Ngantoknya dia…

Ngantoknya dia…

Tempat: Bilik kuliah AL622, Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia, Shah Alam

Tarikh: 2 Februari 2010

Masa: Antara 2.30 – 3.15 petang

Petang itu, seperti biasa Pn N mengadakan kelas conveyancing. Pn N begitu teruja sekali melihat siswa siswi yang disayangi menanti kehadiran beliau dengan penuh kesabaran. Topik petang itu, adjudication dan proses2 dalam transaksi tanah.

Sedang Pn N menerangkan tentang persediaan pra-kontrak, terlihat beliau akan kelibat seorang anak muda terangguk-angguk persis memahami setiap butir tutur kata yang dilafaz beliau. Beliau tersenyum sendiri. Bisik hatinya, masih ada lagi anak muda seperti budak ini. Menumpukan perhatian akan setiap yang diajarnya.

Pn N berjalan mundar mandir. Harapan beliau, pergerakan itu mampu merangsang para pelajarnya menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu mengelakkan mereka dari lamunan. Sedang beliau berbicara, matanya melirik akan anak muda tadi. Anggukan anak muda itu semakin deras. Kelihatan seperti beliau memang menghayati pembelajaran petang itu. Namun, dilihat anggukan anak muda itu semakin lama semakin deras, semakin keras. Seolah-olah seluruh kudratnya digunakan untuk anggukan itu semata.

Oh. Pn N tidak dapat menahan kesabarannya lagi. Sangkaan beliau meleset. Anak muda ini sama sahaja dengan yang lain. Gelora jiwa Pn N semakin membara. Sabarnya tidak tertahan. Perasaan terganggu semakin menyesak jiwa. Ingin dipanggil nama anak muda itu, Pn N tidak ingat namanya. Lantas, hanya satu cara yang tinggal. Pn N mula membuka bibir untuk bersuara….

Ngantuknya dia~…

tido pkl bpe smlm bang?~

dah, pegi basuh muka…

—Hahaha..! kantoi plak aku ttdo dlm klas… ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: