Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 2]

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 2]

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 1]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Jom sambung kisah island hopping kat Phuket. Oh btw, aku baru lepas tengok cerita The Beach baru-baru ni [ketinggalan giler kan? haha]. Tengok cerita tu, terus teringat kat Phuket walaupun secara teknikalnya filem tu bukan dibuat kat Phuket. Oh, tau tak yang On On Hotel dalam filem tu sebenarnya bukan kat Khao San Road, Bangkok tapi kat Pekan Phuket? Eh, dah melalut pulak. Hehe.

On the way to the James Bond Island. This kid is so cute and photogenic! ;D
On the way to the James Bond Island. This kid is so cute and photogenic! ;D

Ok, lepas dah pusing ke Hong Island, perjalanan diteruskan ke James Bond Island atau nama sebenarnya Khao Phing Kan. Habis tu, kenapa dipanggil James Bond Island?

Sumber dari Wikipedia:

Khao Phing Kan (Thai: เขาพิงกัน) or Ko Khao Phing Kan (เกาะเขาพิงกัน) is a pair of islands on the west coast of Thailand, in the Phang Nga Bay, Andaman Sea. About 40 metres (130 ft) from its shores lies a 20 metres (66 ft) tall islet Ko Tapu (เกาะตะปู, pronounced [kɔ̀ʔ tapuː]) or Khao Tapu (เขาตะปู [kʰǎw tapuː]). The island is a part of the Ao Phang Nga National Park. Since 1974, when it was featured in the James Bond movie The Man with the Golden Gun, it is popularly called James Bond Island.

Oh, patutlah dipanggil James Bond Island. Hehe. Pulau ni cantik sebenarnya. Sebab ada Ko Tapu, iaitu satu islet yang terletak kat tengah-tengah laut. Ramai orang ambil gambar kat sini sebagai latar belakang sebab bahagian ni yang paling popular dalam filem James Bond tu.

Ko Tapu... the islet...
Ko Tapu… the islet…

Pulau ni ada gua-gua kecil yang kita boleh masuk dan explore sendiri. Ada juga bahagian yang disemen dengan konkrit untuk dijadikan tangga bagi memudahkan pengunjung explore pulau ni.

Small cave where we can explore on our own :)
Small cave where we can explore on our own 🙂
Cantik ni! Nampak kecil kat gambar tapi sebenarnya besar.
Cantik ni! Nampak kecil kat gambar tapi sebenarnya besar.

Kat pulau ni juga ada orang jual barang-barang kraftangan buatan tangan. 100% peniaga sini adalah Muslim yang ada susur galur Melayu. Tapi, 100% dah tak boleh cakap Melayu. Barang-barang yang dijual macam gelang, rantai mutiara dan cenderamata2 lain.

Tips: Kalau tak nak beli, janganlah singgah. Kalau dah pegang, memang habislah dipujuk rayu supaya kita beli. Harga agak mahal jadi tawar menawarlah sampai dapat harga yang puas hati.

Aku ada beli set gelang dengan subang. Harga tak silap aku dalam THB 300/RM 30.00. Ingat tak nak beli apa-apa, tapi, takpelah tolong salah satu peniaga kat situ. Hehe. Tapi, bagi aku tempat ni terlalu overrated. Souvenir mahal, penuh dengan orang dan terlalu dibuat-buat. Cantik memang cantik tapi natural wonder dia dah hilang.

Dah habis pusing James Bond Island, tibalah saat yang aku tunggu-tunggu dari semalam. Sesi berkayak! Dibuat kat Tham Lod, jadi kami naik bot dan pergi ke satu platform terapung untuk tunggu turn nak naik kayak.

Naik kayak dari sini.
Naik kayak dari sini.

Lepas beratur, kami dapat pendayung perempuan nama Habsah. Tapi, dia pronounce nama dia Habsoh. Macam Kelantan, tapi tak boleh cakap Melayu jugak walaupun dia berdarah Melayu. Hehe.

Tips: Kayak yang kami naik ni, tak ada safety jacket. Ada sesetengah syarikat lain bagi safety jacket untuk orang yang naik kayak. Jadi, pesan aku, ikut je arahan si pendayung. Dia kata tunduk, tunduk. Kiri, kiri. Kanan, kanan, dan seumpamanya. Jangan lawan. Dan bertawakallah. Hehe.

Seronok berkayak kat sini. Serius cakap, masa kat sini, lalu gua, kawasan lagoon dan hutan paya bakau, terasa hilang semua masalah. Kagum dengan ciptaannya, dan rasa bersyukur dapat ke sini. Semua fail-fail kes kat pejabat, aku tak ingat langsung! Hehe. Macam kat syurga dunia, kata orang. 😉

Habsoh.
Habsoh.
Haus? Boleh beli air kelapa. Tapi, duit sendiri lah ye. Hehe
Haus? Boleh beli air kelapa. Tapi, duit sendiri lah ye. Hehe
Berkayak di bawah tu untuk ke lagoon.
Berkayak di bawah tu untuk ke lagoon.
Hutan paya bakau - close encounter. Hehe
Hutan paya bakau – close encounter. Hehe
Di kawasan lagoon. Cantikkk. :)
Di kawasan lagoon. Cantikkk. 🙂
Apa nak dikata, pujilah yang Mencipta. :)
Apa nak dikata, pujilah yang Mencipta. 🙂

Lepas kira-kira sejam berkayak, kami dibawa semula ke platform tadi. Oh, kat Thailand ni, mengamalkan budaya tips macam kat US tu. Kalau kat Malaysia kan kita tak ambil pusing pun pasal tips, tapi kat sini, kalau suka kat sesuatu perkhidmatan tu, bagilah tips. Kalau tak puas hati, tak payahlah bagi.

Macam dalam kes kami, kami tak tau ada budaya tips. Sekali si Habsoh tanya,

“You like my service? Is my service okay?”

Kami jawablah,

“Yes, we like it! Thank you very much!”. Sebab ingatkan macam ala-ala survey je kalau tak bagus dia nak improve ke..kan. Jadi, cakap thanks je lah. Sekali dia cakap,

“If you like, can you give me tips..tips?”

Datang dari Malaysia yang tak membudayakan pemberian tips, aku pandang Akmal, Akmal pandang aku. Duit makin kurang. Macam mana ni. Hehe. Jadi, lepas turun kat platform, kitorang bincang-bincang, sambil Habsoh tu tengok dengan padangan mata macam “korang ni nak tipu aku ke”, kami decide bagi dia THB 100/RM 10.00. 

Lagipun, kami rasa service dia okay. Lepas tu, si Hisyam pun nampak dan dia pun tanya, kami bagi tips ke. Dia pulak rasa bersalah tak bagi tips kat pendayung dia. Haha.

Perut pun dah lapar. Sejam atas kayak. Diorang tak nak bagi makan ke?

Bersambung

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 3]

2 Replies to “Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 2]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: