Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 2]

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 2]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 1]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Dah setel beli tour island hopping James Bond Island dan tiket fight muay Thai, kami pun teruskan perjalanan nak pusing-pusing Phuket naik skuter. Pertama kali bawak skuter kat luar negara. Hehe. Secara umumnya, kami tak keliling pulau Phuket ni sebab Phuket ni agak besar. Untuk trip kali ni, kami cuma berjaya cover kawasan tengah, barat daya, selatan, dan tenggara.

Kawasan yang kami lalu – garisan warna ungu…

Kami jalan ikut jalan pesisir pantai. Dari Patong tu jalan ikut jalan pantai/jalan pesisir pantai dan masa jalan kat sini, kiri kanan banyak gerai-gerai jual cenderamata, jual baju, jual makanan, jual kebab. Kawasan ni pun banyak kedai halal tapi kebanyakannya kedai makanan Arab la. Jalan ke depan sikit, macam-macam hotel ada. Lalu depan Hard Rock Cafe kat sebelah kanan jalan, tapi terlupa nak ambil gambar. Hehe. Kena ulang trip ni!

Sepanjang lalu jalan pesisir pantai, rasa macam tak percaya kawasan ni dulu pernah dilanda tsunami. Sebab kawasan dia elok je, tak ada tanda-tanda macam pernah kena tsunami. Lepas dah habis jalan kat pantai, kami pun lalu kawasan berbukit. Sunyi sikit jalan dia dan macam kawasan hutan sikit, tapi orang kat Phuket pandai tarik pelancong.

Masa lalu kawasan berbukit, ada orang buat bisnes ATV, yang ada ladang getah buat bisnes demo menoreh getah. Kami jalan terus je sampai lah nampak kawasan pantai. Maknanya, kami dah sampai pantai Karon. Memang cantik kawasan ni. Tiba-tiba terfikir, jalan kat kawasan pulau, tak ada sunblock. Mau sunburn nanti. Kami nampak ada 7-E kat kawasan ni. Singgah dulu beli satu. THB 345 lebih kurang.

Sunblock jangan lupa!

Dah beli sunblock, kami ke depan sikit ke Kata Beach, cari parking dan parking skuter kat situ untuk tengok keliling. Pantai ni dekat dengan Karon Park. Bertentangan pantai ada satu baris kedai, ada kedai makan, kedai tatu, kedai urut. Dekat dengan roundabout.

Dekat Phuket selain banyak kedai tatu dan banyak 7-E [macam kat Bangkok, kadang-kadang selang beberapa 7-E, ada 7-E lagi], kat Phuket juga banyak farmasi. Ada sesetengah farmasi tu siap ada tulis, Pharmacy with Pharmacist. Tak percaya cuba tengok. Memang banyak!

Kami jalan kaki ke pantai, ya Allah cantiknya pantai dia! Pasir halus. Pantai panjang dan luas. Angin sepoi-sepoi bahasa. Ombak kuat dan ada bendera merah beritahu ombak kuat, tapi ramai yang mandi jugak. Memang cantik!

Pemandangan di Kata Beach…

Sebenarnya, Karon Beach dan Kata Beach ni bersambung. Jadi, biasanya orang refer sebagai Karon-Kata je.

Lepas dah jalan-jalan ambil feel main ombak, main pasir, kami teruskan perjalanan. Mula-mula ingat nak ambil gambar kat signboard Karon Park, tapi tak jadilah. Sebab kami tengok map kat tepi jalan, Karon Viewpoint dah tak jauh, kami buat keputusan nak ke sana terus.

Untuk ke Karon Viewpoint, bila pantai sebelah kanan, rumah kedai sebelah kiri, depan akan ada roundabout. Roundabout tu ambil pukul 12. Bila jalan terus, akan lalu tepi pantai sikit, lepas tu akan naik bukit. Memang hebat skuter Thailand ni sebab bukit curam giler pun boleh tahan lagi dia naik. Hehe. Aku tak ingat ada signboard ke tak, tapi nanti bila dah naik bukit tu, Karon Viewpoint akan ada kat sebelah kanan. Dekat kawasan yang tinggi jugaklah.

Ni rumah kedainya…
Ni roundaboutnya… Pukul 12 nak ke Karon Viewpoint…
Jalan menuju ke Karon Viewpoint. Kiri dari pantai. Kanan menuju ke Viewpoint. Rasa macam kat Korea pulak masa ni sebab jalan kecik2 lepas tu naik bukit tapi kiri kanan padat dengan bangunan… ;D

Kalau bawak skuter, sila parking kat tempat motor ye. Jangan jadi macam aku, sebab sebagai typical Malaysian, aku selamber parking kat tempat kereta. Sudahnya, skuter kami je yang ada kat situ, orang lain bawak skuter semua parking tempat motor ;p

Akhirnya, sampai pun Karon Viewpoint. View kat sini memang cantik. Dan kalau korang google: Phuket, antara imej yang akan keluar kat Google ialah gambar yang diambil dari sini. Karon Viewpoint ni salah satu daripada viewpoint2 yang ada kat Phuket. Kalau tengok map kat atas, ada lah tulis kat mana lagi. Banyak masa boleh lah pergi semua. Kalau tak, pilih lah mana-mana suka. Hehe.

Yang menariknya, dari Karon Viewpoint ni kita boleh nampak ketiga-tiga pantai utama kat Phuket: Patong, Karon dan Kata.

Karon Viewpoint…

Jadi, apa boleh nampak dari sini? Jalan masuk ke dalam, pergi bawah satu pondok wakaf, kami disajikan dengan pemandangan ni:

Nampak tak Patong, Karon dan Kata? Yang ada bangunan tinggi warna putih kat hujung atas tu lah Patong. Yang bawah lagi 2 tu, Karon dan Kata. Nampak dekat, tapi dari Patong ke sini, sebab banyak bukit, boleh tahan lah cabarannya tu. Hehe.

Gambar kat atas ni, memang banyak keluar kat Google dan Wikipedia juga. Hehe. Kat sini memang port ambil gambar dan memang ramai lah bergambar kat sini. Tempat terhad, jadi kami pun kena tunggu giliran. Tapi, tak kisah pun sebab angin kat sini kuat sangat. Bagi toto dengan bantal dan selimut, mau lena kat sini. Haha.

Pemandangan lain dari sini…
Lepas menunggu giliran dan tengok orang lain bergambar dengan aksi yang pelbagai, sekarang giliran kami pulak. Hehehe

Dah puas bergambar, menghayati keadaan sekeliling, menghirup udara segar dan melayan angin yang kuat bertiup, kami teruskan perjalanan ke tempat yang seterusnya pulak…

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 3]

9 Replies to “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 2]”

  1. Whoaa..bestnya dapat ronda2 naik scooter, hari tu pas raya sampai gak Phuket ni tapi hujan je memanjang, maka mmg tak dapat la melaksanakan rancangan ronda2 satu Phuket dgn Scooter tu…..nak g Chalong Bay pun tak nyempat, public transport selain dar trak Sorngtaoou tu mahal2 pulak….n tak berapa efficient public transportnya….memang kena repeat balik lah Phuket ni

    1. haha. time kami pergi pun musim hujan jugak. kami dah agak dah sebab hostel pun bagi promosi kurang harga. hehehe. tapi memang best naik skuter. kena ulang! haha.

      yup public transport sangat tak efisien. nak naik bas pun bas tak banyak. paling murah n syok ronda2 naik skuter. kami pun nasib baik hujan berhenti pagi tu dan cerah sampai ke malam. kalau tak mau tak kemana jugak ;D

      1. hahah….itulaa, kalo trak Sorngtaoou tu efficient skit operasinya senang skit nak pusing2 time hujan pun…harga dah murah, tak mcm tuk-tuk or teksi motor yg suka-suki ketuk pelancong mahal2 nak mampus…..trak Sorngtaoou di Phuket besar2, tak mcm kat Krabi kecik2 tapi masalahnya trak Sorngtaoou yg besar2 ni tunggu org full baru jalan….hari tu dari Phuket Old Town nak ke Chalong punya la lama nunggu baru dua orang je ada, Sorngtaoou yg kat depan yg nak gi Pahthong sekejap je full…then terus cancell hasrat nak ke Chalong, turun n lompat naik ke Sorngtaoou destinasi Pathong tu. BTW Phuket Old Town tu is the real heart of Phuket sebenarnya, ada banyak bangunan lama mcm kat Penang n Melaka, banyak rumah and premis perniagaan milik cina peranakan juga (mmg mcm Penang n Melaka sgt2)….ada kedai roti canai yg popular juga, owner dia boleh cakap melayu n selain roti canai ada jugak nasik n lauk2 ala Thai mcm beefball green curry yg sedap. Tapi kalau dah masuk malam Phuket Old Town memang tidur awal lah, tak meriah mcm Pathong…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: