A disappointing-yet-it-was-fun-day…

A disappointing-yet-it-was-fun-day…

16/7/11 hari tu aku pergi exam PTD. Yelah… konon-kononnya nak masuk jadi pegawai kerajaan. Awal tahun hari tu mintak Jabatan Peguam Negara, dapat panggilan temuduga, tapi PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA katanya. Jadi cuba nasib mintak PTD pulak. Tahun lepas dapat panggilan periksa, tapi aku tak pergi. Jadi mintak balik pertengahan tahun ni.

Patut resultnya keluar 23/8/11. Tapi entah kenapa dia tangguh ke semalam [Jumaat 23/9/11]. Jadi, aku pun check la dengan berdebar-debarnya. Hehe. Masuk2 no. I/C skali dia tulis:

No. Kad Pengenalan :  870****0***9
Nama Penuh :  KHAIRUL IDZWAN BIN KAMARUDZAMAN

Dukacita anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 16/7/2011.

===

Sebelum tu aku dah check result Akmal dulu, jadi aku dah tau la dia lulus atau gagal. Hehe. Aku admit mula-mula memang aku rasa down. Sebab aku memang ada mengharap untuk aku lulus walaupun aku sedar aku jawab entah apa-apa, dengan surat khabar tak baca sebelum ambik exam. Paling legend, aku jawab 10 soalan maths masa kertas soalan dah ditutup. Hehe. So, memang predictable la aku fail. Cumanya aku harap aku lulus sebab aku teringin nak kerja dalam bidang ni [walaupun bukan aku tau sangat skop kerja dia.heee]. Lagipun tahun ni macam banyak je benda yang aku gagal. List of failures:

1. Interview AG’s Chambers aku tak lepas

2. Exam Ethics and Professional Course Bar Council aku fail for the 1st attempt

3. Exam PTD aku fail.

Jadi, tu yang rasa agak down. Huhu. But Akmal is right. And aku setuju dengan dia. Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik untuk aku. Lagipun, 2 hari sebelum result exam PTD keluar, master kat tempat aku chambering dah tanya sama ada aku nak stay kat firm dia atau nak kerja tempat lain. And to be honest, offer dia agak menarik bagi aku. Cuma set-back dia ialah ofis tu dekat dengan rumah, and I really wanna gain new experience at some other places. Nak keluar dari Selangor ni kalau boleh. Heee. Tapi, mungkin Allah dah takdirkan yang terbaik bagi aku ialah aku kerja terus kat firm ni. Who knows? Only He does know…

So, semalam [Jumaat], aku pun relaks. Tawa dalam duka [cewah]. Haha. Tapi kekecewaan aku diganti dengan satu hari yang sangat bermakna. Mula-mula lepas solat Jumaat. Aku parking bawah roundabout masjid negeri. Terbaik kereta aku masuk selut. Habis aku dengan Akmal dan brader2 kontraktor Jabatan Taman MBSA bergelut nak keluarkan kereta aku. Siap panggil member2 kitorang yang kat Legal Aid Centre lagi mintak tolong. And all are girls. Haha. Tapi tak sempat pun. Abang2 kontraktor lebih mesra, cepat dan betul pantas dan tangkas. Hehe.

Lepas tu, habis legal aid, kitorang jog plak. Kitorang = Aku, Akmal, Izzati and Bil. My first jog in, what, 9 months? Aku rasa dah setahun kot aku tak jog. Patut perut dah semakin memboyot. Ok, abaikan ayat aku yang terakhir tadi. Hehe. Jog was fun and awesome. Seriously aku nak kena beli kasut baru bulan depan sebab kasut yang ada sekarang bukan kasut lari and worst, kasut yang aku pakai tu dah koyak dah pun. Hehe.

Dah penat-penat buang kalori, sekali kitorang dipujuk join jamuan raya Legal Aid Centre Selangor pulak. Memang terbaik la kan. Makan Chicken Khabsah dengan ntah-apa-benda-lagi-nama-pelik-rasa-Arab punya makanan kat Restoran Zam Zam Alakazam Seksyen 9, Shah Alam. All in all, aku enjoy giler semalam.

Ok, aku rasa aku makin syok sendiri menulis ni. Kalau ada yang dah terbaca sampai sini, sori buang masa korang. Hehe. Jumpa lagi di lain masa! Haha. Bye!!

9 Replies to “A disappointing-yet-it-was-fun-day…”

    1. amiiinn.. hehe. thanks dear 🙂 but i don’t think i wanna be a lawyer forever. must start thinking from now to venture into other areas. n i won’t give up in trying my luck utk join government. secure sikit keje. + ada pencen, senang di hari tua. heee

    1. boleh je 🙂 try je dlu sementara tgu DLSA awk habis. mana la tau awk akn suke ke keje kt company. n klau nk lg bgus, join insurance co. at least senang kte boleh belajar sama2 sbb firm ni pn wat insurance kan. hehe.

      tp it’s up to u. nk jd legal executive ke, kerja kt firm ke, sbb bg saya, rezki ada kat mana2.

      surah At-Talaq:2-3 > Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu..

      Jadi, tak kira kita kerja dalam bidang apa pun, kalau kita bertaqwa dan bertawakal, insyaAllah rezki tu ada. 🙂

  1. amboiii…mcm ustaz la bebeh…tu laa…i am still thinking of what am i going to be after my chambie…awk la tolong sy carik keje…hahahaha..:)))))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: