Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 3]

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 3]

Bersambung dari: Part 2

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Lepas pusing sini, pusing sana, Mr Sing berhenti tepi jalan, tanya orang. Sebab dia sendiri tak pasti hostel kami kat mana. Hahah. Sebelum bertolak ke Phnom Penh, aku guna khidmat hostelbookers.com untuk book hostel kat sini.

Jalan kat pusat bandar Phnom Penh banyak yang lurus dan jalan dia guna sistem bernombor. Tapi, masalahnya ialah macam nombor rumah, tak ikut susunan dan kadang-kadang satu jalan ada 2 nombor yang sama. Tu yang susah kat sini kalau nak cari jalan sendiri.

Kami pilih hostel The Mad Monkey Hostel. Hostel ni bukanlah yang paling murah kat Phnom Penh ni, tapi review hostel ni membuatkan aku tertarik untuk tinggal kat sini.

The hostel's reception/restaurant/mini bar area
The hostel’s reception/restaurant/mini bar area

Alamat hostel:

The Mad Monkey Hostel Phnom Penh

Building 26, Street 302, Cross Street 57, Phnom Penh, Cambodia

Untuk penginapan kami kat sini, kami book untuk 2 malam, malam ni dan malam lusa, jadi jumlah keseluruhan untuk dorm 6 katil ialah USD 28/RM 85.68 [USD 7/RM 21.42 seorang untuk 2 malam = seorang USD 3.50/RM 10.71 semalam.].

Sampai-sampai kat hostel, kami tunjuk email booking dan benda pertama kami diberi ialah borang maklumat peribadi dan air sejuk segelas. Ala-ala welcome drink lah kalau kat hotel berbintang-bintang tu. Hehe.

The small bar beside the reception area...
The small bar beside the reception area…

Diorang jugak bagi satu voucher, yang mana kalau pergi dia punya Sky Bar kat atas bumbung, bagi kat bartender, lepas tu redeem air free. Air apa? Faham-fahamlah sendiri. Haha. Kami pun simpan je lah voucher tu.

Pada masa yang sama, kami bercadang nak cross border ke Chau Doc, Vietnam [sebab tak dapat pergi Siem Riep] esoknya. Memandangkan Mad Monkey pun jadi agen jual tiket untuk speedboat ke Chau Doc, kami pun terus book tiket bot kat sini. Harga lebih kurang macam beli kat kaunter luar. Seorang USD 21/RM 64.26 termasuk pick-up service.

Kami tengok kat kawasan reception dia [merangkap restoran & mini bar], ramai jugak traveller especially mat salleh tengah lepak makan, main laptop. Kami nak check in, tapi dia kata bilik tak siap lagi. Sebab tak tahu berapa lama lagi, kami decide tinggalkan beg dekat satu bilik kat bawah hostel ni  dan pergi semula ke tuk-tuk kami.

Kalau tak nak bawak beg berat, sebelum check in atau lepas check out tapi sementara nak tunggu ke airport nak jalan-jalan, boleh tinggalkan beg kat tingkat bawah hostel ni. Bagitau staf, kita nak tinggalkan luggage.

Kami pun teruskan perjalanan untuk ke destinasi pertama kami di bumi Phnom Penh, the Killing Field. Atau nama penuhnya, Choeung Ek Genocidal Centre. Terletak kira-kira 12km dari hostel kami.

The entrance to the Killing Field...
The entrance to the Killing Field…

Sambil bawak tuk-tuk dengan kelajuan tak lebih 50 km/j, Mr Sing bercerita dengan kami. Katanya, ada antara jalan dan kawasan industri yang kami lalu, dulunya sawah padi. Dia jugak cerita betapa kejamnya Pol Pot sampai masa dia kecik dulu, dia kena kerja keras untuk sesuap nasi [literally].

Memang aku perhatikan, bandar ni pesat membangun. Tapi, pembangunannya tak sekata dan nak buat satu flyover pun, aku tengok macam nak buat jambatan Pulau Pinang dia punya hype tu. Dengan billboard besar gambaran artisnya.

Sepanjang perjalanan, nampak kawasan lapang tanah pertanian kat kiri kanan jalan. Dan lepas tu, kami pun sampai ke destinasi tujuan. Penuh orang bersidai kat depan pintu masuk Killing Field. Tak tau apa diorang tunggu. Tunggu redup kot?

Kami bagitau Mr Sing, tunggu kami kat luar, kalau balik tak dapat lah duit tambang.

Pay your entrance ticket here: USD 5/entry
Pay your entrance ticket here: USD 5/entry

Masuk dalam Killing Field ni, tiket sebanyak USD 5/RM 15.30 kena bayar kat kaunter pertama sebelah kanan lepas kami masuk ikut pagar kecik kat main gate tu.

Lepas aku bayar duit tiket masuk, diorang bagi aku satu tiket, satu brochure/map yang ada maklumat pasal tempat ni dalam bahasa pilihan [BM pun ada tau!] dan alat audio.

The map, and the audio tour gadget...
The map, and the audio tour gadget…

Aku pilih bahasa Inggeris sebab aku takut kalau nanti ambil Bahasa Melayu, lain pulak dia translate, apa pun tak faham!

Cara guna alat audio:

Dekat map dah ditandakan setiap checkpoint. Dan di setiap checkpoint ada nombor. Key in kan nombor checkpoint dan tekan butang OK. Ada sesetengah check point ada extra audio. Contohnya hasil temuramah atau bunyi audio asal tempat kejadian. Semua nombor kod untuk yang extra ada kat map yang disertakan.

Cadangan aku: Ikut satu persatu turutan checkpoint dan dengar semua yang ada sampai habis. Korang takkan menyesal!

Checkpoint #1 starts here...with the stupa on the background...
Checkpoint #1 starts here…with the stupa on the background…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 4

4 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 3]”

  1. I took the English version while hubby’s took the Malay version. I asked him how was it? Dia cakap ok je sbb the whole translation was assisted by one of Malaysia body rasanya. I guess institut terjemahan negara, if i’m not mistaken. But overall, its such an experience kan? Very depressing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: