Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 11]

Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 11]

Bersambung dari: Part 10

USD 1 = RM 3.06

4000 Riel = USD 1

===

Di pekan Chau Doc, kami tengok meriah. Ada jalan yang ditutup dekat dengan pagoda. Beza dengan petang tadi. Rupanya, ada macam festival diorang buat kat sini. Tapi, aku tak pasti festival apa.

The Chau Doc Pagoda.
The Chau Doc Pagoda.

Pagoda kat Chau Doc ni design dia macam pagoda Cina yang ada kat Malaysia, Singapura. Aku rasa, di Chau Doc tak amalkan Buddha Theravada macam di Thailand, Laos dan Cambodia.

Viatnamese language is unique because it uses latin alphabets, but a lot of other signs as well.
Viatnamese language is unique because it uses latin alphabets, but a lot of other signs as well.

Dekat sekitar dataran menghadap pagoda, ada macam pasar malam. Macam biasa, kerusi malas dan meja kanak-kanak jadi pemandangan biasa kat sini. Tak mainlah pakai meja lipat macam kita kat Malaysia. Apa barang! Haha.

Kindergarten table for people to socialize and have drinks together 🙂

Lepas tu, aku nampak orang jual air tebu. Aku beli satu dengan harga 6000 dong/RM 1.

Sugarcane drink at the night market.
Sugarcane drink at the night market.

Bukan apa, teringin sebab warna dia tak sama macam kat Malaysia. Air tebu dia macam lebih kuning daripada kita kat Malaysia. Mungkin sebab dia siat kulit tebu tu dulu? Aku pun tak pasti. Tapi, rasa dia memang… tak sedap! Haha. Rasa pelik!

Satu lagi, aku tertarik tengok pisang bakar.

Grilled banana.
Grilled banana.

Kat Malaysia, kita biasa makan pisang goreng. Kat Chau Doc, banyak tempat aku jumpa pisang bakar. Mungkin boleh dicuba jual kat Malaysia?

The rickshaw man.
The rickshaw man.

Kami jalan-jalan lagi, nak cari tempat yang ada massage original Vietnam. Tapi, pusing-pusing kat pekan tak jumpa. Lepas tu, ada brader beca dok ajak naik beca dia. Dok cakap English dengan kami. Nak praktis English mungkin?

Lepas dipujuk, kami pun naik beca dia, dan tanya mana ada tempat urut asli Vietnam. Kat Chau Doc tak nampak pulak tuk tuk. Yang banyak beca. Dan satu beca ni boleh naik 2 orang je. Untuk perjalanan yang agak jauh [rasa macam jauh], kami bayar 100000 dong/RM 15.

Common view in Chau Doc. People always let their main door opened.
Common view in Chau Doc. People always let their main door opened.

Sepanjang perjalanan atas beca, aku perasan yang kebanyakan rumah kat tepi jalan di Chau Doc adalah jenis open door concept. Hampir 100% rumah termasuk rumah kedai, membiarkan pintu rumah depan terbuka luas. Nampak orang terbungkang tengok tv, makan. Walaupun hari dah malam.

Tips:

Di Chau Doc, hatta di mana-mana sekalipun, kalau korang rasa sesuatu tempat tu meragukan, sila elakkan. Keluar dari premis dan belah aje!

Abang tu bawak ke satu tempat. Tapi, tempat tu sangat meragukan. Lepas kami keluar dari situ, kami balik ke area hotel. Tiba-tiba, rasa ketagih kopi Vietnam lagi. Kami terus jalan kaki nak pergi ke Mekong Delta Hotel.

Tengah jalan kat situ, akak receptionist hotel lalu tepi kami naik motor, lepas tu slow down. Dia bagitau, lepas pukul 10.30 malam, pintu hotel akan ditutup. Kalau nak masuk, kena ketuk. Awalnya! 🙂 Hahaha.

Sampai kat Mekong Delta Hotel, nampak Seb tengah main Scrabble dengan wife dia. Sweetnya! Yang tak sweetnya, diorang pakai baju yang sama dengan baju masa naik bot. Auch! ;D

Lepas dah minum 4 cawan kopi o Vietnam ais [tak ingat berapa harga secawan] kami pun bergegas pulang ke hotel, takut kena kurung. Hehe.

Sebelum sampai hotel, kami perasan jadi the Beatles sekejap. The Beatles South East Asia Version.

The Beastles - South East Asia version.
The Beastles – South East Asia version.

Sampai hotel, kami lepak pillow men’s talk berempat sambil main game iPopQuiz, sedar-sedar dah tertidur… zzzz

===

BERSAMBUNG/TO BE CONTINUED

PART 12

4 Replies to “Cities of Mekong: Phnom Penh & Chau Doc [Part 11]”

  1. dengar cerita perempuan vietnam pandai melayan lelaki. Saya terbaca di surat khabar metro tempoh hari. Ada x berdasarkan pemerhatian awak, kebenaran ttg apa yg diwar war kan tersebut?

    1. Apa yang saya perasan, dari pemerhatian saya, orang Vietnam macam orang Thailand, peramah dan memang suka menegur. Bezanya, di sini pekan kecil, jadi penguasaan BI kurang dan mereka jadi agak malu untuk memulakan perbualan.

      Tentang melayan lelaki, saya tak pasti sebab di Chau Doc, ia tak dijalankan secara terbuka macam di sesetengah tempat lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: