Backpacking Trip to Thailand: Part II [Hat Yai-Bangkok]

Backpacking Trip to Thailand: Part II [Hat Yai-Bangkok]

Sambungan dari Backpacking Trip to Thailand: Part 1

DAY II – Sabtu, 24 Disember 2011

Memang tak nyenyak tidur dalam koc keretapi. Walaupun ada aircond dan kadar keselesaan boleh tahan, tapi aku memang rasa payah nak tidur. Tengok jam, dah dekat pukul 7.00 pagi. Tak lama lepas tu, matahari naik. Ya Allah, cantik sungguh pemandangan dari dalam keretapi. Rasa menghijau je perjalanan. Lalu stesen Sungai Petani, Alor Setar, Arau… Aku siap ajak Muiz berdiri kat pintu tengok pemandangan kat luar. Memang best. Saujana mata memandang. Aku pegang railing kat pintu, jengah ke luar keretapi. Hijau je sawah padi sambil asap lokomotif berkepul-kepul naik atas langit.

Stesen Ombak Rindu - Alor Setar...
Short form opened ialah opend.. Hehe. KTM tolong betulkan lah!
Aku mengingkari arahan...
...sebab bila pintu di'opend' kita dapat tengok pemandangan ni!

Sampai di stesen Padang Besar dalam pukul 10.00 [lewat sejam setengah dari ETA], aku rasa teruja giler. Sebab aku tau perjalanan kami dah separuh selesai. Stesen Padang Besar ni agak unik. Sebab kalau kat Pos Sempadan lain, bahagian Malaysia dan negara luar tu, ada tanda sempadan yang jelas. Kat sini takde ya. Sekarang kat bahagian Malaysia, satu langkah ke depan bahagian Thailand, langkah ke belakang balik masuk bahagian Malaysia balik. Literally! Hehe. Kalau sesiapa yang pertama kali ke stesen Padang Besar macam aku dan Muiz, mungkin akan sesat sebab tak biasa. Aku dah baca blog2 orang, tetap tak dapat menyelamatkan aku dari sesat. Haha.

Untuk tak sesat, macam ni. Bila keluar je tren, terus ke kiri, kat atas tu ada signboard tulis bahagian Thailand. Masuk pintu kat sebelah kanan, lepas tu beratur. Sambil beratur abang polis Malaysia akan bagi kad ketibaan/berlepas [arrival/disembarkation card]. Sambil-sambil tu isilah borang tu. Beratur sampai kat kaunter imigresen Malaysia, dia akan cop keluar/scan passport. Lepas tu, terus ke kiri. Sambung beratur untuk ke kaunter imigresen Thailand. Dalam 8-10 langkah, korang akan sampai bahagian Thailand. Selesaikan urusan imigresen kat kaunter imigresen Thailand, lepas tu keluar kat pintu depan tu. Sebenarnya, pintu yang korang keluar tu adalah pintu yang korang masuk tadi i.e. bahagian Malaysia.

Unik tak? Haha. Jadi, tunggulah kat situ sebab ada dalam sejam lebih untuk train ke Hat Yai datang balik ke stesen Padang Besar. Sebenarnya tren yang akan datang tu tren yang sama yang kami naik dari KL. Cuma dipendekkan ke 2 gerabak kalau tak silap. Lepas tu, pegawai dalam tu semua pegawai keretapi Thailand [State Railway of Thailand]. Sementara tunggu tu, aku pergi lah selesaikan hajat aku dulu. Lepas tu, singgah makan kat kedai atas. Ada satu kedai makan. Jangan risau, kedai ni orang Malaysia punya. Tak payah nak guna duit Baht kat sini. Muiz minum je. Tapi, aku kan cepat lapar. Haha. Sepolisterin kuew teow goreng aku telan. Aku cakap kat Muiz, kau tak nak makan ke? Nanti dah tak dapat rasa makanan Malaysia. Heheh. Tapi, dia tak nak jugak. Ikut kau lah Muiz.. ;p Kalau nak tukar duit Baht, kat stesen ni ada satu money changer. Rate dia oklah. Aku tak ingat berapa tapi tak adalah jauh sangat beza. Beza dalam beberapa sen. Kalau tak pun, bila dah naik tren nak ke Hat Yai, ada kakak KTM datang, boleh jugak tukar dengan dia dalam tren. Rate dia aku tak pasti, tapi sesetengah blogger lain cakap ok jugak.

Bahagian Malaysia... lepas selesai ni, belok kiri kat hujung tu untuk ke bahagian Thailand...
Bahagian Thailand... kat sini ada tulis, orang Hippies, pakai selipar jepun, singlet, rambut serabai tak boleh masuk Kingdom of Thailand. Hehe..
Kita minum dulu! p/s: Fatt, banyaknya bendera dia! Betul cakap kau. Haha

Tak lama lepas tu, connecting train ke Hat Yai sampai. Dalam pukul 11.30 tak silap tren sampai. Masa ni, aku dengan Muiz tengah sibuk bergambar kat signboard Padang Besar. Hehe.

Padang Besaq!
Alhamdulillah, dah sampai Padang Besaq...

Perjalanan dari stesen Padang Besar ke stesen Hat Yai ambil masa dalam sejam. Sepanjang perjalanan, aku rasa bersyukur sangat kepada Dia sebab beri aku peluang dan kesempatan untuk ke negara orang, untuk belajar tentang tempat orang, tengok adab resam, budaya dan agama di tempat orang. Aku pandang ke luar tingkap, tengok papan tanda sempadan Malaysia-Thailand, papan tanda Selamat Datang ke Thailand, ada satu taman tasik kecil kat sebelah kanan, tengok rumah-rumah orang. Mulanya aku rasa macam masih kat Malaysia, sebab cuma nampak ladang getah dengan ada pondok-pondok kat tepi ladang getah tu, dan nampak hutan-hutan. Tapi, lepas nampak ada pekan kecil, ada rumah kedai dan rumah orang, dan papan tanda dalam tulisan Thai, baru aku percaya, aku dah bukan di tanah tumpah darah aku.

Dalam tren penuh dengan orang Malaysia. Pegawai-pegawai je orang Thailand. Tapi, perasaan dia lain berbanding dengan perjalanan dari KL-Padang Besar. Sebab dalam tren nak ke Hat Yai ni ada marsyall dok perhati apa kita buat, dengan pegawai-pegawai dalam uniform ala askar. Rasa macam…erk. Ha, macam tu. Hehe. Dalam tren jugak, aku dan Muiz tukar waktu jam kami, lewatkan sejam [waktu Thailand sejam lewat berbanding Malaysia. 11.30 pagi di Thailand = 12.30 tengah hari di Malaysia. Waktu-waktu yang akan disebut selepas perenggan ni ialah waktu Thailand ;)].

Keretapi tiba kat stesen Hat Yai Junction dalam pukul 11.30 pagi. Suasana memang sangat berbeza berbanding stesen keretapi kat Malaysia. Sebab stesen kat Malaysia, walau kat ceruk mana pun, tapi nampak macam tersusun. Tapi, kat sini, peniaga berniaga kat tepi platform memang ramai! Dah jadi macam mini uptown. Anjing pun bersepah. Tapi, jangan risau sebab anjing kat sini tak macam kat Malaysia. Sepanjang kat sini aku perhati, anjing-anjing Thailand ni tak suka jaga tepi kain orang. Memang tak ada yang tiba-tiba nak ikut/kejar kita tak tentu pasal. Sopan santun je kekdahnya anjing2 ni. Hehe.

Turun-turun dari tren, kena kerumun dengan brader2 ulat/tout/agent. Rimas gak. Muka dahlah macam gangster. Cuak sikit2 sebab kat tempat orang kan. Tapi, aku dan Muiz buat bodoh, kami jalan je terus. Dari platform kami nak ke lobi stesen kena lalu terowong bawah tanah. Stesen ni tak macam tipikal stesen kita, yang selalu buat jejantas untuk cross platform. Dia guna terowong bawah tanah. Tempat pertama kami tuju, kaunter tiket. Nak beli tiket ke Bangkok. Nanti tak ada tiket ke Bangkok, jadinya trip ke Hat Yai je. Hehe. Kami rancang nak ke Bangkok hari yang sama jugak. Kami beli tiket ke Bangkok yang akan bertolak jam 2.45 petang. Harga THB 259 [RM 25.90]. Aku memang tak nak beli sleepers train/2nd class. Lepas baca blog Fatt, aku rasa sangat adventurous kalau ambil kelas ke-3 untuk ke Bangkok. Teringin sangat nak cuba. Dahlah murah. Bayangkan, 20 jam perjalanan, 700+km, tiket cuma RM 25.90. Seksa sikit [banyak gakla.haha] tapi pengalaman+pemandangan memang tak ternilai.

Lepas tu, tanya tiket balik kat akak kaunter tu. Sebab ikut itinerary, kami nak balik naik International Express dari Bangkok ke Butterworth. Tanya-tanya, kakak tu kata tiket ke Butterworth sold out sampai 2 Januari 2012. Aduh, macam mana ni. Aku bincang dengan Muiz dan kami tak puas hati, kami pergi kat kaunter tu balik, tanya kat kakak tu satu-satu tarikh dalam kalendar sebelum tarikh 2 Januari 2012. Jawapan kakak tu tetap sama – sold out. Macam mana kami nak balik ni?… T.T

Platform di Stesen Hat Yai Junction...
Stesen Hat Yai
Hujan...~
Bandar Hat Yai dari stesen keretapi...
Tiket Hat Yai - Bangkok

BERSAMBUNG PART 3

13 Replies to “Backpacking Trip to Thailand: Part II [Hat Yai-Bangkok]”

    1. Tulah. Alhamdulillah syukur sangat sbb hasrat nk berbackpack naik keretapi tercapai jugak 🙂 it was awesome dan mmg tak boleh lupa. Hehe. Nnti I update lg part2 seterusnya.

      Sbb skrg bz sket dh stat keje ni. N cuti raya cina ni kazen I kawen. Tp otw blk kg, kitorg singgah hat yai n betong tido sini. Hehe. Jd bertrip lglaaa. Hehe. Skrg ni tgh kt betong lg. Hehehe

  1. Waa..tq bro..kmi pun mcm plan nk backpackers ke hatyai ekot tren..harap2 menjadi lah info bro sgt membantu..agak2 ongkos dia bpe ek?biasa ar kmi still student..hehe..tp..terbaek ar bro…

    1. kalau ke hat yai tak mahal sangat. kalau sudi berkompromi dgn certain things mcm keselesaan, makan pun tak memilih, kurang dari 500 boleh survive dah. in fact 500 tu pun banyak sebenarnya. hehe. 🙂

  2. salam. Mmg best baca blog ni sbb byk tips yg sgt berguna 🙂 keep it up! Nak tanya sikit, tiket train balik msia mmg kena beli kat hatyai ke?atau bleh beli return tiket kat kl sentral?Thanks.

    1. Terima kasih ida 🙂

      Tiket balik Malaysia kalau nak beli dari Hat Yai boleh nak beli dari Malaysia pun boleh. Tapi, kalau nak beli tiket balik dari KL Sentral, paling jauh ialah dari Hat Yai. Kalau dari daerah2 atas lagi dari Hat Yai, tak boleh. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: