Uniquely Singapore: Part 3

Uniquely Singapore: Part 3

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 2

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Tengok jam, awal lagi. Nak duduk kat Raffles Place lama-lama pun, macam takde benda nak dibuat. Jadi, kami masuk balik stesen MRT Raffles Place untuk ke Marina Bay. Dari Raffles Place, cari je signboard menghala ke MRT Marina Bay [nak jalan kaki pun boleh sebenarnya dari Raffles Place. Tak jauh dah. Singapura ni kecil, jalan-jalan, pusing-pusing, tengok-tengok dekat je semua tempat. Tapi, nak menapak boleh tahan gak lah kepenatan dia. Hehe].

Sampai-sampai Marina Bay, ingat dekat je nak jalan. Sekali, haa. amek kau. Haha. Kami keluar, lintas jalan besar, lepas tu bercamwhoring lah kat area Marina Bay. Wah. Gerek sih! Haha. First time nampak Marina Bay Sands depan mata, nampak skyscrapers kat pusat bandar Singapura, nampak The Float, Singapore Flyers… rasa macam tak percaya pun ada. Tapi, memang kena percayalah. Hehe. Akhirnya berjaya jejak kaki ke sini. Masa ni cuaca tak berapa nak panas. Jadi, oklah jalan-jalan. Tengok atas, awan pun bergerak laju je. Mungkin sebab tempat ni kat hujung pulau, tu yang angin gerak laju kot? Tapi serius, dah lah rendah, laju pulak tu.

Route kami jalan kaki di area Marina Bay...

Jadi, dari Marina Bay, kami berjalan ikut tepi-tepi boardwalk dia tu, sampailah kami jumpa hotel Fullerton dan si Merlion. Main jalan je, dengan takde mapnya. Takde GPS nya. Dengan begnya. Dengan tak mandinya. Redah jangan tak redah. Haha.

Marina Bay... (L) to (R): The Float, ArtScience Museum, Singapore Flyers and Marina Bay Sands...
Singapore's skyscrapers. Serius masa ni rasa macam ala-ala kat Aussie atau obersi. Eh, memang kat obersi pun kan? Haha
Menghayati suasana konon.. ;p
Akhirnya setelah 24 tahun, berjaya bertentang mata dengan si Merlion!

Dari Merlion, kami ikut bawah jambatan yang ada Starbucks dan kafe-kafe lain. Sangat stail bawah jambatan ada kafe ok bukan warong. Haha. Oh, kat Singapura kami perasan banyaaak Starbucks. Lepas satu, satu, lepas satu, satu. Burger King pun sama. Lepas tu, kami naik ke atas jalan dan lintas Anderson Bridge, jambatan yang merupakan salah satu laluan kereta F1 untuk Singapore Grand Prix. Lintas jalan, kami belok kiri dan jumpa Asian Civilisations Museum. Tak masuk pun sebab mesti kena bayar mahal. Haha. Tengok senibina dia pun dah cukup mengujakan aku. Cantik. Senibina zaman Inggeris.

Asian Civilisations Museum...

Dekat belakang muzium ni, ada tempat landing Sir Stamford Raffles tak silap aku. Ada jugak statue dia kat situ. Tapi, aku tak ambil gambar. Sebabnya, aku tak tau pun kewujudan tempat tu asalnya. Balik Malaysia check balik, baru perasan. Tapi, kalau aku tau pun taknaklah ambil gambar dengan tugu Stamford Raffles. Kalau orang Singapura/barat anggap dia sebagai pengasas Singapura Moden, aku anggap dia sebagai penjajah Singapura, sama macam Francis Light. Patriotik la tu? Hahaha.

Dari depan muzium ni, kami lalu Cavenagh Bridge. Serius jambatan ni buat kami kagum. Sangat klasik!

Cavenagh Bridge is the only suspension bridge and one of the oldest bridges in Singapore, spanning the lower reaches of the Singapore River in the Downtown Core. Opened in 1870[1] to commemorate Singapore’s new Crown colony of the Straits Settlements status in 1867, it is the oldest bridge in Singapore that exists in its original form. – Wikipedia

Cavenagh Bridge...

Lepas lintas jambatan ni, sampailah kami ke Menara Maybank. Eh, bukan Menara Maybank kat Pudu tu. Ni Singapura punya Menara Maybank. Diorang pun ada tau. Hehe. Sampai sini, kami belok kanan untuk ambil gambar dengan sculptures yang ada kat sini.

Akmal dan rakan-rakan pelbagai bangsa...

Dah selesai kat kawasan ni [ramai lagi orang tunggu nak ambil gambar kat sini], kami pun terus je jalan, dan lepas tu belok kiri. Aku nampak bangunan OCBC Centre. Masa aku sekolah rendah, time subjek Pendidikan Seni, kalau kena lukis bangunan tinggi-tinggi, mesti aku akan masukkan bangunan ni sekali. Sebab masa tu, bangunan ni je yang aku tau ada dan terkenal kat Singapura.

OCBC Centre...

Dan bila pandang depan, ada sculpture lagi.

Another sculpture...

Dan alangkah gila bapak terkejutnya kami bila tengok-tengok, bangunan putih kat tepi sculpture tu ialah stesen MRT Raffles Place. Haha. Pi Mai Pi Mai Tang Tu sungguh. Hehehe. So, kami decide untuk masuk saja ke dalam stesen MRT Raffles Place untuk ke hostel kami yang terletak di Jalan Besar. Besar sangat ke jalannya? We will see…

BERSAMBUNG: Part 4

6 Replies to “Uniquely Singapore: Part 3”

  1. pergi singapore mcm uols bln 11 thn lepas… u shud watch this area waktu malam… esplenade was sooo awesome!! (p/s: elok lah i pegi spore dulu then next week p thailand, u olls plak vice versa).. lps ni x taww g mana.. folo blog ni kot :p

    1. Haha. I ada pegi kali kedua Singapore n I tgk tmpat tu waktu malam, mmg cantikk!! Hehe. Follow blog ni? Haha.

      My next backpacking trip will be in September pulak. Pegi Phuket 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: