Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 4]

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 4]

Bersambung dari:Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 3]

Info: THB 100 = ~RM 10

===

Lepas kami dah puas berehat, dalam pukul 6.00 petang hari pun dah mula gelap. Ingat nak keluar makan dalam pukul 7.30 macam tu, tapi sekali dalam pukul 7.00 malam, hujan turun dengan lebatnya. Memang lebat sangat. Kakak Buty Poy kat kedai sebelah hostel ni [kedai saloon] dah offer payung, tapi takpelah, kami ingat nak tunggu hujan reda.

Sementara tu, lepak kedai saloon sebelah, kami makan buah dokong. Hehe. Tak silap diorang pun panggil dokong kot. Dan tak dilupa add kat FB sebab senang nak contact in the future. Hehe. Akhirnya, dalam pukul 8.00 malam, hujan mula reda. Kami pun gerak ke pasar malam nak makan kat gerai yang aku makan Pad Thai semalam.

Pasar malam depan Banzaan Market, baru lepas hujan...
Pasar malam depan Banzaan Market, baru lepas hujan…
Nasi goreng ayam/chicken fried rice...
Nasi goreng ayam/chicken fried rice…

Hari ni, aku makan nasi goreng ayam, sebab aku tak boleh makan udang. Hehe. THB 400/RM 4.00. Sedap nasi goreng dia. Dahlah portion besar. Memang kenyang! Siap ada daun bawang dengan cili potong dalam plastik. Kan bagus kalau kat Malaysia pun ada jual cili potong dalam paket plastik jugak. Hehe.

Sambil-sambil makan, berbual dengan suami akak tu, orang Narathiwat. Bagitau dia kami nak balik dah esok. Lepas tu masa nak bayar, bagitau akak tu yang kami akan balik esok. Ada rasa macam sedih-sedih sikit masa tu. Hehe. Mungkin sebab kakak tu pun dah lama tak cakap Melayu kot. ;p Kakak tu cakap, lepas ni jangan lupa datang lagi. Lepas tu dia tanya, dah kahwin belum? Kalau belum lepas ni datang berempat pulak. Kami jawab insyaAllah. 🙂

Perjalanan kami teruskan ke Jungceylon Shopping Mall, sebab dah tak tau nak ke mana. Hehe. Mall ni besar. Paling besar kat Patong ni.  Sejarah Jungceylon ni pun dari perkataan bahasa Melayu tau! Dekat sini ada banyak kedai makan, kedai handphone, hypermarket Big C, satu panggung wayang dan panggung wayang 4D macam kat Genting Highlands tu.

Jalan-jalan kat area McD. Kat Thailand ni, kat mana-mana pun ada shrine dia. Dan aku perasan, orang-orang Buddhist kat sini sangat religious. Kiranya, kalau jalan-jalan kat tepi mall ni, bila nampak shrine mesti akan tunduk sikit dan rapatkan kedua tapak tangan. Sama macam yang aku tengok kat Bangkok dulu.

Dekat dengan McD.
Dekat dengan McD.
Water fountain show...
Water fountain show…

Dekat tengah-tengah shopping mall ni, ada satu kapal atas air dan setiap malam akan ada water fountain show kat sini. Kami tunggu sampai pukul 9.00 malam sebab nak tunggu water fountain show ni. Tapi, bagi aku, show dia okayla. Maknanya tak lah best sangat dan kalau korang tak tengok pun tak rugilah. Hehe. Dia cuma ada air pancut dengan lampu warna-warni dan muzik. Tak ada jalan cerita ke atau gimik ke.

The show is so-so...
The show is so-so…

Sepanjang kat mall ni, kami memang pusing keliling habis setiap tingkat semua nak tengok apa yang ada. Hehe. Lepas tu, masuk satu bahagian ni, Akmal jumpa t-shirt ni:

Thai t-shirt THB 299. Nice design!
Thai t-shirt THB 299. Nice design!

Kat kedai ni:

The kiosk selling the t-shirt.
The kiosk selling the t-shirt.

Harganya THB 299/RM 29.90 dan design dia memang lawa. Kualiti pun terbaik. Memang berbaloi lah beli. Hehe. Sekali tengok, duit macam tak berapa nak cukup. Haha. Terus cari ATM CIMB Bank.

Tips: Kat Jungceylon ni jugak, ada 2 ATM CIMB Bank. Satu dekat dengan kiosk flying pancake. Satu lagi, kalau korang kat tengah-tengah mall, dan kapal water fountain tu belakang korang, korang belok kiri lalu titi kayu. ATM CIMB Bank ada kat depan sebelah jalan besar.

Kenapa CIMB Bank? Sebab kalau cucuk duit kat CIMB Bank punya ATM, tak ada caj extra dikenakan. Cuma dapat duit Baht ikut currency rate CIMB Bank. Aku masa ni perlukan duit sikit. Sekali pergi ATM CIMB Bank kat kiosk flying pancake, rosak pulak ATM dia. Terus tanya orang kat kaunter pengurup wang, mana lagi ATM CIMB ada. Terkejar-kejar jugak cari ATM. Hehe. Akhirnya jumpa jugak. 🙂 Alhamdulillah…

CIMB Bank.
CIMB Bank.

Dah cucuk duit, kami ke Big C, bahagian supermarket. Sebab Jungceylon dah nak tutup, kami tengok apa barang makanan yang unik atau yang tak jual kat Malaysia untuk kami ngap malam ni. Aku beli satu kotak susu coklat dengan air. Kat sini, Ovaltine dalam kotak pun ada jual. Kat Malaysia, Ovaltine pun jarang orang minum, kan? 😉 Itulah antara perbezaan negara kita.

Lagi satu perbezaan yang aku perasan ketara, kalau hypermarket kat Malaysia, ada bahagian Non-Halal untuk jual daging babi. Jadi, ruangan Non-Halal yang dilabel, tapi kat sini…

Halal meat section.
Halal meat section.

…yang halal yang dilabel! Hehe. Sebab yang non-halal memang dijual secara terbuka.

Lepas dah bayar kat cashier yang bagitau harga dalam bahasa Thai [sebab dia ingat kami local], kami bercadang nak ke pantai Patong buat kali terakhir. Pada masa yang sama, perut dah mula berkeroncong.

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 5]

2 Replies to “Getaway Backpacking: Phuket [Day 3-Part 4]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: