Halfway through…

Halfway through…

Lama gak aku tak update blog ni. Last update sehari sebelum paper remedies. Haha… seminggu lebih dah. Masa ada exam asyik nak update, bila dah habis exam, tak mau plak update. Hehe.. 😀 Sekarang ni aku tengah dalam fasa hibernasi. Secara rasminya, part 1 LL.B (Hons) dah habis hari Ahad lepas!! 😀 Maknanya, 5 Julai nanti start part 2, lepas tu insyaAllah, tamatlah alam kampus aku.

Recap apa yang berlaku sepanjang seminggu lebih ni:

2 Mei 2010 [Ahad]

Paper remedies. Ngantuk giler sebab tak cukup tidur. Huhu.. Sape suruh stay up lagi las2 minute tu. Habis paper, pergi Khulafa’ kat pusat komersial. Lunch ngan Jemir. Pastu balik, ntah layan movie apa ntah kt laptop, sampai dah tak tahan, baru tido.

3 & 4 Mei 2010 [Isnin & Selasa]

Lepak rumah. Memang buang masa dan melepak dalam erti kata yang sebenar 🙂

5 Mei 2010 & 7 Mei 2010 [Rabu & Jumaat]

Pergi ofis. Bajet nak siapkan submission untuk CTA (Criminal Trial & Advocacy) tapi tak pun. Tengok movie ngan lepak2 adalah. Cuma hari Jumaat je buat kerja betul-betul. Tu pun sebab terpaksa. Sebab hari esoknya [Sabtu] dah start mock trial. Dah la submission tak buat lagi. Lepas tu, dengan masalah moot court lagi. Moot court II tu En. Amir ofis admin terbagi kat grup D. Call Cik B tanya leh guna court dia tak. Tapi sebab ofis hour dah habis, jadi tak dapat lah nak guna untuk weekend. Last2 Jemir booked satu kelas kat Cempaka. Pastu kes aku [PP v Gordon & Anor] jadi first case utk esok. Giler kelam kabut. End up aku ngan Akmal stay sampai 7 pagi & tak tidur malam.

8 Mei 2010 [Sabtu]

Dengan tak tidur malamnya, siap2 terus gi utk Mock Trial CTA. Sampai2, Dian mintak case kitorg jd 2nd case. Tuan Amir setuju. So, start ngan kes 4. Sampai giliran kes aku, cuba melawan sedaya upaya perasaan ngantuk.. haha.. Nasib baik boleh control lagi. Kitorg [DPP] kalah kes. Tapi tak kisah pun. Sebab yang penting advocacy skills. Lepas tu trial pun mcm main2 je. Haha..

Aku kena jadi witness utk final case [PP v Atip b. Ali & Ors]. Jadi Thambhy bin Kuthy. Sebelum tu aku terlelap kejap. Jadi kepala agak weng masa jadi witness tu. So, aku buat lawak sikit utk elak aku dari tertidur time testify. Buat accent India sikit. Lepas tu tambah sikit dialog2 sendiri campur penghayatan yg penuh mendalam. Hehe. ;D Nasib baik orang gelak. Kalau tak buat malu je. Kes ni pun kalah. Alasan judge sebab witness [baca:aku] tak reliable [sebab dlm skrip yg DPP bg, aku kena ckp parang yg accused guna tu tajam. Walhal, aku tak pegang atau nampak depan2 ketajaman parang tu]. Ada beberapa org salahkan aku sebab diorg igt kes tu kalah sbb aku wat mcm lawak2 masa testify [walaupun trial tu sendiri penuh ngan gelak2 : judge pun dah penat nak serious ;p] tapi sebenarnya sebab testimony aku yang tak kukuh. And testimony aku based 100% daripada skrip yg DPP bagi. So, aku rasa bukan salah aku.. ;D

Ok. Dah habis trial, ngan muka berminyak tahap gaban sebab tak tidur, ngan rambut dah macam anak Robin Williams dalam filem World’s Greatest Dad, kitorg pergi Pak Li. Kebetulan besday Kimah, jadi ada Put ngan Yun wat surprise2 sikit. Pastu lepas habis makan, timbullah idea gila aku. Ajak Akmal tengok Iron Man 2. Ngan hujan lebat tak igt, ngan mengantuk tak tidur, kami pun menuju ke Bukit Raja.

“Orang mengantuk tangkap gambar = gambar goyang”

Paling tak boleh belah bila aku terlelap masa tengok Iron Man 2. Haha.. Dah tak tahan sangat. Nasib baik Akmal gerakkan aku. Kalau tak mau aku berdengkur kat dalam tu. Habis tengok Iron Man 2, balik rumah, rasa happy sangat. Walaupun ngantuk, tapi rasa ringan je kepala: sebab Part 1 LLB dah habis!!!!!!!!!!!! ;D

9 Mei 2010 [Ahad]

Lewat petang balik rumah Alam Megah. Celebrate Mother’s Day + Grandma’s Day. Hehe. Sebab nenek Kedah ada kat rumah aku. Jadi, Pak Teh, Maklong datang rumah aku, beli kek, kuih, egg tart etc. Suruh nenek potong kek. 🙂 Pastu balik seksyen 8. Malam ada sesi dinner bersama Pak Mid. Makan kat restoran Asiari, SACC Mall.

Gambar culik dari Sabel...

Habis dinner kat Asiari, aku, Akmal, Remy, Jemir ngan Aiman pergi Khulafa’ Bistro kat seksyen 7 baru, tengok bola. Ingatkan nak la mamak tu pasang MU. Skali dia pasang Chelsea la plak… Tapi kitorg layan je. Dan lepas 90 minit+, kitorg pun frust dengan Wigan. Huhu..

10 & 11 Mei 2010 [Isnin & Selasa]

Tak buat apa pun. Lepak rumah je, pitih pun takdok. Haha. Lepak rumah seksyen 8 nih. Main internet. Keluar pun bila nak makan. Hehe.

12 Mei 2010 [Rabu]

Ulang ayat di atas. Haha ;D . Esok kot baru nak balik rumah aku. Bak kata Alin, rumah aku jauh beribu batu. Haha. Padahal seksyen 28 dengan seksyen 8 ni kalau naik kereta dengan purata speed 90 km/j dalam 15 minit dah sampai. Tapi, pastikan jalan tak jem. Kadang-kadang kalau timing salah, 15 minit boleh jadi 50 minit. Hehe…

Kesimpulannya, separuh perjalanan course LLB dah aku tempuhi. Tinggal lagi separuh. Lepas habis lagi separuh tu, what’s next? Aku pun masih kabur. Banyak sangat jalan yang boleh aku pilih, tapi tak semua jalan tu menuju ke tempat yang sama. Dalam erti kata lain, aku tak pasti lagi aku nak ke mana… Takpelah. Ada lagi 6 bulan untuk aku fikirkan 🙂

Dah panjang aku bebel ni. So, sebagai penutup:

21 April 2010 – Law of Evidence I

23 April 2010 – Bahasa Melayu Undang-Undang

26 April 2010 – Advanced Civil Procedure I

29 April 2010 – Advanced Criminal Procedure I

2 May 2010 – Remedies [Contract | Torts | Bankruptcy]

8 & 9 May 2010 – Continuation of trials [Mock Trial for Criminal Trial & Advocacy]

Part 1 LL.B (Hons) UiTM dah selesaaaaiii!!! 😀

6 Replies to “Halfway through…”

  1. Alhamdulillah… next sem waiting.. hihihi..

    (teringat masa study dulu.. pon suka buat cancel paper yg dh selesai.. pastu bila semua settle, siap buat garis melintang dengan ayat “ALHAMDULILLAH”.. hihihi)..

    1. Alhamdulillah… nasib baik dah habis kak. Satu sem yang penuh penyeksaan. Haha.
      Bunyi mcm exaggerated tp mmg itu la kenyataannya… U knew better right? 😉

      Hehe.. Rasa macam best bile potong subjek2 yg dah lepas tu.. rasa puas 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: