The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 3]

The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 3]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 2]

Dari food court Padang Kota Lama, kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke arah Dewan Sri Pinang. Maknanya, kami jalan terus ikut Jalan Tun Syed Sheh Barakbah menuju ke Lebuh Light [Light Street].

Menariknya jalan-jalan kat kawasan ni sebab kawasan ni ialah sebahagian daripada kawasan yang dah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO atau UNESCO World Heritage Site. Jadi, banyak bangunan lama yang masih digunakan, dipelihara dan dipulihara dengan baik sampai ke saat ini.

Mula-mula sekali bila keluar ke Light Street, kami nampak Mahkamah Tinggi Penang. Sebab kerja aku ni selalu ke mahkamah, tapi mahkamah Penang tak pernah sampai lagi, jadi excited pula dapat jejak kaki ke sini. Apatah lagi, bangunan dia sangat cantik terjaga.

Sessions Court building with the Logan Memorial in front of it.
Sessions Court building with the Logan Memorial in front of it.

Ada Tugu Logan depan Mahkamah Sesyen, tapi siapa Logan? Sedikit maklumat dari laman web http://www.penang-traveltips.com/lgn-memorial.htm:

The Logan Memorial, or Tugu Peringatan Logan, is a monument erected in memory of James Richardson Logan. James Logan was a champion of the rights of the non-Europeans in Penang. He came to Penang with his elder brother Abraham and began a law practise. In an age where the rights of the non-whites were often suppressed, he skillfully fought in a case of an Indian sireh planter against the East India Company.

Berhadapan dengan bangunan Mahkamah Sesyen ialah bangunan Mahkamah Tinggi yang dibina pada tahun 1903.

The High Court of Malaya in Penang [Front View]
The High Court of Malaya in Penang [Front View]
The High Court of Malaya in Penang [Rear View]
The High Court of Malaya in Penang [Rear View]

Information of the High Court Building...
Information of the High Court Building…
One of the old buildings along Light Street turned into a restaurant...
One of the old buildings along Light Street turned into a restaurant…

Kami jalan terus di Light Street dan terus tembus di kawasan Lebuh Farquhar [Farquhar Street]. Di Farquhar Street, letaknya lagi 2 ikon di kawasan Georgetown iaitu Muzium Negeri Pulau Pinang dan St. George’s Church.

The Penang State Museum...
The Penang State Museum…

Muzium Negeri ni dulunya pernah digunakan sebagai bangunan Penang Free School dari tahun 1821 hingga 1927 dan sebagai Hutchings School dari 1928 hingga 1960. Sekarang, bangunan Sekolah Kebangsaan Hutchings ada kat belakang bangunan muzium ini.

St. George's Church... built in 1818.
St. George’s Church… built in 1818.

Bangunan Gereja St. George pula siap dibina pada tahun 1818 dan merupakan gereja Anglican tertua di Asia Tenggara. Bangunan gereja ni terletak di hujung Farquhar Street [bahagian hadapan menghadap Farquhar Street] dan bahagian tepinya menghadap Jalan Masjid Kapitan Keling.

St. George’s Church menurut Wikipedia:

St. George’s Church on Lebuh Farquhar in George Town, PenangMalaysia, is the oldest Anglican church in Southeast Asia. It is an active congregation in the Upper North Archdeaconry of the Diocese of West Malaysia within the Church of the Province of South East Asia.

The landmark church was completed in 1818 on the initiative of the Penang Colonial Chaplain, Rev. Robert Sparke Hutchings (best known for his later founding of thePenang Free School). It was consecrated on 11 May 1819 by the Bishop of Calcutta,Thomas Fanshawe Middleton.

On 6 July 2007, the church was declared one the 50 National Treasures of Malaysia by the Malaysian government. It underwent a major restoration in 2009.

Sampai hujung Farquhar Street, kami belok kiri dan masuk semula ke Light Street.

A lot of old but well preserved buildings along this street.
A lot of old but well preserved buildings along this street.

Kami jalan terus dan sampai ke simpang Lebuh King [King Street]. Aku betul-betul tertarik dengan nama jalan di Penang sebab Penang merupakan satu-satunya negeri yang mana nama-nama jalan berunsurkan penjajah masih dikekalkan sampai ke hari ini. Kalau kat KL, nama-nama mat salleh semua dah jadi nama berunsur kebangsaan. Contohnya, di KL, Campbell Road jadi Jalan Dang Wangi dan Davidson Road jadi Jalan Hang Jebat.

King Street. Penang is the only state in Malaysia where most of the colonial-given road names are still being used till present days...
King Street. Penang is the only state in Malaysia where most of the colonial-given road names are still being used till present days…
Hong Leong Bank building at Light Street. A proof to show that well preserved old building can be used as anything, even as a bank...
Hong Leong Bank building at Light Street. A proof to show that well preserved old building can be used as anything, even as a bank…

Seronok jalan-jalan kat sini. Tengok lah. Bangunan lama pun masih boleh digunakan sebagai sebuah bank. Tak nampak langsung unsur-unsur dimamah usia. Memang terbukti, kalau bangunan lama dipulihara dengan baik, tak mustahil warisan-warisan macam ni akan kekal selamanya.

Macam bangunan Hong Leong Bank ni. Dulu pada pertengahan tahun 1800-an, bangunan ni dikenali sebagai Foo Tye Sin Mansion. Tapi, sekarang dah jadi bank.

Kat sepanjang jalan Lebuh Light ni juga letaknya bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

The Penang State Legislative Assembly building.
The Penang State Legislative Assembly building.

Satu perkara yang aku dan Ijat perasan sepanjang kami berjalan kaki di kawasan ni, kawasan ni memang bersih sangat! Serius bersih. Memang jelas terasa dan nampak kebersihannya terjaga. Aku dan Ijat siap cakap sesama kami, betul ke kami masih di Malaysia ni. Jangankan plastik-plastik atau polisterin-polisterin makanan, botol-botol air atau sampah-sampah kecil memang tak ada langsung!

Pedestrian walk along Street Light. Disabled-friendly and very clean!
Pedestrian walk along Street Light. Disabled-friendly and very clean!

Malah, pedestrian walk di sepanjang Lebuh Light mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sebelum menuju ke kereta, kami perasan ada satu lagi benda yang menarik perhatian kami. Macam menara jam, tapi dekorasinya sangat cantik dan ada macam tulisan di sekeliling menara jam tu. Menara jam tu letaknya dekat dengan bulatan Padang Kota Lama. Masa sampai mula-mula tadi, nampak dah. Tapi, bila dah nak habis berjalan, baru rasa tertarik nak tau, apa yang ditulis tu.

The Queen Victoria Memorial Clock Tower...
The Queen Victoria Memorial Clock Tower…

Rupa-rupanya, menara jam ni ialah menara jam sempena memperingati pemerintahan Jubli Intan Queen Victoria, iaitu pemerintahan selama 60 tahun. Menara jam ni dibina pada tahun 1897 kalau ikut sejarah dan tingginya 60 kaki, iaitu satu kaki sempena satu tahun pemerintahan baginda.

Menara ni siap pada tahun 1902 tapi malangnya, baginda Queen Victoria mangkat dulu sebelum sempat jejak kaki ke Penang…

Kami pun masuk semula ke Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, sebab kami parkir kereta di jalan ni, kat sebelah Fort Cornwallis.

Baru je nak masuk kereta, sekali Ijat panggil aku. Ada sesuatu yang menarik untuk dilihat di kawasan ni. Apa tu?

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 4]

4 Replies to “The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 3]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: