Someone needs coffee here!

Someone needs coffee here!

Tempat: Bilik Kuliah AL708, Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia, Shah Alam

Tarikh: 4 Februari 2010

Masa: Antara 2.50 ke 3.15 petang

Siswa siswi LLB 1B begitu teruja sekali tatkala En. SR melangkah masuk ke dalam bilik kuliah. Subjek kegemaran mereka bakal bermula. Civil procedure. Kelihatan segenap mata tertumpu ke arah En. SR. Sungguh asyik sekali En. SR menyampaikan kuliahnya. Para pelajarnya yang memang meminati subjek sivil mengekori setiap gerak bibir En. SR.

En. SR melirikan mata ke segenap pelosok kelas. Satu, dua, tiga… Wah, ramai juga yang terlelap, bisik hati kecilnya. Tapi beliau tahu, lelap anak-anak ini bukan kerana apa, tapi kerana menghayati apa yang beliau bicarakan. Lagipun, kajian Peraturan Akaun Peguam yang mereka jalankan mungkin memenatkan mereka.

Tapi, En. SR tidak dapat menahan dari memandang seorang siswi yang berada betul-betul di hadapannya. Sedari tadi pelajar ini terangguk-angguk. Mungkin dia memang faham kot apa yang aku bebel ni, detik En. SR dalam bahasa ibunda beliau. Tapi, anggukan pelajar ini mengganggu perhatian beliau kerana kedudukannya yang sangat strategik sekali.

En. SR berhasrat memberi rehat. Tapi, hati beliau masih memikirkan tentang pelajar tadi. Lalu, beliau memberi rehat kepada semua siswa siswi LLB 1B. Someone needs coffee here… , kata beliau. Namun, dek kerana masih terus-terusan memikirkan tentang siswi tadi,sebelum melangkah keluar, sempat beliau menambah…

Fatimaaaaaahhh!

-Sekarang memang minggu semuaorg penat + tido..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: