Backpacking trip to Thailand…

Backpacking trip to Thailand…

Grand Palace - 281211

Alhamdulillah, akhirnya racangan dan impian aku untuk berbackpacking ke Thailand berjalan lancar. Dah seminggu lebih sejak aku kembali ke Malaysia, tapi baru hari ni nak update blog sebab aku agak sibuk dengan macam-macam perkara, terutamanya untuk majlis penerimaan masuk aku sebagai peguambela dan peguamcara yang dah pun berlangsung dengan jayanya semalam. Alhamdulillah sekali lagi. 🙂

Aku ke Thailand dari 23 Disember 2011 [Jumaat] dan tiba semula di Malaysia 29 Disember 2011 [Khamis]. Memang satu perjalanan yang tak dapat aku lupakan. Kalau korang tanya aku, aku nak ke Thailand lagi tak, jawapan aku adalah YA! Sebab Thailand ada banyak sangat perkara dan tempat yang menarik, dan jujurnya, banyak lagi tempat aku nak explore, tapi sebab kekangan masa, aku kena singkatkan trip aku. Paling ralat, aku tak sempat ke Chiang Mai pada trip ni sebagaimana dirancang. Tapi, tetap bersyukur sebab tak jadi ke Chiang Mai, tapi aku ada lebih masa di Bangkok.

Apa-apapun insyaAllah dalam masa terdekat ni, aku akan update travelog aku ke Thailand dan pada masa yang sama, kumpul kudrat untuk siapkan travelog Medan aku. Heee. Stay tuned!

[updated: Sneak Preview]

6 Replies to “Backpacking trip to Thailand…”

    1. Hi Zara AB!

      Thanks for visiting my blog. Quite busy lately, so there are some entries lining up to be published. Hehe. Nevertheless, rest assured I will write the entries ASAP, before I forget all the details. ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: