Getaway Backpacking: Entri dari Phuket

Getaway Backpacking: Entri dari Phuket

Dah lama rasanya tak update blog ni. Memang lama pun. Haha. Kerja banyak sangat sampai tak ada masa untuk rileks dan berlibur. Tapi, alhamdulillah bulan ni cuti aku untuk getaway dari kesibukan kerja diluluskan bos. Thanks bos!

Sebab cuti dah lulus, berlepaslah aku ke Phuket sekejap tadi dengan travel buddy ie bestfriend aku, Akmal. Kami dah beli tiket dari tahun lepas lagi, sebelum aku ke Bangkok kalau tak silap. Hehe. Murah weyh, RM 127.20 je tiket pergi balik. Jadi, sila bersengkang mata untuk beli tiket Air Asia bila ada promosi ye. Hehe.

Di LCCT sebelum kapal terbang berlepas…

Flight kami tadi berlepas dalam jam 8.40 malam waktu Malaysia dan tiba kat Phuket International Airport dalam jam 9.00 malam waktu Thailand [Thailand lewat satu jam dari Malaysia]. Sampai-sampai airport, pihak hostel dah tolong book kan teksi untuk pick up. Senanglah sikit sebab hostel kami, Sea Blue Phuket Guesthouse kat Patong, dalam 45 minit drive dari airport.

Untuk malam ni, kami cuma jalan-jalan untuk tengok keliling dulu. Nak cari mana kedai makan halal [lapar kot tadi! haha], cari jalan ke pantai Patong. Lalu jugak lah Bangla Road yang terkenal tu. Hehe. Semua tu akan aku cerita lebih detail dalam entri proper nanti. 🙂

Sekarang pun dah pukul 3.00 pagi kat sini. Aku pun dah letih dan ngantuk. Esok hari yang panjang. Hehe. Banyak lagi tempat nak explore. Apa-apa pun, doakan kami selamat pergi dan pulang!

Welcome to Phuket!

Sea Blue Phuket Guesthouse, Patong, Phuket, Thailand

14/9/12 – 3.11 am

UPDATED! – PHUKET DAY 1-PART 1

2 Replies to “Getaway Backpacking: Entri dari Phuket”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: