The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 2]

The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 2]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 1]

Jalan Padang Kota Lama/Esplanade Road
Jalan Padang Kota Lama/Esplanade Road

Lepas dah puas pusing-pusing kat Fort Cornwallis, perut rasa lapar. Kebetulan, berdekatan dengan kubu ni ada Padang Kota Lama yang terkenal dengan rojak pasembornya. Kami pun terus ke Padang Kota Lama cari kedai makan.

Nak ke Padang Kota Lama senang je. Keluar dari pintu utama Fort Cornwallis, belok kanan. Sampai ke jalan utama, lepas tu belok kiri dan terus je. Sampailah ke kawasan Padang Kota Lama. Menariknya Penang ni, nama jalan dia biasanya ada dua. Nama Melayu dan nama Inggerisnya yang merupakan nama asal. Contoh macam Jalan Padang Kota Lama, nama Inggerisnya Esplanade Road. Papan tanda di Penang jugak dibuat tinggi dan tiang di tengah-tengah, macam papan tanda kat Singapura.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang / Penang Municipal Council
Majlis Perbandaran Pulau Pinang / Penang Municipal Council

Dalam perjalanan nak ke kedai makan, ada bangunan lama di kiri jalan yang bagi aku sangat cantik sebab senibina lama dan merupakan bangunan lama. Tengok-tengok, rupanya bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Contoh bangunan lama yang kalau dipulihara dengan baik, boleh guna sampai hari ni. 🙂 Yang penting, maintenance!

Food court!
Food court!

Sampai hujung jalan, nanti akan sampai food court macam kat atas ni. Macam-macam ada! Pilih je nak makan apa. Tapi, yang paling terkenal [dan mahal!] kat sini, rojak pasembornya lah.

Kat food court ni jugak, ada dua pintu masuk. Kalau ke kanan, untuk makanan non-halal. Kalau ke kiri, untuk makanan halal. Jadi, jangan terkejut pulak kalau nak cari yang halal, terbelok kanan, nanti tengok semua tak halal je. Heheh.

Halal foods - left. Non-halal foods - turn right.
Halal foods – left.
Non-halal foods – turn right.

Aku dan Ijat pilih kedai Hussain Pasembor. Kami tak tau sebenarnya kedai mana yang best. Jadi, kami guna rule of thumb. Kami cari kedai yang paling ramai orang sekali. Kebetulan, masa kami sampai kedai rojak pasembor lain tak ada orang, dan dekat Hussain ramai beratur. Jadi, haruslah kami ke Hussain.

Hussain Pasembor. Try it! Best!
Hussain Pasembor. Try it! Best!

Tengok pilihan-pilihan yang ada. Gempak kan? Memang gempak seyh! Hehe. Rasa macam nak ambil semua kot!

Choose wisely.
Choose wisely.

Setiap jenis makanan ni harga lain-lain dan sesetengahnya harga ikut saiz. Tapi, hati-hati dengan udang/sotong. Harganya paling mahal dan sebab ikut saiz, jadi harga sangat subjektif. Kami ambil beberapa jenis yang ada, sebelum potong kecil-kecil, nampak sikit. Sekali dah potong dan curah kuah, penuh satu piring. Makan berdua je pulak tu. Untuk sepiring pasembor tu, kami dicaj RM 31.

Yang seronoknya makan kat sini, sebab tempat makan menghadap laut. Cantik pemandangannya. Dah lah open air, dengan angin dari laut lagi. Layan habis!

Sea view :)
Sea view 🙂

Dah habis makan, kami kekenyangan sangat. Tapi, perjalanan harus diteruskan. Apatah lagi perut tengah penuh. Aku paksa Ijat untuk sightseeing sambil berjalan kaki walaupun kami parkir kereta sebelah Fort Cornwallis je. Hehehe.

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 3]

2 Replies to “The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 2]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: