Am I lucky or what? :) Alhamdulillah…

Am I lucky or what? :) Alhamdulillah…

Tahun ni bukan tahun yang bertuah untuk aku. Banyak benda yang aku harap aku dapat, tapi aku tak dapat. Aku pernah cerita pasal isu ni dulu kat sini. Tapi, betul bak kata orang, Allah tak bagi kita rezeki kat satu tempat, dia bagi kita rezeki kat tempat lain. Aku suka tengok movie. Tak kisah apa jenis movie pun. Yang tak best pun aku akan tengok, tapi nanti review movie tu aku kasi teruk. Dan aku takkan recommend orang lain tengok movie tu. Senang cerita, aku movie buff. Haha.

Dulu, masa awal-awal chambering, selalu gak, lepas habis kerja lepak Summit sorang-sorang semata-mata nak catch up latest movie.Tapi, bila kerja makin banyak, badan makin letih, tengok movie ‘haram’ je la. Haha. Tapi, semenjak dua menjak ni, aku rajin masuk contest pasal movie. Tu yang menang tiket kali pertama, kali kedua [tapi aku tak redeem sebab tak perasan] dan kali ketiga.

Lepas tu, pagi tadi [pagi 22/11/11], bukak2 kat inbox emel, aku dapat emel ni:

Hi

Congratulation, you have won 2 preview tickets for “Made In Dagenham” details as follow:

Date     : 23 Nov 2011

Time     : 7:30pm – 8:00pm (Ticket Redemption, Cinema Lobby)

              9:00pm (Movie Screening)

Venue   : GSC Mid Valley

Kindly reply to this email to confirm your attendance, thanks.

Alhamdulillah. Dapat tiket free lagi. Ehehe. 🙂 Lepas tu, sebelum balik kerja petang tadi, dapat call. Aku ingat dari mana, rupanya dari Youthsays.com bagitau aku menang tiket preview untuk filem Petaling Street Warriors yang sepatutnya preview dia 19/11/11 baru ni. Tapi, sebab Lembaga Peperiksaan Penapisan tak lulus lagi filem ni untuk tayangan, Yuna [bukan Yunalis Zarai ye. hehe] dari Youthsays.com cakap diorang akan ganti dengan movie voucher, boleh redeem start minggu depan sampai berapa hb Disember entah, untuk tengok movie PSW tu lepas dah bukak untuk tayangan.

So, alhamdulillah. Mari kita menonton movie lagi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: