Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 4]

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 4]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 3]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Pengembaraan kami di Phuket diteruskan lagi dengan menuju ke The Big Buddha! Asalnya, aku tak tahu langsung pasal kewujudan The Big Buddha kat Phuket. Yang aku tau Big Buddha kat Hong Kong. Tu pun lepas baca blog John. Sekali tengah reserach, entah macam mana terjumpa pasal Big Buddha, terus rasa nak pergi.

Yelah, alang-alang kat tempat orang yang berbeza budaya dan agama, ni lah masanya untuk mempelajari dan memahami serta menghargai perbezaan tu. Firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 13:

13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

—–

13- O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.

Masa kat hostel pagi tadi, aku tanya kakak receptionist tu macam mana nak ke Big Buddha. Dia kata cari jalan ke Wat Chalong. Tapi, dia tak galakkan pergi sebab masa aku tanya tu hujan tengah turun dengan lebatnya, jadi dia kata bahaya sebab jalan ke sana berbukit.

Tapi, memandangkan masa kami pergi hujan tak ada dan langit cerah secerah-cerahnya, kami buat keputusan untuk pergi. Dari Promthep Cape nak ke Big Buddha, korang turun balik ke jalan utama dan kat situ nanti akan ada papan tanda tulis The Big Buddha. Bukan papan tanda rasmi, sekadar papan tanda yang dibuat sendiri. Ikut je jalan tu. Ada tempat yang tak ada papan tanda tu, jadi korang cari Wat Chalong. InsyaAllah sampai.

On the way to the Big Buddha…
Suasana jalan nak ke Big Buddha…

Nanti, lepas jalan ikut papan tanda, ada satu simpang kecil ke kiri. Kat sini korang belok kiri, lepas tu jalan terus je. Ikut depan rumah-rumah orang kampung. Jalan kat sini best, kecik tapi pakai simen. Kualiti tinggi lah jalannya. Haha. Nanti sampai kat penghujung jalan, belok kiri dan terus je naik bukit.

Masa naik bukit ni, kena hati-hati. Jangan menunggang dengan laju, nanti maut menunggu. Haha. Sebab ada antara selekohnya tajam dan ada jalannya curam seuram-curamnya. Nasib baik skuter kami mampu. Hehe. Maknanya aku taklah berat sangat kan?

Sepanjang perjalanan naik bukit, ada jalan yang jadi selorong sebab jalan satu lagi tengah direpair [jalan simen weyh! haha]. Lepas tu, ada orang buat bisnes naik gajah, ada kedai makan dan minum kat kaki bukit yang boleh tengok pemandangan kat bawah [strictly non-halal] dan ada bisnes ATV, yang mana korang boleh naik ATV menuju ke the Big Buddha yang terletak kat atas puncak bukit. Sejuk masa naik atas ni. Nyaman!

Sampai-sampai puncak, nampaklah Big Buddha tu tersergam kat puncak. Memang besar! Tapi, tak siap lagi pembinaan dia. Mungkin dalam 80% macam tu lah baru siap. Parking skuter kat tempat yang disediakan, dan kami pun terus masuk untuk melawat Big Buddha Phuket.

Pelawat perempuan yang pakai seksi diminta pakai pakaian yang sopan iaitu menutup bahagian dada. Kena pakai selendang untuk tutup bahagian bahu-dada kalau tak, tak boleh masuk. Kesopanan dan kesusilaan. Hehe.

Malaysians will love this place – because it is FREE! ;D
Besar giler! *fainted*

Menurut pembacaan aku kat sini, Big Buddha Phuket ni memang dibuat untuk tarik pelancong ke sini dan pembinaannya bersumber daripada derma orang ramai. Big Buddha ni jugak memang dibina untuk menjadi patung Buddha yang terbesar di Thailand. Untuk patung Buddha yang utama i.e. yang kat atas ni, keseluruhan patung tu disalut dengan batu marmar, sebab tu warna dia putih.

Bila kami masuk ke dalam, nampak ada sami-sami yang tengah bagi ‘blessing’ dekat orang ramai yang nak dapatkan blessing diorang, selain nak bergambar. Ada pokok duit, yang dihasilkan daripadda duit derma orang ramai. Ada batu marmar kecil untuk orang yang derma, nanti nama diorang akan diukir kat situ. Ada galeri gambar, tunjuk gambar-gambar penderma dari serata dunia dan gambar perasmian tempat ni oleh raja Thailand.

Sami-sami yang bagi blessing + bergambar.. hehe
Sampai ke saat ni, kami tak tau sami yang dalam ‘akuarium’ tu, hidup ke atau….
Spot the difference? [Terkejut kami masa nampak perbezaan tu. hehe]

Dah puas keliling bahagian bawah, kami pun nak ke tempat Big Buddha tu didirikan. Kena naik tangga sikit. Ala, sikit je. Tak banyak pun. Hehe.

Tak ingat patung dewi apa… Ni kat sebelah kiri masa tengah naik tangga…

Bila dah sampai atas, pemandangannya, bak kata omputeh, very breathtaking view. Pemandangan yang sangat mengambil nafas mengujakan. Dari atas ni, boleh tengok kawasan Phuket 360 darjah dan kawasan yang berbukit-bukit kat pulau Phuket ni, yang menjadi asal usul nama tempat ni sendiri.

Ada pokok yang penuh digantung loceng-loceng, jadi bila berangin, bunyi macam ramai orang jual aiskrim. Hehe. Ada loceng besar, ada gong besar, ada patung Buddha emas yang agak besar dan patung-patung lain. Bawah Big Buddha pulak ada tiang-tiang yang jadi penyokong patung gergasi tu, dan bila masuk, ada kawasan lapang yang mana diorang simpan beberapa instrumen-instrumen Buddhism. Tapi, bau simen memang kuat, sebab tak siap lagi kan.

Pemandangan dari Big Buddha Phuket…
Berbukit-bukit -> Bukit -> Phuket
The Big Buddha, Phuket…
Close up – the Big Buddha…
The Golden Buddha statue…

Dah habis tour the Big Buddha, kami turun bawah balik dan aku nampak satu stall jual ais krim kelapa. Ada yang kecil dan besar, tapi sebab yang besar dah habis, aku beli yang kecil. THB 25/RM 2.50. First time makan masa aku pergi Hat Yai bulan 2 tahun ni [travelogue pending ;p], jadi aku rasa macam nak try yang sini punya, aku beli lah.

Coconut ice cream kat sini pakai santan, lepas tu dia bubuh jagung sikit, cendol sikit dengan kacang. Akmal yang tak suka kelapa pun layan ais krim ni. Haha.

Must try!
The Coconut Ice Cream ;D

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 5]

6 Replies to “Getaway Backpacking: Phuket [Day 2-Part 4]”

    1. Best bro! Sebab kita yang decide sendiri apa nak buat. And sometimes we go with the flow. Buat benda yang tak diplan pun. Haha. Macam tengok muay thai fight. As long as within the budget that we’ve fixed earlier. Jomlah join kitorang!

      Next year dalam bulan 5 kitorang nak pergi Cambodia.4 days 3 nights trip. Roughly nak tengok killing fields ngan Angkor Wat. 22-25 Mei 2013. Book la tix, Join kitorang. Haha. Sebab ada sorang lagi kawan pun maybe nak ikut but haven’t decided yet. Jom-jom!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: