Solo Trip to Thailand: Part IV [Sai Tai Mai, Bangkok – Hat Yai]

Solo Trip to Thailand: Part IV [Sai Tai Mai, Bangkok – Hat Yai]

Bersambung dari Solo Trip to Thailand: Part III

Dah selesai jalan-jalan kat Grand Palace dan sekitar, aku pun beransur pulang. Sampai-sampai hostel, kemas-kemas barang, cakap bye-bye kat traveller lain yang ada kat hostel ni, dalam pukul 1.30 petang aku dah check out. Macam masa hantar Muiz hari kelmarin [Isnin, 26/12/11], aku pun tunggu bas kat depan Holiday Inn Silom. Tengah-tengah tunggu bas, nampak Persona. Apa lagi, tangkap gambar lah. Hehe. [Kat Bangkok nampak banyak Gen-2, Savvy dan Persona].

Persona!

Lambat sungguh basnya datang. Tersengguk-sengguk aku kat bus stand tu. Bila bas sampai, aku naik bas dan aku rasa pelik. Sebabnya, bas tak lalu jalan yang dia lalu masa aku teman hantar Muiz hari Isnin lepas! Rupa-rupanya, kat Bangkok ni, bas dia kadang-kadang ubah route ikut keadaan. Kalau jalan jem teruk sangat, dia akan divert masuk jalan lain untuk elak jem tu. Jadi, kena hati-hati sikit kalau naik bas kat Bangkok sebab takut dia tak lalu jalan yang korang nak pergi. Tapi, nasib baik bas ni tetap berhenti kat Sai Tai Mai.

Sampai Sai Tai Mai, aku buang masa jalan-jalan keliling ni [walaupun hari Isnin tu dah puas keliling Sai Tai Mai], dan bila lapar, aku singgah makan kat food court kat sini. Food court dia ada dalam 3 kedai halal. Kalau ada signboard Halal, bulan bintang atau pakai tudung, insyaAllah halal lah tu. Dah makan nasi goreng kat sini, aku pun gerak turun ke platform. Sistem kat sini sistematik macam kat TBS dan Pudu Sentral. Korang kena tengok platform korang nombor berapa sebab gate untuk ke ‘balai berlepas’ dia lain-lain.

Dalam pukul 4 lebih, aku turun kt platform. Duduk-duduk je kat situ. Dah bosan, aku bangun dan pusing keliling tengok apa yang menarik. Ramai jugak mat-mat salleh yang nak pergi Phuket atau Krabi naik bas dari sini.

Sai Tai Mai @ Southern Bus Terminal, Bangkok
Beratus-ratus bays ada kat sini…

Dalam pukul 5.30 petang, bas pun sampai. Bila nak naik tu, kena letak beg dalam tempat beg kalau beg tu besar. Siap ada tagging ok! Macam check in luggage kat airport pulak. Hehe. Bagus2. Bas kerajaan kan. Hee. Masa nak letak beg ni, driver bas [diorang panggil kapten] tanya aku sesuatu dalam bahasa Thai. Lepas tu, aku cakap lah “sorry, I can’t speak Thai..“. Terus dia tunjuk aku, bagitau kat penumpang2 lain, FARANG! Lepas tu gelak. Hehe. Siot je…

Bas yang membawa aku ke Hat Yai…

Untuk RM 60 lebih yang aku bayar untuk bas ni, aku boleh cakap yang servis dia memang tip top. Dahlah ada pramugari. Hehe. Lepas tu, korang akan dapat selimut, air mineral sebotol, air kotak Vee Good Thailand sebotol, dengan roti/donat satu. Siap ada tandas lagi kalau korang berhajat. ;p Masa aku duduk dalam bas, jam dah pukul 6.00 petang. Aku tengah tengok luar, kat tempat menunggu. Nampak orang baca surat khabar, makan, minum, bersembang. Tiba-tiba, aku ulang, tiba-tiba [nak menunjukkan betapa tiba-tibanya tu] semua orang berdiri dan berhenti dari buat apa yang diorang tengah buat. Rupanya lagu kebangsaan Thailand tengah dimainkan. Kagum weyh! Serius, tak pernah tengok orang sepatriotik rakyat Thailand. Kat Malaysia pun kalau lagu Negaraku dimainkan, ada yang main-main. Ni terus berdiri dengan hampir serentak pulak tu. Sayang tak ada video. Huhu..

Dapat selimut!
Keadaan dalam bas.. Ni kat tingkat atas…

Dalam pukul 6.40 petang, bas pun bertolak ke Hat Yai. Mula-mula diorang pasang drama Thailand. Tapi, aku tak faham dengan tak ada subtitle lagi, jadi aku decide nak tidur je. Aku tidur sampailah bangun-bangun dah pukul 11.00 lebih malam. Bas tu berhenti kat R & R. R & R dia simple je. Macam R & R Highway Gerik-Kupang. Tak gah macam kat Sungai Perak lah. Hehe. Tandas dia pulak semua tak ada flush. Pakai siram je. Aku turun sini pun untuk ke tandas je. Ingat nak makan, tapi tak ada selera. Last-last, aku naik bas balik dan sambung tidur…

BERSAMBUNG: SOLO TRIP TO THAILAND – PART V [FINALE]

7 Replies to “Solo Trip to Thailand: Part IV [Sai Tai Mai, Bangkok – Hat Yai]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: