Epilog Backpacking and Solo Trip to Thailand

Epilog Backpacking and Solo Trip to Thailand

Bersambung dari Solo Trip to Thailand: Part V

Thailand: Land of thousand smiles. Itu kesimpulan yang boleh aku buat tentang Thailand. Sebuah negara yang menakjubkan dan wajib dikunjungi. Bila pergi Thailand, ada satu charm yang akan membuatkan korang nak pergi lagi. Tak dilupakan satu perasaan welcoming bila korang kat sana. Pada aku, dari segi pembangunan, banyak lagi yang perlu dilakukan sebab antara wilayah ke wilayah, pembangunan sangat tak sekata. Hat Yai ada pembangunan. Tapi, dari Hat Yai ke Bangkok vice versa, kedaifan penduduk masih boleh dilihat. Di Bangkok, sangat membangun tapi rumah setinggan tepi stesen keretapi tetap ada. Pengangkutan awam di Bangkok reliable kecuali bas, sebab keadaan dia sama macam Malaysia dan pemandu pulak boleh tukar route sesuka hati. Sepanjang kat sini, aku tengok line MRT tengah ditambah lagi. Banyak projek pengorekan bawah tanah. Nanti in the future, dah mantap, banyak line, mungkin lebih mudah bila naik MRT dan BTS untuk berjalan.

Bangkok jugak sebuah bandar yang besar, sempadan yang jelas tak diketahui bagi orang luar macam aku. Dan walaupun pesat membangun, tapi dari segi taburan pembangunan tu, boleh nampak area Silom dan sekitar yang paling pesat, penuh dengan bangunan tinggi. Kalau pergi area Don Muang Airport, dia dah jadi macam suburban sikit. Nampak pembangunan tu tak berapa rancak. Siap ada tiang konkrit terbengkalai, Hopewell elevated rail project punya tiang konkrit. Ayutthaya pulak bandar purba yang mana dari segi infrastruktur asas dah in place, tapi kadang-kadang terasa macam sunyi di sebalik lambakan kuil-kuil purba.

Apapun, infrastruktur Thailand terutama yang tradisional, memang menarik. Aku memang selalu fascinated dengan senibina Thailand. Dengan hujung bumbumng tajam2, dengan batu liplap-liplap. Memang menarik. Identiti diorang yang sangat menarik. Thailand jugak sangat patriotik. Bila lagu kebangsaan dimainkan, diorang akan berdiri tegak terus, tanpa disuruh. Dah semacam Auto-mode. Diorang jugak peramah dan membantu. Walaupun tak faham apa kita cakap atau tak boleh nak terangkan sampai kita faham, tapi diorang tetap akan cuba tolong selesaikan masalah kita. Dan cuba senyum dengan diorang. Mesti diorang senyum balik. Masa aku kat sini sorang2, tak rasa pun macam pelik atau terasing. Sebab diorang sangat welcoming, and you will feel like home.

Dari segi kebersihan, Bangkok agak bersih walaupun kat sesetengah tempat, sama je macam KL, penuh dengan sampah. Tapi, kawasan macam Silom dan Pratunam, kaki lima dia bersih dan susah nak nampak sampah. Tapi, Hat Yai dengan Ayutthaya sampah atas jalan tu pemandangan biasalah. Macam kat Malaysia. Hehe. Orang-orang kat Thailand terutama kat Bangkok jugak agak berdisiplin, terutama dari segi naik MRT/BTS, memang diorang beratur belakang line yang diletak, dan beratur dengan lurus [kecuali masa peak hours]. Malaysia dengan Singapura belum capai tahap ni lagi. Hehe. Tapi, kat Hat Yai tak sangat lah. Mungkin sebab Bangkok ibukota dan orang-orangnya lebih pentingkan aspek2 ni. Satu lagi aku perasan, kat Bangkok, kebanyakan lelaki dia suka pakai kasut. Macam aku kadang-kadang pakai selipar je. Tapi, hampir 90% lelaki kat Bangkok pakai kasut. Dan seluar jeans ketat ke bawah. In-trend, perhaps?

Keseluruhannya, aku puas hati dengan trip backpacking pertama aku ni. Banyak benda aku belajar, dari aspek berdikari, budaya, bahasa dan pembawaan diri. Dapat tengok cara hidup orang-orang di Thailand dan macam mana budaya diorang.

TAMAT | THE END

24 Replies to “Epilog Backpacking and Solo Trip to Thailand”

  1. Thanks for all the info throughout ur journey. Nak tanya sikit, berapa expenditure and budget for the whole backpacking trip kt Thailand?

    1. You’re welcome bro! For the whole backpacking trip kat Thailand yang saya buat ni, budget around RM 1,000 but total expenditure was around RM 800. For one whole week backpacking trip + transport + jalan2 + souvenirs + makan + minum + lodgings etc etc.. 😉

  2. Very enjoy dengan u punya coretan trip to bangkok…. the most important is the explanation. pegi mana, mcm mn, dengan apa etc sumanya clear… bagus sgt kepada org2 yg nk travel thru the same way… thanks for the info… buat slalu2 k coretan begini… Tahniah and chok dee na…

    1. terima kasih sebab sudi membaca 🙂 insyaAllah lepas ni akan terus menulis macam ni. memang tujuan selain nak berkongsi pengalaman, juga nak membantu org2 lain yang mungkin ingin ke sesuatu tempat tu jugak ;D

    1. salam…

      insyaAllah kalau ke Bangkok semuanya ok. dekat sanam hati2 kalau nak naik tuk tuk. kebanyakkan tuk tuk suka ketuk orang asing/org luar. kalau instinct kita rasa mahal, jangan naik tuk tuk tu.

      naik MRT/BTS/bas reliable. cuma bas, kalau traffic jam, masalah besarlah sangkut kat jalan. hehe. tapi MRT dan BTS super reliable.

      kebanyakkan org Bangkok tak boleh cakap inggeris sepenuhnya, basic tu boleh. jd sebelum tny soalan kita pnjang lebar, tanya dlu, do u speak english.

      makanan halal tak ada lah susah sangat. kalau shopping complex biasa ada satu/dua kedai halal. kalau nak yang confirm halal, boleh rujuk blog post saya. kalau kat pasar2 tu, kadang2 gerai halal diapit gerai yang jual babi jugak. tapi, memang benda tu biasa kat sini.

      kalau gerai2 halal tu, kadang2 orang yang kerja situ boleh cakap melayu pattani.

      dan jangan lupa pergi ayutthaya. rugi kalau tak pergi. sebab memang sangat cantik. kalau nak ke temple2 lama tu ikut pace sendiri, boleh sewa basikal/moto. kalau tak, boleh sewa tuk tuk. tawar sehabis mungkin. tapi, kat ayuttahaya tak pasti gerai halal kat mana. saya ke sini, sampai tengahari tak makan. hehe.

  3. Salam, saye marisa .. dari ampang .. just nak mintak pendapat dan pertanyaan . marisa dan kawan marisa nak ke krabi .. tapi naik bus je dari kl ke hatyai pas tuh tukar ke hatyai ke krabi .. agak2 kami pergi 2org perempuan tak bahaye ke ? ye la ,, saye 1st time baru nak jejak ke thailand , dan kami plak pompuan .. dieorg ckp best ,, tuh yang kami tak sabar tuh .. sebab .. ak pergi jumaat ni .. ahahhahaha… best kan … boleh tak kongsi dengan marisa agak2 bajet nak ke thailand tuh berapa ? kami berdua memang kaki beg pack juga ,, ehhehe tolong eh ,,ah excited ni .. hahaha..

    1. Hai Marisa!

      InsyaAllah tak ada apa-apa punya. Thailand secara relatifnya selamat. Yang penting, diri kita sendiri kena berhati-hatilah. Kalau datang sorang pun insyaAllah tak ada apa-apa. Yang penting, Marisa dan kawan kena ikut general rule bila travelling, macam elakkan tempat gelap, jgn pergi tempat sunyi, jangan show off duit dsb.. insyaAllah selamat kat sana ye 🙂 Have fun nanti!

    1. Hi Azmir!

      Alright, my trip to Bangkok was my first backpacking trip. And as it was my first, I did not documented the whole sum I spent properly. Nevertheless, suffice to say that the cost was lest than RM 1000 [around RM 800 I would say] because I had RM 1k but it was not wholly spent. 🙂

  4. Very informative ala santai. Saja2 browse thru sbb ada plan nak bawa my children & anak2 saudara naik tren ke Hatyai. It’ll be their first time ever naik tren to anywhere. Thanks . I enjoyed reading ur posts.

  5. Kagum dgn ko bro..lon ranger je kat bangkok..aku prnh smpi gak tmpt2 yg ko p kt bkk 2..tp dgn mak aku la sbb mak aku org thai dn berasal dr bkk..x ralat sgt la..klu ada yg x phm,mak aku la tukang trjemahkn bhasa..thai mmg unik..suasana jauh beza dgn malaysia..mungkin dr segi cuaca,,keadaan sekeliling yg org2 ckp siam je,itu yg terasa lain..klu kt bkk cuaca sgt2 pns..org padat sgt2..klu jln kt gerai2 brdekatan mbk terasa padatnye..lg2 time org blik krj duk la kt bustop dy anda akn rasa mcm pengsan pn ada..ape2 pn aku respek kt bro ni..brani lon ranger..respek bro..lg 1 org2 thai ni kbykkn mmg suka senyum..wlupn majoriti english dorg berserak byk tp yg pnting senyum 2 msti ada btl x bro..ada pengalaman aku kt bkk dlu kat 7e..aku brtanyakan ‘how much’je,,dorg da panggil manager sbbnye x tau ‘how much’ 2 ape..kelakar2..hahaha..yg pnting senyum 2 kalah org malaysia..ape2 pn thai mmg best..rugi ooo x p sane..aku pn brnasib baik mempunyai keluarga di sana..klu x pn x tau bila nk jejak sn..tabik spring bro kat lu..

    1. Memang pengalaman tak dapat dilupakan bro. Wah, seronoknya ada keluarga di sana. At least boleh selalu pergi melawat sana. Dan ada penterjemah atau boleh mintak tolong dapat diskaun. Hehe.

      Ni pengembaraaan tahun 2011. Tahun ni [2013] bulan lapan hari tu, saya pergi solo trip kedua, KL-Butterworth-Bangkok-Nong Khai-Vientiane, naik tren. InsyaAllah nanti akan update.

      Terima kasih ye sudi lawat dan baca blog ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: