Epilog: Uniquely Singapore

Epilog: Uniquely Singapore

SEBELUM INI: Uniquely Singapore: Part 14

INFO: SGD 1.00 = RM 2.44

Singapura, kota singa. Aku berpuashati dengan trip kali ni. Semuanya berlaku mengikut perancangan, alhamdulillah. Kecuali insiden melibatkan kehilangan disembarkation card aku, lain-lain kebanyakkannya ikut itinerary yang dirancang. Pengalaman pertama aku dan Akmal ke Singapura, bagi aku, Singapura memang sebuah negara maju. Dari segi infrastruktur, terutama kat Central Business District, memang penuh pencakar langit. Lagi cantik sebab dia dekat dengan laut, jadi pemandangan memang mengasyikkan. Aku ingat lagi, masa kecil dulu, kat rumah aku ada satu buku pasal ASEAN, dan satu-satunya bangunan pencakar langit yang mendominasi downtown Singapura masa tu ialah bangunan OCBC Centre.

OCBC Centre

Masa aku masuk pertandingan melukis poster, walaupun ada KLCC dan Menara KL, aku tetap masukkan bangunan ni sebab senang nak lukis. Tapi, sekarang bangunan ni pun dah tersorok malu sebab penuh dengan bangunan-bangunan lain yang lagi tinggi.

Tapi, agak janggal sebab aku masih ada kampung di Malaysia. Tapi, di sini semuanya bandar. Kecuali di Pulau Ubin dan Kampung Lorong Buangkok [yang mana kami tidak melawat]. Kadangkala, aku terfikir, kalau balik kampung, tapi kampungnya di perumahan HDB, jadi suasana kampung tu dah hilang.

Sebagai sebuah negara kecil, Singapura juga sangat hijau. Mungkin sebab kalau tak hijau, nanti banyak pencemaran. Kebanyakan tanah kosong, termasuk untuk pembangunan, akan ditanam rumput terlebih dahulu. Memang jelas nampak kehijauannya. Tapi, kawasan semulajadi memang sikit. Sebab tu, aku rasa seronok kami dapat melawat Pulau Ubin. Dan besar harapan aku, kiranya Pulau Ubin ni tidak dibangunkan dan kekal seperti sekarang.

Aku juga suka dengan proses pemuliharaan bangunan lama kat Singapura. Bangunan lama, macam yang ada kat Jalan TAR, KL dibaik pulih, dicat semula. Nampak cantik dan menarik. Tapi, mungkin juga sebab Singapura negara kecil, jadi nak memulihara sesuatu perkara tu mudah dibandingkan dengan Malaysia sebab sudah tentu Malaysia perlukan kos yang lebih.

Aspek kebersihan selalu dicanangkan kepada kita di Malaysia. Ya, memang Singapura sebuah negara yang bersih. Tak banyak sampah sarap, botol air, plastik-plastik, puntung rokok yang bersepah melata kat sini. Tapi, bukanlah semua tempat bersih. Sebab ada juga tempat, macam dekat dengan Raffles Place MRT station yang ada sampah. Dan di kaki lima kedai-kedai yang penuh sampah. Namun, tetap lebih bersih dari Malaysia.

Dari aspek disiplin, aku puji warga Singapura sebab mereka patuh pada papan tanda dan lampu isyarat. Mereka tidak akan melintas selagi ‘Green Man’ tidak muncul. Dan hanya akan melintas kat tempat yang disediakan. Tapi, dari aspek disiplin untuk naik MRT, warga Singapura sama sahaja macam warga Malaysia, yang bermaksud rakyat Thailand masih lagi yang paling berdisiplin sebelum naik tren mereka. Ikut pemerhatian aku, rakyat Singapura juga tidak beratur sebagaimana rakyat Thailand yang senantiasa beratur. Rakyat Singapura juga kadangkala berebut untuk memasuki tren macam kita di Malaysia.

Satu lagi perkara yang menarik minat aku ialah tentang kepelbagaian bahasa dan budaya. Walaupun kaum-kaum yang ada di Malaysia dan Singapura adalah sama, tetapi Singapura memang benar-benar 1Singapura. Sekurang-kurangnya dari segi bahasa yang digunakan. Mungkin sebab bahasa Rasmi di sana ialah BI, Mandarin, BM dan Tamil, maka kebanyakan papan tanda mempunyai keempat-empat bahasa tersebut. Malah, pengumuman di sesetengah stesen MRT juga dibuat dalam keempat-empat bahasa itu. Itulah keunikan Singapura.

Untuk makanan, tiada apa yang ingin aku perkatakan, kecuali betapa sedapnya nasi Briyani Zam Zam dan murtabak Singapura di Zam Zam.

Sebuah negara kecil, tapi penuh warna warni, moden dan pertembungan antara budaya Timur dan Barat. Uniquely Singapore.

TAMAT | THE END

4 Replies to “Epilog: Uniquely Singapore”

  1. Good and figure out other “asean” countries… then go to europe as well… then you can make a very good comparison on everything…. 🙂

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: