Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 1]

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 1]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 1-Part 2]

Info: THB 100 = ~RM 10

DAY 2 – 14 SEPTEMBER 2012

Pagi yang cerah, kini sudah gelap~

Pagi yang dingin! Bangun-bangun pagi, mula-mula tu gelap je. Sekali dari dalam dorm, dengar bunyi macam hujan lebat. Turun bawah tengok-tengok, mak aih, lebatnya hujan! Dahlah rencananya hari ni nak tour Phuket naik skuter.

Kami jumpa kakak receptionist [hostel ni ramai receptionist. Malam orang yang sama, tapi siang orang lain-lain yang jaga], sebab nak sewa skuter. Hostel ni kata dia ada perkhidmatan sewa skuter, tapi rupanya skuternya dioutsource dari orang luar.

Kalau sewa skuter kat hostel ni, sehari/24 jam dia caj THB 200/RM 20. Kalau sewa 2 hari dan ke atas, dia caj THB 150/RM 15. Kalau sewa kat kedai luar, antara THB 200-250/RM 20-25 sehari. Tapi, elok jugak sewa skuter kat kedai luar, kita boleh pilih dan tengok skuter tu dulu.

Kakak tu tanya, “mana korang nak pergi rini?”. Ok, tipu. Dia cakap Inggeris, “where u want to go today”. Kami pun cakap lah plan kami. Bila dia dengar kami kata kami nak melawat Big Buddha, dia tak bagi. “No, very danger because raining”. Dalam hati, kami berdoa, tolonglah bagi cuaca cerah hari ni.

Tak lama lepas tu, abang skuter pun sampai. Ganas ok. Dengan baju nampak susuk dada dan bahu, dengan tatu ala-ala young and dangerous [eh, young and dangerous ada tatu ke?? haha], dia masuk ke hostel dan kami bayar THB 200/RM 20 iaitu sewa untuk 24 jam.

Masa ni ada cerita kelakar sikit. Masalah miscommunication. Mula-mula kakak tu tanya aku, bila nak pakai skuter. Aku jawab la “today”. Dia kata THB 150/RM 15. Aku dah syok la sebab murah. Sekali bila brader skuter ala gangster tu datang, aku cakap nak sewa rini je, dia kata THB 200. Dah sudah. Aku tanya kenapa THB 200 tadi kata THB 150? Rupanya, kakak receptionist tu ingat aku nak sewa “two day” padahal aku cakap “today”. Haha. Kelakar kan? Ok tak nak gelak sudah. ;D

Bila brader tu belah, hujan pun dah berkurangan. Tinggal renyai-renyai je. Kami pun ingat nak sarapan kat kedai malam semalam sambil naik skuter. Tapi, masalahnya aku try2, skuter tak boleh start. Rupanya salah cara. Skuter ni kena angkat tongkat dulu, tekan dua-dua brek and tekan ignition. Tak payah pulas minyak. Canggih pulak aku rasa. Tu pun ada mamat Thai tolong aku. Yes, Thai people are really friendly and helpful.

Isi minyak dulu… Mahal weyh! Bersyukurlah kita yang tinggal di Malaysia 😀

Start-start skuter, tengok minyak kering. Bagus betul diorang ni. Haha. Dah lah minyak motor kat sini mahal. Kami teringat ada satu kedai gasoline kami nampak masa menapak malam semalam. Malas, nak cari tempat lain, kami isi je kat sini. Ambik kau kena caj sebotol THB 50/RM 5, full tank 4 botol = THB 200/RM 20 untuk setangki penuh minyak skuter. RM 20 isi minyak MyVi pun naik 2 bar gak. Haha.

Harga standard untuk minyak kat Patong ialah THB 40/RM 4 sebotol sebenarnya. Dan untuk isi full tank, perlukan 4 botol. Ada satu kedai tu kat Patong, aku nampak dia jual THB 30-40/RM 3-4 sebotol. Kalau kat kawasan kampung macam area Rawai, Chalong, on the way ke Big Buddha, dalam THB 30/RM 3 sebotol boleh dapat.

THB 40-50, but they charged us the max. THB 50. -_-“

Macam kedai kami pergi, dia tulis THB 40-50, TAPI dia caj THB 50 sebab tengok kami orang luar. Kesimpulannya, cari je kedai yang jual flat THB 40 ye. Hehe.

Dah isi minyak, moh le kita sarapan. Kedai yang kami pergi ni kedai makan malam semalam. Lokasinya di sebelah kiri Chang Club Hotel dan sebelah kanan Bangla Boxing Stadium. Beralaskan simen, berbumbungkan zinc. Simple je setup dia.

Dinner last night and breakfast this morning. Yummy!

Jadi, apa yang kami makan kat sini untuk sarapan? Mula-mula ingat nak sarapan je. Jadi, orderlah roti telur satu. Harganya THB 35/RM 3.50. Mahal gak kan? Telur kat sini mahal kot? Haha. Beza dengan roti telur Malaysia, dia lebih nipis dan ada taruk susu.

Nilah rupa roti telurnya!
Kakak yang membuatnya. Diorang berdua tak boleh cakap Melayu. Basic English boleh…
Selain roti telur, boleh mintak filling yang lain. Eh, lapar pulak rasanya. Haha..

Dah licin makan roti telur, tengok jam dah dalam pukul 11. Cakap kat Akmal, alang-alang baik lunch terus, jadi nanti masa berjalan-jalan dengan skuter, tak payah fikir nak makan tengahari dah. Jadi, lepas tu kami order nasi minyak pulak. Nasi ni memang specialty komuniti Muslim Thai. Kalau kat Hat Yai pun ramai jual. Kami ambil lauk ayam yang dah siap masak sekali. Ayam goreng/ikan goreng pun ada kalau nak. Harga kami makan: THB 50/RM 5. Kami minum air masak, jadi total brunch kami, THB 85/RM 8.50 seorang.

Nasi minyak+ayam [sorok bawah sudu sebab dah cubit sikit. haha]. THB 50/RM 5.

Alhamdulillah, kenyang weyh! Serius tak tipu. Sekarang nak cari tour sebab plannya esok nak pegi island hopping. Tak decide lagi nak pergi tour James Bond Island atau tour Phi Phi Island. Fikir punya fikir, kami decide nak ambil tour James Bond Island.

Kalau tour Phi Phi Island, highlight dia adalah snorkeling. Kalau tour James Bond Island, highlight dia ialah berkayak melalui gua kat pulau. So, kalau waktu terhad macam kami, boleh pilih satu je. So, pilih lah mana yang disukai! 😉

Mula-mula pergi satu booth ni, dia tak tau pasal tour James Bond Island. Tour James Bond island ni dekat Phang Nga Bay startingnya. Tapi, maybe dia ingat kami nak ke Ko Pha Ngan, dia tanya “u want tour for full moon party?”. Haha.

So, kami jalan lagi dan jumpa satu tour agent ni dari syarikat TMT Tour Phuket. Kakak-kakak tour agent tu sangat peramah dan baik, jadi kami pun decide ambil tour dari syarikat ni. Lagipun, harga diorang bagi aku agak reasonable. Dan senang kawtim dengan kakak-kakak ni untuk turunkan harga. Diorang sangat sporting. Hehe.

TIPS: There is no fix price in Phuket. U can try and bargain for almost everything!

Untuk tour James Bond Island, harga pembuka kira-kira THB 1500/RM 150. Lepas adegan pujuk memujuk, kami berjaya dapatkan tour ke James Bond Island dengan harga THB 1300/RM 130 seorang. Aku tau ada sesetengah tempat boleh dapat harga dalam THB 800/RM 80, tapi kenapa kami bersetuju pilih syarikat ni:

  1. Agent yang baik dan peramah. [Hahaha]
  2. Naik speedboat okay. Bukan naik ferry atau kapal2 yang tak laju. Hehe.
  3. Tak ramai dalam speedboat tu. Masa kami pergi esoknya [nanti kita cerita], cuma ada dalam 15 orang dan ruang sangat besar.
  4. Tour guide terlatih dan fasih bercakap Inggeris.
  5. Merangkumi lawatan ke 5 buah pulau dan kayak di Tham Lod dan makan tengah hari di Koh Panyee.

Yang paling penting, sebab naik speedboat. Jadi, memang laju lah. Setakat pemahaman aku, tour-tour yang murah sikit banyak naik ferry lepas tu cramped orang kat dalam ferry/kapal tu.

Kakak tour agent, Penchawan Rangsoi dan Wantana Sombutkamrai ;D

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Masa sarapan tadi, dengar Bangla Boxing Stadium ada buat promosi utk fight muay thai malam ni. Kami cek lah dekat kakak tu, [sebab diorang ada jual tiket untuk fight muay thai jugak], memang ada fight malam ni.

Kami tengok harga tiket, mak aih! THB 1700/RM 170! Mahal!!! Kami ni dah lah berbackpacking on tight budget. Hehe. Tapi, bila berbackpacking kan sesetengah plan akan dirancang bila sampai ke destinasi tujuan. Dan kami fikir-fikir balik, muay thai jugak adalah sebahagian dari budaya Thai dan memang kami tak pernah tengok perlawanan muay thai depan-depan [kecuali depan TV kat channel FX HD].

Kami kira-kira balik budget, ok, cukup ni. Tapi, mesti mintak diskaun. Adegan pujuk memujuk bermula lagi. Sambil buat muka teruja nak pergi tapi takde duit dan guna ayat klise “kami dah beli tour James Bond Island dengan u”, kami pun dapat beli tiket dengan harga THB 1400/RM 140 seorang. Aku rasa, that was a good bargain. Bukan senang ok nak tengok fight muay thai “real fight” kat tanah tumpah darah muay thai. 😉

So, kat kakak tour ni, kami spend THB 1300/RM 130 untuk tour James Bond Island dan THB 1400/RM 140 untuk fight muay thai kat Bangla Boxing Stadium. Yang penting, aktiviti untuk malam ni dan hari esok dah ada. 🙂

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah meronda pulau Phuket dengan skuter!

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 2]

6 Replies to “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 1]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: