Trip to Medan, Indonesia [Day 1] – 10/12/11 (Part 1)

Trip to Medan, Indonesia [Day 1] – 10/12/11 (Part 1)

Album gambar Trip ke Medan [Day 1]

Baru-baru ni aku ke Medan dengan famili aku. Trip 3 hari 3 malam dari 10/12/11 sampai 12/12/11. Sebab cuti Sultan Selangor hari Isnin tu, lepas tu kitorang pun dah lama tak cuti sama-sama, jadi kitorang decide nak pergi ke Medan sebab tiket ke situ yang paling murah. Dah check Bandung, Jakarta, Acheh, Padang, Pekanbaru, Makassar, Bali, tetap Medan yang paling murah. Heehee. Sebelum pergi tu, dah siap research dah, baca kat blog John sebab dia pernah pergi Medan. Sebab nak tau gak apa yang boleh expect kat sana memandangkan dalam famili aku, tak ada sorang pun yang pernah pergi Medan [tolak Kak Een pembantu mak aku sebab dia memang asal Medan. Tapi bandar Medan tu sendiri dia tak pernah pergi memandangkan Medan ialah satu bandar yang teramaaaat besar].

Sedikit info pasal Medan [dapat dari Wikipedia + penerangan tourist guide kitorang, Pak Adibyo [bukan Adebayor tau. haha]. Medan ni bandar yang keempat terbesar di Indonesia lepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Medan ialah bandar terbesar di kepualauan Sumatera. Jumlah penduduk: 2 juta + orang. Maknanya macam KL lah bilangan penduduk dia. Medan wujud sejak tahun 1590-an. Terkenal sebab pemandu kereta+motor+apa-apa yang ada hon, suka menghon. Haha.

Asalnya aku cadangkan kat bapak aku, kita backpacking je ke sana. Tapi gila kau ada budak umur 7 tahun, 9 tahun dengan 1 tahun nak backpacking. Hehe. Jadi, kitorang guna khidmat travel agency dari Indonesia, Saffira Tour & Travel sepanjang kitorang kat sana 3 hari 3 malam. Tapi banyak itinerary agency ni yang kena diubah memandangkan banyak jugak perkara tak dijangka berlaku sepanjang kat sana.

Oklah, dah panjang melalut. Hehe. Hari ni aku nak cerita pasal hari pertama kitorang kat sana. 🙂

DAY 1 – [10/12/11]

Flight kitorang Sabtu pukul 8.45 pagi dari LCCT. Memandangkan ni trip pertama aku ke luar negara dan trip pertama nak naik kapal terbang [paling hampir dengan naik kapal masa aku pegi Petrosains, naik helikopter simulasi tu. haha] sejak aku bernafas, aku excited giler-giler. Masa kat ofis hari Jumaat fikiran tak tenang,  melayang-layang. Malam hari Jumaat tu, aku tak boleh tidur. Pukul 3 lebih baru masuk tidur. Tak tau nak kemas barang apa. Apa nak bawak, macam mana nak kemas. Haha. Jadi, last-last aku bawak travel toiletries bag aku yang penuh diisi dengan barang-barang kebersihan diri ;p, t-shirt 4 helai, boxer, selipar dengan seluar dan kain pelikat. Eh, banyaknya. Haha!

Esok paginya, hari Sabtu, pukul 5 pagi aku dah kena bangun sebab kereta aku nak kena tinggalkan kat rumah satu lagi. Lepas dah setel semua, kitorang gerak ke LCCT sampai dalam pukul 7.40 pagi. Dah agak lambat tu. Nasib baik dah buat web check-in dan print boarding pass. Jadi, kitorang gerak ke kaunter luggage check-in. Masa kat kaunter luggage check-in ni, dia akan check passport dengan boarding pass kita sekali. Masa ni la satu kejadian tak diduga berlaku.

Dalam gambar sebelah kanan-bawah tu, semua orang tengah serius berbincang, apa nak dibuat. Sebab masa dia check-check passport tu, rupa-rupanya bapak aku tak perasan, tempoh sah passport dia dah tinggal 5 bulan. Sebab bila nak keluar Malaysia, peraturan dia ialah tempoh sah passport masa kita nak berangkat tu, mesti sekurang-kurangnya 6 bulan. Lebih memeningkan, masa book tu, adik aku si Adzim umur setahun kitorang letak dia dengan bapak aku. Sebab imigresen kat Putrajaya bukak hari Sabtu dari pukul 8 pagi sampai 1 petang, jadi ingat bapak aku naik next flight, jadi yang lain gerak dulu. Bila jadi macam ni, mak muda aku pun kena tinggal jugak la sebab takkan bapak aku nak naik berdua dengan Adzim. Kalau Adzim nak susu? Haaaa… Jadi, diorang berdua kena kompaun RM 100 seorang sebab tukar masa penerbangan. Masa ni bapak aku dah risau sebab tolak diorang berdua, aku, mak aku dan adik-adik aku semua first time traveller. Alya dan Aisya pernah la naik flight pergi Padang tapi mana la diorang reti kan prosedur camne sebab umur baru 7 tahun dengan 10 tahun.

Jadi, aku pun menggalas tugas jadi pemangku ketua rombongan. Nasib baik aku baca travelogue orang lain sebelum pergi, sebab kalau tak, masa dia bagi departure & arrival card dengan borang kastam, sumpah aku tak reti apa nak buat. Hehe. Jadi, bila dalam flight dia bagi mendalah-mendalah ni, korang isi siap-siap dalam flight, jadi tak ada lah kelam kabut bila sampai airport nanti kan. Lepas tu, kad departure/arrival tu, lepas dah lepas imigresen negara yang korang pergi, diorang akan pulangkan satu bahagian kad lagi, yang kena dipulangkan masa korang nak keluar dari negara tu. Simpan elok-elok dalam passport tau. Sebab kalau hilang, masaklah korang. Haha.

Lepas dah lepas imigresen Malaysia, pergi ke balai berlepas, terus masuk flight. Kami memang agak lambat. Antara orang yang akhir-akhir masuk. Lepas tu, flight kami QZ [AirAsia Indonesia], jadi semua announcement, signboard, dalam bahasa Indoensia. Jadi, aku belajar perkataan baru, kebuk pengaman. Sila pasangkan kebuk pengaman anda. Haha. Rupanya itu tali pinggang kaledar. Hehe. Jadi, flight berlepas pukul 8.45 am, sampai sana dalam 9.15 am jam aku. Maknanya kat Medan baru pukul 8.15 am [waktu tempatan Indonesia lewat sejam dari Malaysia]. Sekejap sangat. Tak sempat buat apa pun. Macam dari Shah Alam ke KL je. Heheh.

Sampai-sampai, aku tengok airport dia, ya Allah, comelnya. Haha. Kecik je Airport Polonia ni. Dari kapal terbang nak ke terminal korang kena jalan kaki atas tarmac airport tu tanpa bumbung. Betul-betul rasa macam turun bas. Haha. Sebab kad arrival adik-adik aku semua tak isi lagi, kitorang pergi satu kaunter kecik kat airport tu. Nasib baik ada brader Rudy Asmah, orang AirAsia Indonesia yang jaga airport tu. Dialah tolong isikan borang tu kasi cepat sikit. Tapi, ada ke patut dia panggil aku pakcik. Dia panggil mak aku makcik pastu dia kata makcik sama pakcik sambil pandang muka aku. T.T huhuhu. Mak aku kawen laki muda ke? hahah.

Dekat Bandar Udara Polonia ni, ada 3 kaunter imigresen untuk masuk. Satu untuk residen, satu penduduk Indonesia, satu lagi untuk warga asing. Jadi, beraturlah kat situ. Nanti dia akan tanya, buat apa datang sini? Berapa lama nak duduk sini? Sepanjang kat sini nak tinggal kat mana? Lepas tu, dia ambil cap jari kanan [4 jari tolak ibu jari] dan ambil gambar untuk rekod. Masa ni, rasa macam tak percaya, aku dah kat luar Malaysia! haha.

Lepas dah selesai urusan imigresen, tibalah masanya nak claim baggage bapak aku yang dia check in kat LCCT tu. Check-check, tak ada pulak begnya. Sekali lagi, abang Rudy come to the rescue. Dah check semua-semua, tapi tak ada jugak. So, lodge report, nanti kalau ada dia akan call. So, kitorang pun keluar dari airport dan bermulalah trip kami ke Medan. Keluar-keluar, tempat pertama aku nampak Petronas. Aku pernah baca kat satu blog ni, dia kata kalau nak backpacking ambik becak dari Petronas ni. Tu yang keluar-keluar ini tempat pertama aku nampak. Heee.

Jadi, perjalanan diteruskan dengan menaiki van tour agent kitorang. Pak Adibyo tour agent, pilot dia [pemandu van kitorang] Pak Mukhlis. Dia pun cerita pasal Medan sepanjuang dalam van. Masa keluar-keluar dari Polonia ni, korang akan nampak ada satu kawasan perumahan eksklusif kat sebelah kiri jalan. Nampak rumahnya tinggi. Siap ada patung orang naik kuda besar lagi. Pak Adibyo kata, tu memang tempat orang kaya. Dalam 2 billion harga rumah tu dia kata. Tapi, tak pulak dia cakap, RM ke Rp. Hehe. Masa nak ke van tu, telinga aku dah alert dah bunyi-bunyi hon kat sini. Memang betul cakap John, kat sini orang memang suka hon! Jumpa orang, hon. Jumpa kawan, hon. Nak suruh ke tepi, hon. Nak suruh cepat, hon. Haha. Tapi diorang faham, bila dah kena hon macam tau apa nak dibuat. Pak Adibyo kata, nak test jantung, boleh lah diri tepi jalan kat Medan ni. Haha.

Tempat pertama yang kami pergi ialah dekat pedagang valuta asing [pengurup wang berlesen]. Heheh. Sebab duit tak tukar lagi masa kat Malaysia. Tapi kedai yang kami pergi ni rate dia tak bagus sangat. RM 1.00 = Rp. 2,820. Sebab bapak aku dapat tukar duit RM 1 = Rp. 3000+. Lepas dah tukar duit, masing-masing lapar. Jadi, lepas tu kitorang pergi ke Amaliun Food Court. Kat food court ni, masa aku pergi tak ramai orang sangat. Makanan pun tak banyak lagi. Pak Adibyo kata malam happening tempat ni. Atas food court ni ada satu hotel Islam. Tapi, aku dah lupa apa nama hotel tu. Aku makan nasi dengan lele [Rp. 17,000]. Adik aku ambil nasi goreng cendawan [Rp. 17,000]. Rasa dia sedap gakla. Tak banyak sangat beza dengan Malaysia. Tapi air dia, lainn. Haha.

Aku order teh o ais [teh manis dingin-Rp. 4,500]. Yang ni rasa dia sama. Adik aku, Ijat, nak teh ais. Dia pun order [teh pakek [pakai] susu dingin- Rp.5,000]. Lepas dah dapat, Ijat cakap kat kami “ni susu pakek teh, bukan teh pakek susu”. Haha. Sebab kat sini [dan aku dah cuba order kat tempat lain, memang disahkan], susu tu lebih dari teh. Jadi rasa susu lebih kuat dari rasa teh. Siapa yang tak suka manis, memang tak gemar la. Sebab manis rasa susu dia.

Lepas dah penuh perut, dan bapak aku pun tak sampai-sampai lagi, kitorang teruskan perjalanan ke kedai kain dan telekung. Masa ni hidung aku dah start buat hal. Hidung aku memang gedik mengada sensitif. Hehe. Kalau ada habuk sikit, mulalah terbersin2. Tapi, kat sini debu2 kat jalan tu memang mantappp. Jadi, dari kat Amaliun food court sampailah ke kedai telekung, aku terbersin2, mata dah merah2, muka dah gatal2.

Masjid Raya, Medan
Kahwin, Meninggal, Ulangtahun, kat sini hampir semua ucapan pakai mendalah ni. Tak payah pakai bunting. Kreatif. Tapi, letak kat tengah-tengah divider jalan, kat depan hotel, kat tempat pejalan kaki. Haha. Sangat unik!
Kalau Malaysia halalkan parabola, confirm Astro bungkus. Hehe

Part 1 tamat. Bersambung Part 2.

19 Replies to “Trip to Medan, Indonesia [Day 1] – 10/12/11 (Part 1)”

  1. Hi there!!

    For futher informations and promotions on trip to Medan do not hesitate to contact me directly.. 🙂 or email me to mawaddah_tours@yahoo.com

    Sabrina
    +60132702887
    Mawaddah Trans Tours 🙂 happy

    Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:”Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh coretan sedikit disini untuk kebaikan kita bersama , semoga kemurahan hati Tuan/Puan blogger untuk memberi izin coretan ini, akan dibalas pahalanya oleh Allah SWT hendaknya amii.Ini hanya untuk berkongsi pengalaman di Medan Indonesia.Saya ambil dua org Pak Supir yang sangat baik dan berpengalaman.Mereka memandu bergilir-gilir.Hanya Rm350 seorang.Apa yang anda dapat ialah 1 malam penginapan di Kota Medan.Di medan anda akan dibawa ke berjalan2 sekitar medan.Merdeka Walk,Istana Maimoon,Pajak Ikan.Toko Batik yang sgt murah untuk shoping kain2 telekong,Seharian pak supir akan bersama anda.beritahu sahaja mana nak pergi.karaoke spa dan sebagainya.Kemudian penginapan 1 malam di Lake Toba.Dalam perjalanan ke Lake Toba anda akan di bawa ke Pasar Buah Brastagi.shoping 2.menikmati permandangan,menaiki kuda,kemudian akan di bawa ke air terjun Sipiso Piso dan akan di bawa ke pos2 permandangan indah berlatar kan Lake Toba.sampai ke Lake Toba anda akan ke Kg Tomok Pulau Samosir mengunjungi Kg Batak Karo di sana.Bermalam Di Lake Toba.Dalam perjalanan pulang akan di bawa ke Hot spring dan juga Sungai Belerang.mandi sekiranya sempat.Sungai belerang baik untuk kulit.Anda akan dijemput dan dihantar pulang di Airport Kualanamu.Kalau teksi hanganya lebih kurang rm40 sehala.Total Rm80 pergi balik ke Kota Medan.Pakej ini termasuk makan tengahari dan malam.Makan pagi di hotel.Perjalanan menaiki kereta atau mpv sangat selesa.tidak terlalu laju .Rata2 pemandu disana memandu agak laju dan cilok2.sangat bahaya.Perkhidmatan bas dan group juga disediakan.Banyak lagi yang x sempat diceritakan disini.tujuan saya hanyalah untuk membantu sekiranya masih tercari-cari dan juga untuk membandu Bapak Supir yang sya rasa sgt baik dan flexible.Sekiranya perlukan lebih informasi just call or sms 0124156404 atau email wira8594@gmail.com. Maaf agak panjang.

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh coretan sedikit disini untuk kebaikan kita bersama , semoga kemurahan hati Tuan/Puan blogger untuk memberi izin coretan ini, akan dibalas pahalanya oleh Allah SWT hendaknya amii.Ini hanya untuk berkongsi pengalaman di Medan Indonesia.Saya ambil dua org Pak Supir yang sangat baik dan berpengalaman.Mereka memandu bergilir-gilir.Hanya Rm350 seorang.Apa yang anda dapat ialah 1 malam penginapan di Kota Medan.Di medan anda akan dibawa ke berjalan2 sekitar medan.Merdeka Walk,Istana Maimoon,Pajak Ikan.Toko Batik yang sgt murah untuk shoping kain2 telekong,Seharian pak supir akan bersama anda.beritahu sahaja mana nak pergi.karaoke spa dan sebagainya.Kemudian penginapan 1 malam di Lake Toba.Dalam perjalanan ke Lake Toba anda akan di bawa ke Pasar Buah Brastagi.shoping 2.menikmati permandangan,menaiki kuda,kemudian akan di bawa ke air terjun Sipiso Piso dan akan di bawa ke pos2 permandangan indah berlatar kan Lake Toba.sampai ke Lake Toba anda akan ke Kg Tomok Pulau Samosir mengunjungi Kg Batak Karo di sana.Bermalam Di Lake Toba.Dalam perjalanan pulang akan di bawa ke Hot spring dan juga Sungai Belerang.mandi sekiranya sempat.Sungai belerang baik untuk kulit.Anda akan dijemput dan dihantar pulang di Airport Kualanamu.Kalau teksi hanganya lebih kurang rm40 sehala.Total Rm80 pergi balik ke Kota Medan.Pakej ini termasuk makan tengahari dan malam.Makan pagi di hotel.Perjalanan menaiki kereta atau mpv sangat selesa.tidak terlalu laju .Rata2 pemandu disana memandu agak laju dan cilok2.sangat bahaya.Perkhidmatan bas dan group juga disediakan.Banyak lagi yang x sempat diceritakan disini.tujuan saya hanyalah untuk membantu sekiranya masih tercari-cari dan juga untuk membandu Bapak Supir yang sya rasa sgt baik dan flexible.Sekiranya perlukan lebih informasi just call or sms 0124156404 atau email wira8594@gmail.com. Maaf agak panjang.

  4. 4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    ——————————————————————–
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE

    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara – IndonesiaTelp // WhatsApp :+6282160211106
    Email:hamzahsaragih@ymail.com
    Web:http://hamzahsaragih.blogspot.com
    Facebook:Hamzah Saragih Ym:Hamzah Saragih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: