Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 4]
===
AHAD, 18 NOVEMBER 2012
Tepat jam 4.30 pagi, aku dah terjaga. Dalam 3 jam je tidur. Tapi, tak berani nak tidur balik sebab takut langsung tak terjaga. Aku dan Ijat masuk kategori 10km dan kategori kami akan dilepaskan jam 6.30 pagi. Lepas Subuh, aku dan Ijat jumpa Azmir dekat hotel dia dan kami ikut belakang kereta dia.
Kelam kabut bawak kereta sebab dah lambat dan tak tau jalan. Siap tersilap masuk jalan sehala! Nasib baik tak jadi apa-apa. Hehe. Dalam jam 6.20 pagi, kami sampai kawasan Eastin Hotel. Tak sempat nak warm up, terus lari. Haha. Tahun ni tahun terakhir Penang Bridge International Marathon buat di Jambatan Pulau Pinang sebab tahun depan insyaAllah larian dibuat di jambatan baru.
Dah habis lari, jumpa Azmir dengan kawan-kawan dia, Firdaus dan Ismail. Lepas tu jumpa Izzati dan uncle dan auntie dia. Apalagi, ambil gambarlah!


Dah habis lari, dalam pukul 10.00 pagi aku dan Ijat gerak balik hostel. Tapi, sampai Chulia Street, kami lepak sarapan dulu. Lapar kot!



Kami sarapan nasi putih dengan lauk sebab mamak kat sini tak ada nasi lemak, tak ada goreng-goreng. Yang ada nasi atau roti-roti. T.T Baru ingat nak makan mihun goreng. Hehe. Dah kenyang sarapan, kami pun gerak balik ke hostel.

Ni lah jalan nak ke hostel kami di Love Lane. Lalu Chulia Street, nampak je 7-Eleven tu, terus belok kanan.
Aku suka suasana kat Love Lane ni sebab jelas terasa klasiknya tempat ni. Bayangkan bangunan-bangunan kat sini kebanyakannya dibina pada tahun 1920-an dan sampai hari ni, masih elok lagi. Siap jadi tempat kami tidur. 😉

Lorong dia kecil, jadi kena pandu slow-slow. Lagipun, orang kat Penang bawak kereta agak merbahaya. Ada sikit sifat kiasu bagi aku.
Sampai-sampai hostel, Ijat terus tidur dan aku dengan tak rehatnya terus mandi dan drive ke Bayan Lepas sebab ada kawan masa aku Lower 6 kahwin. Dalam pukul 4 petang, aku sampai ke hostel balik dan aku kejut Ijat suruh siap-siap sebab nak jalan-jalan kat Penang ni. Dalam pukul 4.30, kami pun teruskan pengembaraan di Pulau Pinang.

Kat hostel ni ada disediakan basikal untuk disewa kalau ada sesiapa yang nak pusing keliling tapak warisan dunia UNESCO naik basikal. Tapi, kami memang tak larat. Jadi, kami decide nak drive je. Aku pun tak tahu berapa kadar sewaan basikal hostel ni.

Sebelum naik kereta, kami jalan-jalan dulu di Love Lane ni, tengok apa yang menarik kat sepanjang jalan ni.
![A Chinese National-Type [Vernacular] Primary School, right in front of our hostel. A very small school cramped between old buildings, established in 1929...](https://i1.wp.com/kakijalans.com/wp-content/uploads/2013/01/319018_4894396596769_64475834_n.jpg?resize=604%2C453)
Betul-betul depan hostel kami, ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shih Chung Pusat. Menariknya tentang sekolah ni, selain ditubuhkan pada 1929, sekolah ni sangat kecil dan bangunan dia macam bangunan rumah agam berbanding bangunan sekolah yang lain. Aku siap terfikir, macam manalah agaknya kan budak-budak sekolah ni pergi sekolah. Bas sekolah confirm tak muat masuk. Lepas tu, perhimpunan dia buat dekat mana? Hehe…

Love Lane ni memang banyak backpackers hostel. Jadi, travellers memang ramai yang dok usung backpack masuk kawasan ni. Macam hostel kami, Red Inn Heritage, kat tengah-tengah. Sebelah kanan ada Reggae Hostel Penang [Reggae Hostel ada satu lagi cawangan di KL, dipanggil Reggae Mansion, dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek] dan sebelah kiri ada Old Penang Guesthouse.
Jadi, kalau nak rasa duduk hostel berkonsep bangunan lama tahun 1920-an, mai duduk kat Love Lane. 🙂


BERSAMBUNG
TO BE CONTINUED
4 Comments
Pingback: The Pearl of the Orient: Penang [Day 1-Part 4] « The Best Things in Life…
Oohhh now I remember about the marathon in Penang that you said to me before! 😀
yup! The one that I whatsapp-ed u, telling u that I just got back from a 4-hour drive. LOL 😉
Pingback: The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 2] « The Best Things in Life…