PT oh PT…

PT oh PT…

No. semalam... no hari ni 1584...

Bukan senang nak dapat duit. Nak dapat duit pinjaman yang 5 bulan lepas grad kena bayar skali ngan 3% kos pentadbiran pun macam2 cabaran kena aku lalui.

Ahad

Fakulti undang-undang patut hari ni. Tapi aku tak ada setem hasil lagi. Pejabat pos tutup hari Ahad. Takpelah. Cuba pergi esok.

Isnin

Terpaksa melupakan kelas Mr. SR. Pukul 9.10 pagi sampai Pusat Sukan lepas menapak dari level 7 FUU. Dapat2 no. 1596. Aku balik kelas dulu sebab lambat lagi. 500 orang depan aku..! Tengahari, menapak lagi pergi Pejabat Pos UiTM kat Menara SAAS. Tunggu dah 15 minit, sampai2 giliran aku, “setem hasil habis lah dik…”. Aghh.. stress…

Petang pukul 4. Dengan harapan still sempat, aku pergi Pusat Sukan dengan Akmal. Dia tunggu dalam kete. Masuk2 tanya akak tu:

No ada lagi, kak?

Fakulti mana ni?

Law…

Sepatutnya datang bila?

Sepatutnya hari Ahad..

Kenapa datang harini?!

Borang saya ada masalah..

Masalah apa?!

Takde setem hasil…

Pergh..memang garang..haha. muke seyes je. Pastu dia cakap no dah habis. Aku tanya dia aku dah ada nombor tapi dah terlepas, dia kate tak boleh2, datang esok pagi. Pulang dengan hampa~…

Selasa

Pagi ni, awal2 lagi aku pergi kt Pusat Sukan. Pukul 8 lebeh dah sampai tapi no. dah 1584. At least semalam no 1596 tapi dah pukul 9. Aku nekad, tak nak balik kelas. Aku nak tunggu je. Tak pergi kelas pun tak pergi la sebab takut nanti tak sempat hantar borang, habis tak berduit aku…huhu..Lepas tu, tunggu punya tunggu… uish.. lama.. 5 jam lebih tunggu baru sampai giliran. Dah hantar semua, tunggu Aivy, classmate aku sebab dia ngan aku tak jauh dah. Lepas Aivy pun dah hantar, tiba2 dapat call, Pn N nak buat test 5%. Kelam kabut kitorang balik kelas. Nasib baik sempat ambik test.

Habis test, terus melantak nasi goreng Cina pesan kat Akmal. Memang kebulo giler. Nasib baik dah pesan kat Akmal. Adoi..pt..pt…

p/s: Feedback dari kawan2 aku, aku rasa lebih baik PTPTN revert kat sistem beratur macam dulu daripada sistem no. Diorang kata, kalau beratur lagi cepat sebab siapa dah siap susun dokumen sumer, terus beratur, sekejap setel. Kalau ada masalah, kena beratur balik.

Kalau sistem nombor, kadang2 giliran dah sampai, tapi dokumen ada masalah. Orang kat kaunter tu pulak dok tunggu orang tu selesaikan masalah dia dulu baru panggil no. baru… tu yang jadi lambat…~

6 Replies to “PT oh PT…”

  1. oh..kena apply balik mcm mula2 dulu ke? new sem start december, tp apply early march? then, nak makan guna apa? argh…. then i thought guna online system… hm..interesting blog la weh.. teruskan menulis 🙂

  2. Hi Kyle!

    Apply online… tp kena apply awal. kiranya kena alert la bile die bukak offer. kena make sure dah isi borang tu b4 pegawai ptptn dtg kampus. sbb kalau x, mmg xdpt pinjaman la jwbnya. haha

    tp yg buat prob sbb sistem no tu. lps apply online, kalau ptptn kita lulus, kita kena print agreement sumer2 tu. pastu amek no. masalahnya, bila guna no, lambat giler nk setel kalo katakan dia da pgl u, pastu borang u ada masalah, die akn tgu smpai mslh borang u selesai, bru dia pgl no bru. jd lmbatla.. huhu

    1. aiseh….. nak beratur naik bus kat padang kawat pun dah berguling2 tahan geram, yg ni apatah lg… survival-nye nak tggu bulan march baru diorg dtg, intake start december kan.. pastu bila dah apply march bila plak diorg masukkan (>_<)

      p/s: bestnye..kiranya skrg ni dah bole panggil lawyer la skrg nih?

      1. tu la.. nk apply tu da la mencabar gler.. pastu kalau duit tu masuk cpt xpe gak, ni masuknya lmbt. kdg2 da sebula lbih bru diorg masukkan..huhu

        blum jd lawyer lg. bru hbis final year. paper last hari selasa rituh [9/11]. lepas ni kena wat chambering 9 bulan pastu bila dah dpt sijil praktis, bru leh pgl lawyer. hehe. xpun, kalau pasni dpt join jabatan peguam negara, bru boleh pgl lawyer 🙂

  3. apehal ptptn skarang ni?nak keje tanak keje?patut kalau nak bagi pinjaman bagitau la budak2 dulu..macam ni melantak batu campur garam la jawabnye budak2 ni..budak2 ni mane tau sebelum masuk kolej diorang..lantak korang la.aku dah abes belajar!!nak duit mai pinjam kat aku la senang!!manyak untung tapi kalau tatak luit mau bayar putus jali2nya!!hahahahah!!kami along2 bukit beluntung!!kami along2 bukit beluntung!jangan pinjam ptptn kalau tidak blacklist la korang!hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: