Getaway Backpacking: Phuket – Epilog

Getaway Backpacking: Phuket – Epilog

Bersambung dari: Getaway Backpacking: Phuket [Day 4-FINALE]

Info: THB 100 = ~RM 10

===
Alhamdulillah, berjaya menjejakkan kaki ke Phuket merupakan sesuatu yang aku tak pernah terfikir sama sekali. Ke James Bond Island, Koh Panyee dan pulau-pulau lain yang selama ni aku cuma baca dekat blog orang. Apatah lagi dengan tiket pergi balik cuma berharga RM 127.20. Alhamdulillah. Terima kasih Air Asia!

Phuket, sebuah pulau kat Thailand yang teruk dilanda tsunami pada 26 Disember 2004. Bagi aku, Phuket sebuah tempat yang cantik, dan sesuai dengan asal usul namanya, Phuket memang kawasan berbukit.

Ada sesetengah kawasan naik bukit, dengan kedai berhadapan rapat-rapat, terasa macam kat Korea pun ada. Dari aspek kebersihan, sebahagian besar Phuket bersih tapi kawasan macam Bangla Road memang agak kotor.

Phuket dilanda musim hujan dari September sampai hujung tahun, yang memungkinkan tempat tinggal boleh dapat murah. Tapi, ia satu pertaruhan. Kalau nasib tak baik, memang tak dapat keluar jalan dan terpaksa duduk je dalam bilik sebab hujannya memang lebat!

Dari segi makanan dan harga cenderamata, agak overrated sebab sini kawasan tumpuan pelancong, terutamanya di Patong, harga memang tinggi. Kena pandai bargain dan buat-buat muka tak ada duit sikit. ;p

Beza paling ketara antara Phuket dan Bangkok ialah kebolehan berbahasa Inggeris. Mungkin sebab Phuket memang ramai pelancong Barat, masyarakat tempatan rata-rata boleh berbahasa Inggeris asas. Tak seteruk Bangkok, nak tanya pasal bas pun susah. Tapi, kat sini dengan pendedahan pelancong Barat dan perkongsian perniagaan antara penduduk tempatan dan imigran Barat, berjalan-jalan di Phuket memang mudah.

Bagi traveller yang beragama Islam, Phuket memang ramai orang Islam. Jadi, makanan halal ada je dijual di Patong dan sekitar. Di Rawai pun ramai. Masjid pun ada kat setiap pekan-pekan di sini. Tentang makanan, untuk cari yang halal, cari yang ada tanda Halal atau lambang bulan bintang. Tu general rule dia.

Dari segi hiburan, memang tak dinafikan Phuket ni syurga dunia bagi yang nak berhibur sepenuhnya. Pusat hiburan, kelab, discothque, tarian tiang, tarian paha, namakan aje, boleh kata hampir semua ada dan bertumpu kat Bangla Road. Kadang-kadang, sebab punyalah banyak pusat hiburan kat Phuket, aku rasa kasihan pun ada sebab keindahan alam semulajadi kat sini dah dilitupi oleh pemikiran bahawa pergi Phuket = buat maksiat. ;p

Tapi, masyarakat Phuket memang mereka yang kuat. Bayangkan, kami pergi 7 tahun 9 bulan selepas tsunami menimpa, tapi memang tak ada tanda-tanda tsunami pernah melanda pantai Phuket. Tak ada tanda-tanda bencana besar pernah menimpa. Phuket pesat membangun melupakan duka lama.

Phuket memang indah. Lupakan tentang hiburan berlebihan, fikirkan tentang ilmu dan pengalaman, memang jelas terasa keindahan Phuket. Jalan-jalan naik skuter keliling pulau, tengok pemandangan bukit bukau, pantai memutih dengan ombak kuat memukul pantai. Hayati keindahan tu, dan lihat Phuket dari perspektif yang berbeza. You won’t regret it.

Sampai sini saja travelogue Phuket. Au revoir a bientot!

377633_4589551575834_1127370932_n

TAMAT | THE END

UPDATED! = Getaway Backpacking: Phuket – Total Expenses

2 Replies to “Getaway Backpacking: Phuket – Epilog”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: