Uniquely Singapore: Part 1

Uniquely Singapore: Part 1

SEBELUM INI: Sneak Preview

Trip ni datang tanpa dirancang. Haha. Hujung tahun lepas, sebelum Air Asia buat awesome deal yang tiket 10 sen tu, aku baru berjinak-jinak dengan laman Air Asia. Yelah, masa tu kan eksaited nak berbackpacking ke Thailand. Haha. Dengan tak sengaja, aku TERbeli tiket ke Kota Singa sebab harga tiket yang agak munasabah. Dah terbeli tu, aku pun tanya bestfriend aku, Akmal, nak ikut tak? Dia fikir punya fikir, akhirnya dia setuju. Aku pun teruslah book kan tiket untuk dia. Trip ni agak risky dari segi kewangan sebab masa ni aku baru balik dari Thailand [kurang 2 bulan] dan aku baru mula kerja secara rasminya. Tapi, kita hanya rancang. Allah tentukan. Hehe. Kalau nak jadi tu, jadi jugak. Akhirnya, 3-6 Februari baru ni, kami pun telah berjaya menakluk Singapura, dan bertambahlah percentage negara-negara luar yang aku dah pergi. Alhamdulillah… Aku pilih tarikh ni sebab 6/2/12 cuti ganti Maulidur Rasul dan 7/2/12 pulak cuti Thaipusam dan masa ni boleh rehat kat rumah.

Rancangan ni pun sebenarnya berubah. Sebab masa book tiket, aku tak perasan yang 7/2/12 cuti Thaipusam. Makanya, aku book tiket balik pagi hari Ahad 5/2/12, sebab kekdahnya nak berehat kat rumah hari Isnin sebab Selasa kerja. Tapi, bila tau Selasa cuti, fikir punya fikir, kami pun buat keputusan, burn tiket 5/2/12 tu dan balik naik bas. Kaya? Haha. Aku rasa, aku akan lagi menyesal kalau aku balik hari Ahad pagi [sebab sekejap sangat] daripada aku menyesal burn tiket flight balik. No regret. Bermulalah trip kami ke Singapura pada malam 3/2/12…

DAY I – Jumaat, 3/2/12

Aku memang bersemangat sangat. Pertama kali nak ke Singapore katakan. Haha. Sebelum pergi tu, dah buat research kat Wikitravel dan blog-blog lain. Tapi, yang paling membantu, fellow blogger, Lonely Travelog. Kebetulan dia ‘Like’ blog post aku satu hari tu. Lepas tu, tengok-tengok dia orang Singapura. Terus tanya, consult pasal itinerary yang kami dah plan. Dia siap review lagi. Thanks bro! Tak sia-sia dia tolong sebab 4 hari kami kat Singapura, jadual kami memang padat. Haha. So, aku buat kerja dengan pantasnya kat ofis hari ni. Zup zap zup zap setel fail. Biasa fail aku, average dalam 3-4 fail sehari. Hari ni, 8 fail aku siapkan! Siap clerk aku kata “Waa! U soo fast ah today!“. Haha. Haruslah pantas kan. Nak ke obersi malam satgi.

Sampai-sampai rumah dalam pukul 6.30 petang, aku terus pergi Hero, cari roti, tuna dan megi. Kata nak jimat kan. Hehe. Tiba-tiba dalam pukul 7 lebih Akmal dah call. Dia dah sampai rumah aku. Terus bergegas ke rumah, mandi kemas beg semua. Dalam pukul 9.00 malam [lepas tunggu adik aku Alya sampai sebab dia nak ikut], baru kami bergerak ke LCCT. Agak lambat sebenarnya. Aku pun pecut habis-habisan ke sana. Sekali dah sampai lepas tol, aku baru teringat, KAMERA AKU TERTINGGAL DALAM ALMARI! Damn! Keciwa aku masa tu. Giler apa tak bawak kamera pergi travel. Aku dah rasa sedih, frust semua ada dah. Aku drive masa ni pun, senyap je. Nasib baik Akmal punya kamera fon cantik, adalah jugak kamera untuk kami ambil gambar. Hehe.

Sampai LCCT, memandangkan ni first time kami berdua travel naik flight sendiri, kami tak tahu mana nak pergi. Ke sana ke sini. Rupanya terus je ke gate untuk penumpang kat sebelah kedai jual2 perfume tu. Haha. Jahilnya kami. Masa ni dah lebih 9.30 malam. Akmal pulak tak makan lagi. Setel imigresen semua, kami pun ke Dunkin Donuts makan 6 keping ke berapa ntah, donat dalam masa 10 minit je! Haha. Sebab ingatkan gate berlepas dah bukak.

Turun-turun bawah. Tengok jam dah pukul 10.10 malam. Kata bukak gate waktu ni. Tapi tak bukak lagi. Kami pun bergambarlah dulu. Haha.

Menunggu gate bukak...
... tapi tak bukak-bukak lagi...

Bila gate dah bukak, kami pun terus masuk dalam kapal terbang. Patutnya berlepas pukul 10.30 malam, tapi dalam pukul 11.00 malam baru berlepas. Tapi, tak kisahlah. Aku tak tau nak expect berapa lama akan sampai ke Singapura. Dulu ke Medan, dalam 45 minit je. Rasa macam, eh dah sampai? Tapi, kali ni, setengah jam je weyh!! Lepas berlepas pukul 11.00 malam, tengok-tengok dalam pukul 11.27 malam macam tu dah sampai. Tak sempat nak panas punggung langsung. Macam pergi KL je rasanya. Haha.

Oh, AirAsia kali ni tak turun kat Budget Terminal Changi Airport, tapi turun kat Terminal 1, Changi Airport. Memang bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya terminal ni besar sikit. Macam-macam ada. Bila sampai kat Changi, kami tak terus clear immigration. Kami pusing-pusing keliling bangunan Terminal 1 ni dulu.

Travelator di Changi International Airport, Terminal 1
Welcome : Selamat Datang : 欢迎 : நல்வரவு
Ramainya orang beratur kat imigresen...

Dah jalan-jalan kat dalam terminal, kami mula berfikir, kat mana nak tidur malam ni. Ikut itinerary memang malam ni nak tidur airport je. Yelah, flight malam, kalau book hostel, aku rasa macam rugi je. Ada satu port tengok ramai orang tidur, macam makeshift bed lah siap ada air terjun segala bagai, tenang je rasa. Tapi… dah full pulak. Hehe. Last-last kami decide untuk clear imigresen dulu. Lepas clear imigresen dan lepas kastam, tengok-tengok terus sampai kat belah luar. Dah mula rasa menyesal dah. Kenapa lah tak tidur je kat atas tadi, sebelum clear imigresen. Banyak je kerusi empuk-empuk, siap karpet lagi. Hehe.

Pusing keliling bawah tu, tengok ada eskalator naik ke atas. Dia menuju ke area Skytrain untuk ke Terminal 2/Tren ke bandar. Naik-naik atas tengok, wahhh.. banyaknya kerusi. Dan ramai orang tidur jugak. Kami jalan-jalan sampailah jumpa satu kawasan tiang ni, ada bangku kayu kat setiap sudut tiang tu. Akmal ambil satu spot, aku ambil satu spot.  Susun beg buat bantal. Jadi, malam ni, kami akan tidur di:

Tempat aku tidur kat Terminal 1, Changi Airport...

Masa ke sini, aku bawak 2 botol air kosong 1.5 liter sebab kalau boleh, untuk awal-awal perjalanan, aku nak elak beli air kat sini. Aku risau jugak kalau tak ada watercooler. Dah payah. Aku pun pusing-pusing, sambil suruh Akmal tengok-tengokkan beg aku. Aku lalu kat depan kaunter Thai Aiways, menuju ke tandas, dan rasa sangat lega bila kat sebelah pintu masuk ke tandas tu, ada…

Penyelamat!

Apa lagi, terus isi penuh-penuh botol-botol air yang aku bawak tu. Hehe. Dah isi air, aku pun baring untuk cuba lelapkan mata. Ya Allah, memang sungguh mencabar masa mula-mula nak tidur. Jam dah pukul 1.00 pagi. Lampu sangat terang. Aircond sejuk gila. Tambah seksa, aku pakai seluar 3 1/4, tanpa ada selimut ke apa. Sweater yang aku plan nak bawak pun tertinggal jugak [kesan kemas barang last minute. hehe]. Last-last aku ambil backpack kecik aku, buat bantal peluk, peluk erat-erat. Haha. Nak buat tahan sejuk. Memang mencabar, tapi akhirnya berjaya jugak aku lelapkan mata. Akmal berjaya tidur ke tak agaknya? Hehehe…

Abang kat sebelah kiri gambar ni pun baru nak start tidur...

BERSAMBUNG: Part 2

8 Replies to “Uniquely Singapore: Part 1”

    1. haha. tu la pasal. kat transit area lampu malap sket.. pastu ada karpet.. sedap je nak tidur. tapi aku dah teruja sangat, selagi tak cop passport, selagi tu maknanya aku belum officially in singapore. tu keluar jugak. heheh.

      tapi nasib baik ruang departure hall tu ada bangku2 kayu tu, dapat gak lah lelap kat situ. hehe. tapi bila bangun pagi, perrghh.. sakit badan + sejuk menggila. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: