List three jobs you’d consider pursuing if money didn’t matter.

List three jobs you’d consider pursuing if money didn’t matter.

Topik ni topik yang WordPress cadangkan untuk aku update blog. Memandangkan di pagi hari ni aku belum ada mood untuk gerakkan otak buat opinion, mari kita update blog dengan topik ni. These are the jobs which I’d consider pursuing if money didn’t matter:

Ya. Aku teringin nak jadi Nuffnang blogger liaison. Sebab aku suka jumpa orang. Organize event. Especially dengan fellow bloggers. Dah la Nuffnang tempat kerja ala ala Google. Aku pernah pergi ofis diorang kat Jalan Yap Ah Shek, kat Asian Heritage Row, sangat cool. Pergi kerja pakai t-shirt and jeans. Takde bilik-bilik, dia open concept. And they are like family. Lepas tu, kerja dengan Internet sepanjang masa. I like! 🙂

  • CIKGU SEKOLAH RENDAH

Aku pernah jadi guru ganti kat SK Alam Megah Dua tahun 2009 dengan 2010. Aku rasa, profession perguruan sangat menarik. Terutama mengajar murid-murid sekolah rendah [aku pernah ajar sekolah menengah jugak, tapi sekolah rendah yang terbaik]. Rasa seronok bila dapat ajar murid-murid ni. Bukan apa, dia macam ada satu kepuasan bila kita mengajar. Terasa kita ada sumbang sesuatu kat masyarakat. Hehe. Dahla hari guru dapat hadiah. Sampai sekarang pun, kalau budak-budak sekolah tu nampak aku kat rumah, diaorang panggil, Cikgu! Hehe..

  • JAGA CYBER CAFE
Gambar diambil dari: http://pahangdaily.blogspot.com

Macam aku cakap and korang semua tau, aku Internet-addict. Dari zaman kewujudan Internet sampai la sekarang, zaman takde privasi sebab masing2 ada FB ngan Twitter, aku giler Internet. Internet sangat mengujakan. Jadi kalau dapat kerja jaga cyber cafe, pergh, memang syok la! Haha.

Boleh tak kalau aku nak tag orang untuk post ni. Aku nak tag:

  1. Jihad
  2. Izzati
  3. Abang Faiz

Tq! 😀

One Reply to “List three jobs you’d consider pursuing if money didn’t matter.”

  1. Pingback: List three jobs you’d consider pursuing if money didn’t matter. « Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: