Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 10]

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 10]

Bersambung dari: Part 9

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Kami jalan lagi, nak cari money changer. Tapi, tetap tak jumpa. Pergi ke satu kedai optometri [sebab kami fikir orang kat situ mesti pandai cakap English], kami pun tanya, “money changer?“… “Do you know if there is any money changer around here?“. Dia geleng kepala. Kami fikir dia tak tahu, tapi lepas tu dia jawab, “Sorry, No English!“.

Dan begitulah seterusnya kat tempat-tempat lain pun. Sampai kat area pagoda, tanya taxi driver, mana money changer. Dia kata dia tahu, dia boleh bawa. Kami kata takpe, kami nak jalan. Tunjuk je kat mana. Tanya punya tanya, dok change itu change ini, rupanya dia tak faham. -____-” …

Kami pun jalan lagi dan akhirnya, jumpa satu kedai tak jauh dari area pagoda, yang ada sediakan khidmat tour, money changer dan lain-lain. Terus aku tukar USD 10/RM 30 dan dapat 210,000 Dong. Lepas tu, tanya pakcik tu kedai makan halal kat mana, terus dia bagi satu map buatan sendiri. [Restoran halal tu yang dia mark dengan pen biru kat map di bawah]

Basic map of Chau Doc town.
Basic map of Chau Doc town.

Kami pun jalan ikut map yang dia bagi dan akhirnya jumpa Restoran Minh KyLapar!!!

The Min Ky Restaurant. Very nice Vietnamese Coffee here!
The Min Ky Restaurant. Very nice Vietnamese Coffee here!

Restoran ni ada free wifi dan air kosong free. Dan kopi Vietnam dia memang terbaik! Aku makan mee kari dia dan nasi goreng daging. Ya, aku makan 2 hidangan sebab aku memang lapar giler! Hahaha

First I ate the curry noodle.
First I ate the curry noodle.
And then, I ate the fried rice.
And then, I ate the fried rice.
And washed em' down with the best Vietnamese coffee ever!
And washed em’ down with the best Vietnamese coffee ever!

Mee kari dia memang sedap. Kari dia pekat sangat dan memang sedaplah! Dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan untuk balik ke hotel.

Tapi, kami tak ikut jalan kami datang tadi. Kami nak tengok macam mana suasana Chau Doc. Jadi, kami keluar dari restoran, belok ke kiri dan jalan terus je. Kalau ikut dalam map tu, kami ikut National Road 91.

Most coffee shops or watering holes in Vietnam like to use this type of bench/table to serve the customers. And most will face the main road!
Most coffee shops or watering holes in Vietnam like to use this type of bench/table to serve the customers. And most will face the main road!
I don't understand a single word!
I don’t understand a single word!

Kami jalan je dan dari pemerhatian kami, keadaan ni Chau Doc lebih terurus dari Phnom Penh walaupun Phnom Penh ialah sebuah ibu negara. Dari segi pembangunan, trafik. Rasa Chau Doc lebih maju.

Tengah berjalan, kami dengar bunyi orang bercakap. Bercakap macam bagi ucapan. Makin lama makin kuat. Rupanya, ada loud speakers diorang letak kat tiang letrik, dan aku rasa, itu salah satu daripada propaganda tools memandangkan Vietnam kan negara komunis.

Propaganda tools?
Propaganda tools?

Seronok jalan tanpa arah tuju macam ni. Dan aku rasa tak pernah atau mungkin jarang orang luar lalu kawasan ni. Sebab sepanjang kami jalan, ada pakcik kayuh basikal lambai-lambai tangan kat kami.

Dan bila lalu satu rumah penuh dengan budak-budak kecil, budak-budak tu keluar lari-lari dan cakap “Hi!” sambil lambai-lambai. Serius, orang-orang di Chau Doc memang peramah. Tapi, diorang malu nak berbual sebab kurang fasih dalam English.

Lepas hampir satu jam jalan kaki [Ya, satu jam! Haha], kami pun sampai semula ke pusat pekan Chau Doc…

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 11

6 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 10]”

  1. RM30 dapat 210,000 dong?
    Mee kari satu berapa ribu?
    Rasa macam jutawan gat sana lah. 🙂

    Oh ya, kamu tahu apa tu logo Visit Malaysia 2014?
    Durian ke spora virus? Ha ha…
    Nampak huruf VMY.

    1. Haah. RM 30 dapat 210,000 Dong. Kaya kan? Hhaha. Mee kari + air + nasi goreng tak lebih 50,000 Dong pun. Tapi, tak ingat berapa. Hehe.

      Spora virus kot! Travel bug. Hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: