Uniquely Singapore: Part 11 (Chek Jawa @ Pulau Ubin)

Uniquely Singapore: Part 11 (Chek Jawa @ Pulau Ubin)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 10

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Kat mana dah kami? Oh ya, dah sampai Coastal Boardwalk. So, kami jalan-jalan kat sini, tengok keliling dan akhirnya keluar dari boardwalk ni. Sampai kat satu kaunter pertanyaan ni, beli air tin kat vending machine sambil sembang-sembang dengan sorang abang Melayu yang jaga tempat ni.

Kat vending machine ni aku beli air Yeo’s H20 Sparkling Blackcurrant [SGD 1.40], serius sedap dan aku ketagih! Aku siap beli sebotol lagi untuk bawak balik Malaysia. Beli kat kedai Fair Price dekat dengan hostel Ark 259 Lodge tu. Walaupun syarikat Yeo’s yang buat, tapi dia tak jual kat Malaysia. Hehe.

Coastal Boardwalk…
Signboard…

Tak jauh dari kaunter informasi ni, ada satu Pusat Pelawat. Pusat Pelawat ni asalnya satu rumah yang dibina dengan ciri Tudor pada tahun 1930-an. Ala-ala rumah Inggeris kat Cameron Highlands tu. Dan tak silap aku, Pusat Pelawat ni merupakan antara satu-satunya rumah yang ada chimney/serombong asap yang mana fireplacenya masih berfungsi kat seluruh Singapura.

Signboard Visitor Centre…
The Chek Jawa Visitor Centre…
The fireplace abovementioned…
Information on the Chek Jawa Wetlands…

Di Pusat Pelawat ni, macam-macam maklumat tentang Chek Jawa Wetlands ada dipamerkan. Siap ada satu akuarium yang mana diorang letak spesis-spesis hidupan marin yang tengah dikuarantin.

Kalau masuk ke dalam pusat ni dan keluar ikut pintu belakang, akan ada satu jeti untuk tengok laut. Viewing Jetty katanya. Tapi, kami tak pergi sebab dah penat dan tak larat nak jalan dah. Aku lah terutamanya. Haha. Dahlah kat sini ada satu keluarga ni berkelah bawak bekal nasi dengan lauk karinya. Ish. Laparnya. Haha. Baru teringat, kami cuma makan roti kat hostel tadi je untuk sarapan dan tak lunch pun lagi! Padahal masa ni dah dekat nak pukul 4 petang dah.

Dah ambil-ambil gambar, kami pun ambil keputusan nak balik ke main island dan tamatkan lawatan ke Pulau Ubin. Sebab rasanya, kami dah cover hampir keseluruhan Pulau Ubin atau paling tidak pun, hampir kesemua tarikan kat sini. Dan kami pun dah berbasikal kat sini hampir 4 jam. Ke memang dah 4 jam entah. Hehe.

Pushing the bicycle…

Keluar dari Chek Jawa wetlands untuk balik ke Jeti Pulau Ubin, cuma ada satu jalan yang dibenarkan. Dan jalan ni pulak memang naik bukit. So, hampir kesemua pelawat termasuk kami berdua menuntun basikal kami sebelum sampai satu point yang mana kami boleh mula kayuh. Wow! Aku guna perkataan menuntun, rasa macam zaman SPM pulak! Haha.

Bila time turun bukit, fuh, sedap bukan main. Laju je macam dalam motorcross. Haha. Akhirnya, sampai ke kawasan jeti. Pulang basikal kat auntie. Auntie tu dok cakap Cina dengan aku.

Ini kali kedua kot orang kat Singapore cakap Cina dengan aku. Muka Jawa ni dia ingat Cina. Haha. Aku cuma jawab xie xie je sebab tak tahu nak jawab apa. Masa tadika, aku tadika Cina, bolehlah sikit-sikit cakap Mandarin. Kalau tak silap aku lah. Haha. Tahun satu masuk Sekolah Kebangsaan, vocab yang tinggal ren [orang], kou [mulut] dan nombor 1 sampai 8. Lepas ni, nampak gayanya kena kursus dengan adik aku yang sekolah Cina lah. Haha.

Sampai kat jeti, macam biasa tunggu 12 orang. Dah cukup 12 bumboat akan jalan. Jangan lupa sediakan tambang SGD 2.50 untuk diberi kat uncle navigator.

On the way to the jetty…
View from jetty…
The bumboat. SGD 2.50/ride
Feels a lot safer with these in the boat..

Masa balik ni rasa lebih selamat berbanding masa pergi, sebab nampak life-jacket yang banyak kat atas seat. Hehe. Perjalanan sama macam pergi. +- 10 minit. Tapi, memang tersengguk-sengguk kat dalam bot ni. Tak lunch, kayuh basikal berjam-jam = entah berapa kalori terbakar. Aku rasa sejak start kerja, ni ‘workout’ paling hebat pernah aku buat. Hahaha.

Dan akhirnya, sampailah kami ke Changi Point Ferry Terminal dan selesailah kami menerokai satu lagi tempat yang ada kat Singapura tapi jarang orang masukkan dalam itinerary lawatan – Pulau Ubin.

BERSAMBUNG: Part 12

2 Replies to “Uniquely Singapore: Part 11 (Chek Jawa @ Pulau Ubin)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: