I am proud for who I am…

I am proud for who I am…

Aku bangga dengan siapa diri aku. Aku bangga dengan susur galur aku. Aku bangga dengan keturunan aku.

Aku tak faham kenapa ada sesetengah orang malu nak jadi apa yang dia memang dah jadi.

I’ll look stupid if I speak in Malay

Ingat lagi?

Masa aku kat sekolah rendah dulu, cikgu pernah tanya siapa kat sini orang Jawa? Dengan bangganya aku angkat tangan mengaku. Tapi, ada sorang kawan aku ni tak angkat walaupun aku tau dia anak Jawa, lagi Jawa totok dari aku. Aku tanya kenapa kau tak angkat tangan? Dia kata kat aku dia malu… Malu jadi anak orang Jawa.

Walaupun bawah Perlembagaan Malaysia, aku dikira Melayu, tapi dari segi sejarahnya aku tetap Jawa.

Tapi, aku tetap tak faham sampai hari ni, kenapa orang nak malu dengan keturunan sendiri. Ada sesetengah tu, siap malu nak mengaku agama sendiri. Apa hina sangatkah keturunan dengan agama sendiri tu? Bibir mungkin boleh mengucap dusta, tapi kebenaran tetap kebenaran. Macam mendiang Michael Jackson. Malu dengan keturunan sendiri, tapi kebenaran tetap kebenaran… kan?

Aku teringin nak pakai macam ni masa kahwin...hehe..siap dengan blangkon...

===

Esok paper civil… Nasib baik petang… hehehe… Macam biasa, ofis kat bangunan fakulti ni jadi port kami stadi… Dan macam biasa juga, aku masih tak sedia… Tolong… 🙁

My friends are studying Advanced Civil Procedure... Me?

p/s: Study + dying = Studying…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: