Uniquely Singapore: Part 12

Uniquely Singapore: Part 12

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 11

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Lepas dah kayuh basikal berjam-jam, mestilah lapar kan? Dah lah paginya cuma makan free breakfast i.e. toast. Jadi, kami pun decide nak makan bila sampai Changi Point Ferry Terminal. Kat sini memang ada kedai makan. Dia macam pasar+food court. Kalau masuk dalam bangunan kat depan tempat bas drop kita, sebelah kanan untuk makanan non-halal rasanya sebab tengok banyak restoran Cina. Tapi, sebelah kiri kedai-kedai makan Melayu.

Kami makan kat kedai ni. Hujung sekali kedai dia.
Suasana kat tempat makan. Kecil je.
Akmal order nasi ayam…
Aku order nasi goreng ikan bilis…

Ada beberapa benda yang menarik perhatian aku masa kat sini.

1) Dollar to dollar basis, harga makanan dan minuman murah sangat! Aku punya nasi goreng ikan bilis, baru SGD 3.50. Aku order air sirap ais, SGD 0.80 je! Terkejut gak aku. Kat Malaysia mana dapat dah sirap ais 80 sen. Nasi goreng kalau yang RM 3.50 pun, nasi goreng biasa je. Hehe.

2) Kalau kat Malaysia, bila aku order nasi goreng ikan bilis, mesti aku dapat nasi goreng kampung. Tapi, kat sini nasi goreng ikan bilis lain, kampung lain.

3) Kalau nak makan nasi ayam macam yang kita kenal kat Malaysia, order nasi ayam Hainan. Sebab kat sini, kalau order nasi ayam je, nanti dapat nasi ayam macam yang Akmal dapat tu. Ayam dia digoreng garing, bukan dikukus semata.

Overall, kat kedai yang kami pergi ni, rasa dia kurang. Nasi goreng aku agak berminyak. Nasi ayam Akmal pulak, well, mungkin first time makan nasi ayam yang ayam dia bergoreng garing, so rasa janggal sikit.

Lepas dah kenyang, kami pun balik ke hostel. Dah dekat pukul 6 petang dah. Naik bas No. 29 dari Changi Village Bus Terminal sampai ke Tampines. Sampai Tampines pulak, naik bas No. 23 untuk balik ke Jalan Besar. Bas No. 23 dua tingkat. First time naik bas double decker. Hehe.

Green lawn..
Upper deck of a double decker bus…
Did not get the chance to try this type of bus…

Nasib baik duduk tingkat atas, dapat tengok pemandangan luas sikit. Masa nak sampai hostel, keliru jugak mana nak turun. Kami terturun awal. Tapi takpelah. Exercise sikit. Hehehe. Kalau korang duduk hostel kat Jalan Besar, lebih-lebih lagi Ark 259 Lodge atau Fernloft @ Little India, korang boleh turun bila nampak bangunan hotel ni [tak ingat nama apa]:

Rizam, apa nama hotel ni tau tak? Hehe…

Kat Jalan Besar ni, banyak bangunan-bangunan lama, ala-ala bangunan kat Ipoh, Klang, Brickfields… Tapi, hampir kesemuanya dah dicat baru dan yang ada ‘bling-bling’, benda tu pun dikekalkan, jadi exterior bangunan nampak penuh nilai estetika.

Sebab kami turun awal dari bas, sempatlah ambil gambar keadaan di sekeliling hostel kami… keadaan jalan di Jalan Besar:

Jalan Besar #1
Old shophouses at Jalan Besar…
Uncle, jangan lintas itu basikal dulu!
Pedestrian crossing in Singapore is not Zebra/Tiger crossing.

Akibat kayuh basikal tengahari buta…:

Sunburned… Jari tu aku pakai cincin…

BERSAMBUNG: Part 13

8 Replies to “Uniquely Singapore: Part 12”

    1. I’ve tried the nasi lemak bro during my 2nd visit to your wonderful country with my sister. yg masa adik aku gi interview SIA tu. hehehe. mmg sodappp!!

      ayam penyet I didn’t try though. looks nice but dah kenyang kan. maybe next time. haha.

        1. al-kisahnya tak dapat. Haha. dia dapat offer dari Astro lepas tu, tapi sebab terms of the offers quite ridiculous [among others, annual leave 8 hari, raya tak boleh cuti], so dia let go itu jugak.

          Sekarang dia baru start kerja kat CIMB Bank. CIMB Bank kan ada branch kat Singapore, mana tau x dapat SIA tapi dapat transfer CIMB branch SG ke. Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: