Backpacking Trip to Thailand: Part IV [Bangkok]

Backpacking Trip to Thailand: Part IV [Bangkok]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part III

DAY III – Ahad, 25 Disember 2011

Sejuk giler dalam keretapi ni! Walaupun kipas dah tutup, tapi sebab kat luar berembun, sejuk gedi kat dalam ni. Hehe. Aku terjaga dalam pukul 5.00 pagi, sebab aku sakit perut. Muahaha. Punca dia aku makan keropok Mister Potato “Hi, I’m Wayne Rooney” perisa Panas dan Pedas a.k.a Hot and Spicy. Haruslah perutku meragam di subuh hari. Hehe. Aku tengok keliling, semua nyenyak je tido walaupun span kusyen tersangatlah nipis, kerusi 90 darjah dan sandar kepala hanya besi semata. Memang hebak-hebak belako deme ni.

Masa aku ‘menunaikan hajat’ aku, ada satu benda terdetik dalam fikiran aku. Aku dok fikir gila adventure aku menunaikan hajat pagi ni. Haha. Sebab aku tak sangka gile apa yang aku tengah alami satu kenyataan. Sebabnya *ehem, kalau tengah makan tu, tutup-tutuplah pembungkus makanan tu dulu untuk terus baca. hehe*, tandas dia sangat mencabar jati diri keimanan aku. Tandas kat keretapi Thailand tandas cangkung tau. Lepas tu, keretapi pulak bergerak laju sangat. Memang laju [nanti aku letak video kat entri lain]. Tandas cangkung dia bukan ground level macam tandas cangkung kat tempat lain atau tandas cangkung keretapi Malaysia. Dia diperbuat dari besi, pastu adalah dalam paras peha aku. Jadi, bila nak meunaikan hajat, kena panjat tandas tu, lepas tu sebab keretapi bergerak laju gila, dia ada sediakan pemegang kat sebelah kiri dekat dengan tingkap tandas.

Jadi, bayangkan, di subuh-subuh hari, dengan tingkap tandas terbukak sikit dan angin sepoi-sepoi bahasa masuk, kena duduk atas tandas yang tinggi tu sambil pegang pemegang tu… Aku dok bayang, ni kalau terlepas pemegang, lepas tu keretapi buat emergency brake, memang tersembam aku. Haha. Unforgettable experience beb!

Lepas dah terjaga pukul 5.00 pagi, memang tak boleh tidur dah. Jadi, aku melayan perasaan je dalam tren. Lagipun, sejam je lagi matahari dah naik. Kalau tak tidur, boleh tengok pemandangan bila hari beransur pagi.

Akhirnya, aku berjaga je sepanjang perjalanan ke stesen keretapi Hua Lamphong, sambil tengok pemandangan kat luar keretapi. Dari kawasan kampung ke kawasan ladang, dan akhirnya kawasan pembangunan. Kata sorang budak law Thailand depan aku [dia pakai jaket Faculty of Law.. hehe], kami dijangka sampai pukul 10.00. Tu pun dia tunjuk kat nombor 10 kat jam Muiz. Hehe. Bila nampak ketamadunan, aku sangat lega. Kami dah nak sampai Bangkok!

No. Seat kami...
Dik, nak ikut abang balik Malaysia? heheh... Comey je anak Siam ni..
Kawasan pertanian...
Tren kami melintas. Nampak pembangunan = dah nak sampai Bangkok!
Stesen keretapi Nakhon Pathom...
Apartment yang agak terpencil...
Stesen Sala Ya...
Stesen tak ingat nama.. heheh
Stesen untuk Raja Thai... kata Sulaiman, kawan Melayu Siam yang aku jumpa hari ke-5 perjalanan aku...

Dah hampir pukul 10.00 pagi, keretapi makin perlahan. Nampak pembangunan infrastruktur rancak kiri kanan. Ada stesen keretapi baru, jalan untuk ke stesen bawah tanah…

Rumah-rumah...
...di tepi...
...landasan keretapi.

Aku dan Muiz jengah kepala ke luar tingkap. Nampak banyak landasan keretapi bersimpang siur. Nampak banyak jugak keretapi yang tengah berhenti dan dicuci kat atas landasan. Masa aku tengah ambil video keretapi yang makin perlahan, pakcik yang duduk depan kami, yang semalamnya dok cakap Thai dengan kami, sebelum tukar ke bahasa isyarat dan seronok makan telur rebus dengan sos ikan, tonjol-tonjol tangan aku. Aku ingatkan kenapa, rupanya pakcik tu nak bagitau yang kami dah sampai Hua Lamphong. Dia dok sebut “Hua Lamphong, Hua Lamphong” sambil jari telunjuk tunjuk ke bawah. 

Dah nak sampai Stesen Keretapi Hua Lamphong!

Alhamdulillah, akhirnya, dalam jam 10.00 pagi lebih [lewat sejam lebih dari ETA] , lepas lebih 18 jam dalam keretapi, aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi Bangkok buat pertama kali dan Muiz berjaya menjejakkan kaki ke Bangkok buat pertama kali secara sendiri.

BERSAMBUNG PART V

2 Replies to “Backpacking Trip to Thailand: Part IV [Bangkok]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: