Projek laman rumah…

Projek laman rumah…

Bulan puasa baru-baru ni, kat rumah aku buat projek pengindahan laman rumah. Hehe. Bukan apa, laman kat tepi rumah yang sekangkang kera ni dah jadi betul2 macam kat kampung. Dengan ditutup dek daun-daun pokok jambu air dengan pokok nangka, lepas tu berpasir dengan daun kering, petang-petang guna pencakar nak bersihkan. Lepas tu, kat hujung laman tepi tu ada tangki air hitam, kitorang bela ikan sepat dengan ikan puyu. Macam kat kampung kan? Hehe. 

Jadi, bulan puasa baru-baru ni, ada la buat projek sikit kat laman tepi tu. Tapi yang betul-betul aku dengan adik aku buat cuma menghias. Habis duit-duit raya kitorang buat beli batu, beli filter, beli lampu bagai. Haha. Tapi tak rasa rugi, sebab aku rasa puas bila tengok hasil dia. 

Sekarang aku dah jadi macam tukang kebun. Balik kerja petang-petang siram bunga, bagi kucing, ikan dan kura-kura makan. Lepas tu hujung minggu cabut daun-daun liar, buang daun kering, cuci filter. Huhu. 2 minggu sekali pulak aku baja apa yang patut. Agak-agak kalau aku pegi kerja tempat jauh-jauh kena menyewa, sapelah nak ambil alih kerja aku tu…

SEBELUM

Tanah kubur.. haha..
Tanam bunga...
Ini kalau kereta masuk...hehe

 SELEPAS

Akhirnya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: