ada hal. Eh, ngarut plak.

Last2 tak ada sape pun ganti. Dehydrated aku duduk kat Putrajaya tu dari pagi sampai pukul 7 lebih. Muka dah macam Brad Pitt buat tanning. 😀 Haha. Panas giler. Rasa masam macam nak suruh pasang kipas banyak2. Huhu. Hari ni [Jumaat] tak ramai orang sangat. Orang kerja agaknya. Anak-anak belia pun sekolah hari ni. Esok [Sabtu] ramai la kot. Sebab cuti + ada Jomheboh lagi. Tadi, lepas solat Jumaat, aku kena jaga area Extreme Dance Competition – Solo Category ngan Sham, sorang mamat Sabah ni. Dah la panas. Dengan muzik2 shuffle, tektonik entah apakebendanya semua tu. Pening2~ Dapat gak la tarik sorang  dua suruh daftar untuk dance competition Youth ’10 tu nanti. Hehe.

Haa.. Promote sikit. Sape2 yang umur 15-30 tahun, nak masuk futsal (RM 100 per team), dance competition (solo RM 10, group RM 30), battle of the band (tak ingat fees dia), leh la register kat booth Youth Asia kat Putrajaya ni. Youth ’10 ni dari 28-30 Mei ni kat PWTC, KL. Kalau nak pas masuk Festival Youth ’10 free, klik kat sini. Kalau tak, kena bayar RM 20 at the door untuk the whole 3 days. Nak tau amendenya Youth ’10 ni, klik sini.

Esok [Sabtu] start pukul 10 pagi. Sampai pukul 9 malam kot. Lusa [Ahad] pulak dari 10 pagi sampai 7 malam. Sekarang aku ngantuk giler. Kaki pun macam nak krem dah. Huhu.. Oh, lepas sampai rumah tadi, kitorang celebrate belated Mother’s Day ngan mak aku. Kat Pizza Hut seksyen 20. Hehe.. 🙂 Enjoy gambar2 kat bawah:

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: