Masjid Al-Falah, USJ 9

Masjid Al-Falah, USJ 9

Aku suka masjid ni. Selain ketenangan yang boleh kita jumpa kat dalam masjid ni, aku suka reka bentuk dengan hiasan dia. Lain dari masjid-masjid yang ada kat Malaysia.

Sungguh berseni. Ukiran kat tepi siling, kat dinding… Cantik.. Ingat lagi dulu masa buat lower 6 sekejap 6 tahun lepas sebelum masuk UiTM buat pre-law, kitorang budak-budak pra-U ni pergi Perpustakaan Hipermedia MPSJ, lepas tu singgah sini. Masa mula-mula masuk masjid ni dulu, rasa macam, wow! Hehe..

Tapi, sekarang perpustakaan tu dah takde lagi. Dah pindah kompleks 3K. Eh, 3C rasanya. Ah, tak kisah la. Tapi, dekat-dekat situlah. Masjid ni je masih ada. Dan ofis aku pun sekarang dekat dengan masjid ni. Kalau jalan kaki adalah dalam 43 langkah. Kesimpulannya, marilah kita menunaikan solat.

p/s: Ok, sebenarnya aku bosan. Dalam otak aku sekarang dok fikir cuti-cuti-cuti. Seminggu je lagiiiiii~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: