Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 5] – Tuol Sleng

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 5] – Tuol Sleng

Bersambung dari: Part 4

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Mr. Sing ni macam tau-tau je kami plan nak ke mana. Masuk je dalam tuk-tuk dia, dia tanya, “Genocide Museum?”. Kami jawab, yaaa!

Perjalanan dari Killing Field ke Genocide Museum tak lah jauh mana. Walaupun Genocide Museum [Tuol Sleng Genocide Museum nama penuhnya] dekat dengan pusat bandar Phnom Penh, tapi Mr. Sing tak guna jalan tadi untuk ke sana. Dia guna jalan lain.

Jalan yang dia lalu ni lalu depan kawasan kampung-kampung, kawasan belum membangun dan penuh debu. Jalan memang banyak yang rosak. Bersyukurnya aku, walaupun duduk kat Shah Alam yang memang banyak jalan berlubang, rupanya ada yang lagi teruk dari tempat aku. T.T *insaf*

Masuk satu lorong kecil, akhirnya kami sampai ke Tuol Sleng Genocide Museum.

2013-05-22 13.10.03
Entrance to the Genocide Museum…

Kalau Killing Field tempat Pol Pot bunuh orang, kat sini ialah tempat diorang dikurung sebelum dibawa ke Killing Field. Asalnya, bangunan ni bangunan sekolah. Tapi, bila Pol Pot ‘naik sheikh’, dia tukar jadi penjara untuk seksa orang.

Bayaran tiket masuk ke Genocide Museum ni USD 2/RM 6 seorang.

Masuk dalam Genocide Museum ni, pelawat diminta senyap untuk menghayati kezaliman yang dialami mangsa. Memang rasa tertekan sangat bila jalan kat dalam muzium ni.

A very depressing feeling...
A very depressing feeling…

Bangunan sekolah ni terbahagi kepada beberapa blok. Ada blok yang menempatkan katil yang mana banduan akan diikat atas katil dan ditinggalkan dalam bilik. Kalau bilik ni, biasanya untuk komrad-komrad atasan yang ditahan.

One of the rooms in the museum. This type is normally for the top officials of the Khmer Rouge regime who was captured.
One of the rooms in the museum. This type is normally for the top officials of the Khmer Rouge regime who was captured.

Makin rendah kedudukan seseorang dalam rejim Pol Pot, makin teruk keadaan diorang kat sini. Sebab bukan selalu kami akan ke sini, kami ambil masa dan melawat kesemua blok, bilik dan tingkat yang ada.

Hung upside down, and drown the face into the dirty water in the jar - the cruelty of Pol Pot.
Hung upside down, and drown the face into the dirty water in the jar – the cruelty of Pol Pot.

Bila masuk ke sesetengah bilik, terasa bulu roma meremang. Jalan dalam muzium ni tak perlu tour guide, cukup kita tengok gambar asli dan baca description yang disertakan, serta merta kita boleh terasa perasaan benci, mual, geram dan ngeri.

Kami baca kat pamphlet yang disertakan, masa tempat ni nak diselamatkan, tak ramai yang terselamat. Dan dalam ni diorang jumpa beberapa mayat yang mati dan dibiarkan. Yang lain sama ada mati di Killing Field, atau mati di dalam kawasan Genocide Museum ni sendiri. Tu yang menambahkan perasaan seram tu.

Lagi satu sebab Pol Pot buat dokumentasi yang lengkap tentang setiap tawanan/banduan. Diberi nombor dan diambil gambar. Bayangkan, masa gambar diorang kena ambil, diorang tau tak nyawa diorang hampir berakhir masa tu. Ish.

2013-05-22 13.33.29
Real photos of the victims who died here. Eerie…
2013-05-22 14.35.15
The graves of the dead bodies that were found during the rescue mission.

Memang depressing dan keadaan ni membuatkan kami lapar. Ditambah lagi dengan cuaca panas kat luar ni. Kami pun panggil Mr Sing untuk bawa kami ke kedai makan.

“Halal restaurant?”

“Haa?”

“Muslim restaurant?”

*Bluurr*

Lepas sesi terang menerang, dia pun bawa kami ke satu kedai makan India berhampiran dengan Independent Monument.

Tips:

Selain kedai yang kami makan ni, ada satu lagi kedai makan halal berhampiran kawasan ni. Jalan terus je nanti jumpalah. Kedai ni berhadapan taman yang ada tugu persahabatan Cambodia-Vietnam.

Independent Monument, one of the landmarks in Phnom Penh...
Independent Monument, one of the landmarks in Phnom Penh…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 6

2 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 5] – Tuol Sleng”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: