Uniquely Singapore: Part 7 (USS)

Uniquely Singapore: Part 7 (USS)

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 6

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Kerja macam nak gila, blog ni pun terpaksa aku tinggalkan kejap. Hehe. Ok, tanpa buang masa terus sambung je kisah Uniquely Singapore ni. So, dari Palawan Beach, aku dan Akmal plan nak ke USS. LonelyTravelog yang banyak bantu kami untuk trip kali ni bagitau yang kat USS ada after hours tiket. Tiket after hours ni harganya cuma SGD 5 tapi cuma ada hari Jumaat dan Sabtu. Lepas tu, tiket ni ada dari pukul 7 malam ke atas. Maknanya korang boleh masuk dan jalan-jalan, tapi tak boleh main attractions yang ada. Nasib baik hari ni hari Sabtu 🙂

Aku dan Akmal yang first time datang Singapore tak kisah pun kalau tak dapat main. Sebab lebih baik kitorang explore apa yang ada kat sini sepenuhnya daripada spend the whole day and money kat USS ni. Dapat masuk USS pun dah cukup teruja dah kami. Memang best! Rasa macam kat US, kat Hollywood to be specific. Hehe. Kami singgah kedai souvenir dan beli original USS fridge magnet kat sini. Lepas tu, jalan-jalan dan bercamwhoring sepanjang kat dalam ni.

Malaysian Food Street kat RWS. Rasa macam balik Malaysia. hehehe
Ticket booth, ticket and entrance to USS
Hollywood St., USS
Macam kat Hollywood/NY kan? hehehe
Universal Studios, Singapore...
Nampak tak Far-Far Away Castle? Memang kami tengok dari far-far away la.. hehe

Paling best pertunjukan bunga api kat sini. Memang antara yang terbaik yang pernah kami tengok. Dia punya dekat dengan kita, sampai masa mula-mula bunga api tu start, pedih mata sebab angin tolak belerang. Tapi, memang best la pertunjukan bunga api dia, dengan muzik dia lagi. Nice! Memang worth it tunggu. Kalau nak tengok bunga api, kena tunggu dekat center of the lagoon, kat situ macam ada platform untuk duduk. Tempat dia dekat dengan fast food restaurant yang ada dalam USS ni, dan bila duduk sini, korang akan nampak far-far away castle dari far far away. Hehe. Dia start dalam pukul 9.00 pm. Aku dan Akmal tersengguk-sengguk gak tunggu.

Dah habis bunga api, kitorang pun nak balik. Sebelum tu, tengok ramai orang tunggu depan Lake of Dreams. So, kami pun tunggu jugaklah. Kat situ ada persembahan elemen air, muzik dan lampu. Tapi, secara jujurnya tak menarik pun show tu. So, lebih baik korang pergi tempat lain. Hehe.

Kiri - Fireworks show. Kanan - Lake of Dreams..

Balik dari USS ingat nak jalan kaki lalu Sentosa Boardwalk. Tapi, kami tak jumpa jalan jadi naik monorel jelah sampai dalam VivoCity Mall tu. Dari situ, kami naik MRT dari stesen Harbour Front ke Farrer Park. Serius kami dah lapar, so kami ke CMK Restaurant untuk makan malam. Bayangkan, siang cuma makan roti cicah tuna Ayam Brand je. Mana ada tenaga dah. Haha.

Aku order nasi goreng ikan bilis dengan telur mata [kat Malaysia kita panggil telur mata kerbau kan? Kat sini diorang panggil telur mata lembu. Kami dah pelik kenapa bunyi lain, lepas tu baru perasan kerbau dan lembu tu. Hehe.], thosai masala dan teh o ais. Semuanya SGD 8.80. Bagi aku murah tau! Ingat tak aku cakap tentang dollar to dollar basis. Kalau kat Malaysia, aku makan benda yang sama, aku rasa harganya dah dalam RM 10, tapi kat Singapura baru 8.80. Memang kalau kira conversion rate mahal sebab double tapi…:

Katakan kat Malaysia gaji lawyer RM 3,000 sebulan dan kat Singapura gaji lawyer SGD 3,000 sebulan. Kat Malaysia, lawyer tu makan nasi goreng ikan bilis dengan telur mata, thosai masala dan teh o ais dicaj RM 10. Tapi, lawyer kat Singapura makan benda yang sama, baru dicaj SGD 8.80. Murah kan? Jadi, tu lah maksud aku bila aku kata murah on dollar tu dollar basis 🙂 Gaji sama, kerja sama, tapi bayar murah sikit.

Lepas dah makan, jalan kaki balik hostel dan tidur. Hehe. Lampu pun dah padam [Ark 259 Lodge automatik tutup lampu lepas pukul 11.00 malam], jadi memang kena tidurlah. Lagipun, nak rehat untuk pengembaraan esok pulak 😉

BERSAMBUNG: Part 8

13 Replies to “Uniquely Singapore: Part 7 (USS)”

        1. thanks bro! it’s all because of u. if u didn’t tell us, how are we suppose to know that there is an after hour ticket at USS?? hehehe

    1. dah jumpa tempat chambering belum? pilih baik2 ye, jgn salah pilih nanti merana. heheh..

      tu la.. mula2 dgr telur mata lembu, rasa macam pelik, macam ada tak kena. lepas tu baru perasan..

      mmg nak sep karan gile2 tu. lampu tutup 11pm sampai dalam 7+ am.. aircond pulak dari 11am sampai 5pm kot, dia off jugak. hehe. tapi fikir secara positif, mungkin dia nak jaga alam sekitar kot. haha

      1. belum..intebiu da bersepah jugak pergi n bila yg dapat ada ja halangannya..lawyer skeri rejek heh,n situasi lokasi cm x strategik pn ad gk.penin dah ni. dgr ayat2 merana lagi tambah trauma yg sedia ada nh..huhu

        urm bagus gk wt cmtu klu tjuan nak jaga alam sekitar!:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: