Uniquely Singapore: Part 5 (Haw Par Villa)

Uniquely Singapore: Part 5 (Haw Par Villa)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 4

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44


Wah, rasa macam dah lama tak update blog ni. Sibuk sikit banyak kerja kebelakangan ni. Ok, jom teruskan cerita Uniquely Singapore! Dah masuk Part 5 dah, macam telenovela pulak gamaknya. Slow je…Hehe.

———

Lepas dah boleh check-in, kakak Filipino yang jaga kaunter hostel tu pun panggil kami masuk dorm. Plan hari ni, nak pergi Haw Par Villa. Tempat ni hasil cadangan LonelyTravelog. Tapi, masalah mula menimpa aku. Bila nak check in hostel tadi, kakak Filipino tu mintak passport aku untuk dia fotostat. Sekali bila dah masuk dorm, aku check passport aku, white form/immigration form aku hilang. Cuak gaklah sebab tak pernah jadi kan. Lepas tu, aku selalu dengar yang kalau form ni hilang, susah nak keluar. Cerita-cerita macam ni lah buat aku takut. Haha. Mula-mula ingat nak pergi ICA [Immigration Checkpoint Authority] dekat Lavender. Tapi, memandangkan pejabat dia tutup pukul 2.00 petang, aku tawakal je. Sebab aku tak nak hal ni menghilangkan mood aku nak explore Singapura, jadi aku buat-buat tak ingat pasal hal ni dan meneruskan misi kami untuk menjelajah kota Singa.

Lepas dah mandi-mandi semua, kami pun bergerak ke MRT Farrer Park menuju ke MRT Harbour Front. Sebabnya, lepas ni nak kena tukar Circle Line pulak. Dari MRT Harbour Front, kami naik tren Circle Line dan menuju ke stesen MRT Haw Par Villa. 

Sampai-sampai je kat MRT Haw Par Villa, ikut signboard yang tunjuk Haw Par Villa. Lepas keluar dari stesen ni, korang akan belok kiri. Akan nampak satu pondok bas/bus stand. Belok kanan dan ikut je tepi bus stand tu. Lepas tu, jalan terus je, nanti korang tengok kanan, akan nampak ni:

Welcome to the Haw Par Villa!

Apa itu Haw Par Villa? Ada 3 definisi aku boleh bagi tentang Haw Par Villa.

1.

Haw Par Villa (Chinese: 虎豹別墅; pinyin: Hǔ Bào Biéshù) is a Chinese mythological theme park in Singapore, located along Pasir Panjang Road.

The park contains over 1,000 statues and 150 giant dioramas depicting scenes from Chinese folklore, legends, history and illustrations of various aspects of Confucianism. The attractions include statues of the Laughing Buddha and the Goddess of Mercy, as well as dioramas of scenes from Journey to the West. The most well-known attraction is the Ten Courts of Hell, with gruesome depictions of hell in Chinese mythology, all set in a 60 meter-long trail of a Dragon.-Wikipedia

Sebab tempat ni diasaskan oleh adik beradik pengasas Tiger Balm, maka Tiger Balm pun dipromote.

2.

Haw Par Villa ni taman tema yang dibina oleh adik beradik pengasas Tiger Balm untuk bagi pendidikian kepada generasi muda tentang budaya, lagenda, mitos Cina supaya diorang ni, yang muda-muda ni kenal asal usul diorang. Asalnya, taman tema ni sangat popular sekitar tahun 70-an. Bila Singapore Tourism Board ambil alih sekitar hujung 80-an dan kenakan tiket masuk, orang mula hilang minat sebab tiket dia mahal! Akhirnya, orang dah jarang pergi dan lama-kelamaan, tempat ni dilupakan oleh orang-orang Singapura.

Kereta yang pernah dimiliki oleh Aw Boon Haw dan Aw Boon Par.

3.

Haw Par Villa ialah taman tema yang cuba nak bagi kita ilmu tentang budaya, lagenda, mitos Cina. Pada masa yang sama, nilah taman tema paling pelik yang mana diorama-diorama yang ada menunjukkan ketinggian dan kekompleksiti (complexity) imaginasi pemikiran adik beradik pengasas Tiger Balm.

———

Jadi, apa yang ada kat Haw Par Villa?

Kat sini ada banyak diorama. Tapi, kami sangat tertarik sebab diorama-diorama dia sangat unik. Pada masa yang sama, kami dapat tahu tentang budaya Cina macam 10 Courts of Hell [nak capai Nirvana, akan diadili di 10 mahkamah neraka], hukuman-hukuman untuk pelaku dosa termasuk judi [siapa kata judi sebahagian daripada budaya Cina? teeet! Salah, ok? Penjudi akan dihukum di alam ‘sana’ menurut kepercayaan diorang], Journey to the West [teringat masa sekolah rendah dulu, selalu tunggu drama ni] dan banyak lagi.

Mula-mula, aku dan Akmal ingatkan kecil je Haw Par Villa ni. Rupanya besar dan berbukit. Jadi, kalau nak pergi sini, pastikan bawa air yang cukup. Kalau tak cukup, boleh beli 100plus kat vending machine kat sini macam yang kami buat. SGD 1.30-1.40 untuk satu air tin.

Kat bawah ni antara diorama-diorama yang ada di Haw Par Villa. Untuk maklumat lanjut pasal Haw Par Villa, boleh check wikipedia atau klik link ini.

AMARAN: Kalau anda seorang yang mudah geli, lemah jantung, senang pening, atau mudah terasa dengan benda-benda pelik dan lucah, JANGAN tengok gambar di bawah. You have been warned!

10 Courts of Hell entrance
Asking for forgiveness during judgment
The punishment in one of the Courts
The sins and the respective punishments...
Punishment for gambling..
The sins and the punishments...
Punishment for loan sharks...
Yes, chopped off!
...just like this!
Sesiapa boleh tolong terangkan maksud ni? Could someone please enlightened me on this?
and this?
and this?
As well as this?

Kesimpulannya, trip kami ke Haw Par Villa banyak membuka mata kami tentang peri pentingnya untuk kita kenal budaya dan adat resam kita dan juga kaum-kaum lain. Sekurang-kurangnya, kita boleh belajar untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Kalau ikut kat atas bukit ni ada rumah banglo milik adik beradik pengasas Tiger Balm ni, tapi dah takde. Sayang, sebab kalau ikut gambar lama yang ada kat sini, cantik banglo tu dan menghadap laut. Ye, dari atas bukit kat Haw Par Villa ni kita boleh nampak laut. Sangat cantik dan tenang.

Tapi, boleh nampak lah tempat ni agak neglected. Kalau tempat lain kat Singapura, kerajaan dok cantikkan, repair, renovate, refurbish, tapi tempat ni, selain papan-papan tanda baru yang lebih 1Singapura, nampak sangat tempat ni kurang maintenance dan tak ramai pelawat. Sayang, sebab bila jalan-jalan kat sini, kami rasa macam kami kembali ke zaman kanak-kanak, jalan kat muzium tengok dan belajar apa yang dipamerkan.

Lepas habis pusing satu Haw Par Villa ni, kami lapar sangat. Yelah, pagi tadi makan roti je kat Raffles Place. Hehe. Tapi, sebab kami dah plan nak makan berat masa malam nanti, masa kat Haw Par Villa ni kami lepak kat satu bangku, makan roti putih yang aku bawak cicah dengan Ayam Brand Tuna. Kalau dalam keadaan normal, mungkin nampak dan rasa tak sedap. Tapi, sebab kami lapar gilerr, rasa sedap sangat. Memang banyak jugaklah roti yang kami, terutamanya aku, makan masa kat sini. Hehe.

Dah makan, kami pun keluar dari kawasan ni untuk ke destinasi seterusnya, Pulau Sentosa!

BERSAMBUNG: Part 6

6 Replies to “Uniquely Singapore: Part 5 (Haw Par Villa)”

    1. Sharing is caring bro. And your blog really deserve to be featured in the post because I won’t visit HPV if it was not because of your suggestion 😉

      Gonna update it soon after I return to Shah Alam from Terengganu. Cousin is getting married there. 🙂

    1. Me too. I’ve never heard of this place before until one blogger from Singapore, LonelyTravelog whom commented above, sugested bout this place to me.

      And this place is really worth a visit! There’s no such place in Malaysia and I doubt Indonesia has one like this too. So, before the place is gone forever, it is better for you to visit in your next visit 😉

      The place is free, no more entrance fee. It’s also easy to go. Just follow the tips in my post. Take MRT from Harbour Front to Haw Par Villa station, and there you go!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: