Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 7] – Boat Ride to Chau Doc

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 7] – Boat Ride to Chau Doc

Bersambung dari: Part 6

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Hari Kedua, 23 Mei 2013

Awal-awal pagi lagi kami dah bangun sebab hari ni kami akan ke Chao Doc, Vietnam naik bot. Semalam dah bayar USD 21/RM 63 untuk perjalanan sehala dari Phnom Penh ke Chau Doc kat lobi hostel.

Chau Doc ni kalau ikut tak termasuk dalam perancangan asal. Kami bercadang nak ke Siem Riep dari Phnom Penh sebab nak pergi Angkor Wat. Malangnya, masa book tiket Air Asia kami tak plan betul-betul, jadi tiket flight pergi dan balik dari Phnom Penh.

Jadi, kalau ke Siem Riep, masa banyak terbuang atas jalan dan masa untuk ke Angkor Wat jadi suntuk. Kami tak nak rushing, nanti tak dapat menghayati tempat tu. Aku buat research sikit, dan tengok ada cross border guna jalan air, iaitu ke pekan Chau Doc, Vietnam.

Aku tak pernah ke Vietnam. Aku tak pernah naik bot berjam-jam. Dan aku tak pernah cross border guna jalan air. Jadi, Chau Doc lah pilihan kami walaupun ia sekadar perkan kecil.

2013-05-23 08.29.49
The boat from Phnom Penh to Chau Doc…

Tepat jam 7.30 pagi, van dari syarikat Delta Adventure ambil kami berempat di hostel nak ke jeti di Sisowath Quay, Phnom Penh. Dalam van dah ada beberapa orang penumpang. Sampai je kat Sisowath Quay, kami turun dan masuk dalam sebuah restoran sementara tunggu orang lain.

Sementara tunggu orang lain, kami borak-borak dulu dengan orang lain yang dah ada dalam van tadi. Gideon dan Junjie dari Singapura. Diorang ke Chau Doc sebab nak transit untuk ke Can Tho. Lepas tu ada Seb dan isteri dari England. Travel around dah lama, dan diorang akan bermalam kat Chau Doc.

Jujurnya, kami pun tak tahu apa yang ada kat Chau Doc. Dan itu yang menjadikan kami lebih eksaited. Excited for the uncertainties. ;D

The Mekong River.
The Mekong River.

Dalam pukul 9.30 pagi, bot mula berlepas. Kagum tengok kebesaran Sungai Mekong. Macam laut dah. Siap ada ombak. Lebar sangat.

Tips:

  • Untuk border crossing guna jalan air ke Chau Doc, ada pilihan bot perlahan dan bot laju. Kalau ada masa, ambil bot perlahan. Lebih murah dan dapat menghayati keindahan menyusuri Sungai Mekong. Feeling jee. Tapi, lambat lah sampai.

  • Kalau bot laju macam kami ambil, standard harga USD 21. Dalam 5-6 jam perjalanan.

  • Kalau nak duduk bahagian luar bot [kat belakang], pakai ear plug dan sunblock. Serius!

Aku pilih untuk duduk kat luar. Sebab duduk luar kat belakang tu, dapat tengok pemandangan kat luar. Dapat angin. Tapi, bunyi enjin memang kuat. Sepanjang perjalanan, aku sembang dengan Gideon dan Seb. Kalau tak sembang, aku akan termenung tengok luar, hayati keindahan ciptaan Tuhan… Macam tak percaya, aku atas bot dan tengah menuju ke Vietnam.

Cambodian flag in front and Vietnam flag at the back...
Cambodian flag in front and Vietnam flag at the back…
Vietnam, here we come!
Vietnam, here we come!
The Cambodian border post...
The Cambodian border post…

Lepas 3 jam perjalanan, dalam pukul 12.30 tengahari, kami sampai ke pintu sempadan Cambodia di Kaamsamnar-Kohrokar. Sampai sini, semua kena turun dari bot untuk cop passport. Tapi, beg boleh tinggal dalam bot.

Kat pos kawalan ni banyak anjing, tapi semua sopan santun je. Jenis tak kacau orang. Kalaulah anjing-anjing kat Malaysia pun macam ni, tenang hidup. Haha.

Selesai urusan cop passport, semua kena masuk dalam bot balik.

The Vietnamese border post
The Vietnamese border post

Ke depan sikit lagi, kami pun sampai ke pos kawalan sempadan Vietnam. Uniknya pos Vietnam ni, sebab dia bukan kat atas darat. Tapi, dia atas air. Floating gitu, Hehe. Sampai sini, semua kena turun tapi passport bagi kat orang Delta Adventure sekali dengan note USD 1/RM 3. Untuk immigration process katanya.  -_-“. Beg? Tinggal dalam bot. Senang nak seludup benda macam ni kan? Haha.

Dalam setengah jam jugak kat atas pos ni. Sini ada jual makanan, minuman. Sebab dah haus sangat, aku beli sebotol mineral water harga USD 1/RM 3. Mahal! Tengah sembang-sembang, orang Delta kata boleh masuk bot sekarang. Jom!

Floating house by the side of Mekong River.
Floating house by the side of Mekong River.

Perjalanan diteruskan lagi nak ke Chau Doc. Sepanjang perjalanan, pemandangan dia… fuh, tak terucap dengan kata-kata. Cantik sangat! Walaupun ada masa, bau air dia memang ‘terbaik’ dan tengok ada rumah terapung kiri kanan, aku rasa aku tau kenapa air tu berbau. ;D

Bot lalu terusan-terusan kecil, kiri kanan ada pokok paya, ada rumah kiri kanan, nampak orang buang air kat tandas outdoor kat rumah terapung dia, ada feri bersimpang siur seberang Sungai Mekong sebab tak ada jambatan… Pemandangan yang sungguh tak ternilai. Macam Matercard. Priceless. Tetiba. Haha.

Priceless scenery :)
Priceless scenery 🙂

Akhirnya, lepas lebih kurang 5 jam perjalanan, aku nampak kawasan tebing dan Victoria Chau Doc Hotel. Maknanya, dah nak sampai!

Approaching the town of Chau Doc, Vietnam.
Approaching the town of Chau Doc, Vietnam.

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 8

9 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 7] – Boat Ride to Chau Doc”

  1. weehu! heh..lama x menjengah sini, blog sendiri pon berhabuk teruk haha. ha’ah sungai luas erk… urm tgk bot tu teringat peristiwa naik bot island hoping minggu lepas, memang “M” to the “H” Hehe..

      1. 5 jam??? lamanya!!!!!!! tp sungai x gelora la kot erk? island hoping ok la cuma stress sket bab muntah tu la hihi, wlpn speedboat tp jauh gak dr nonphattara beach (btoi nth ejaan haha)nk ke pulau2 tu, dlm 40 ke 45 minit gak.maya bay x p pon..sbb ombak kuat jgk huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: