The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 5]

The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 5]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 4]

===

Agak susah sebenarnya nak cari jalan ke Batu Feringhi. Atau mungkin aku yang fail cari jalan kali ni. Hehe. Tugas memandu kereta dari Bukit Bendera ke Batu Feringhi aku serahkan kat Ijat.

Misi utama kami sebenarnya nak cari kedai laksa yang aku dan famili aku makan masa kali terakhir kami ke Penang tahun 2002 dulu. Kedai tu betul-betul tepi pantai.

I think the design of this McD outlet is nice @ Penang
I think the design of this McD outlet is nice @ Penang

Kami ikut signboard Batu Feringhi, tapi lepas tu signboardnya hilang balik. Ada hilang ada hilang, akhirnya sesat dan pusing jalan sama berkali-kali sampai aku tertidur dalam kereta. Yelah, aku kan tak rehat dari lepas lari tadi. Mau tak letih.

Bukak-bukak mata, eh, dah keluar dari kawasan Georgetown dan lalu jalan berbukit. Tanya Ijat, kat mana ni? Ijat kata dah sampai jalan ke Batu Feringhi.

Malangnya, bila hari beransur malam, kami pun tak nampak mana kedai makcik laksa tu. Atau, mungkinkah kedai makcik tu terkesan dek tsunami 2004 dulu? Wallahu a’lam. Tapi, kami bernekad, esok siang nak cari lagi kedai makcik laksa tu!

Akhirnya, kami sampai kat Hard Rock Hotel. Saja nak masuk sebab tak pernah masuk Hard Rock Hotel. Tengah nak masuk, guard tanya, “nak pergi mana? [muka kami muka tak mampu tinggal kat Hard Rock ke? -_-“]. Ijat jawab, “nak buat u-turn jap“. Sebab ingat memang nak buat U-turn tak jadi nak masuk.

Bila dah masuk ke kawasan dalam parkir hotel, tengok guard tu dah tak layan kami, terus Ijat parkir kat tempat letak kereta.

Finally, we arrived at the Hard Rock Hotel, Penang...
Finally, we arrived at the Hard Rock Hotel, Penang…

Masa kami sampai, ada majlis resepsi kahwin kat hotel ni. Kami pun tak masuk dalam, sekadar bergambar kat kawasan luar.

Me and the Hard Rock Guitar.
Me and the Hard Rock Guitar.
Nice decoration at the Hard Rock Hotel, Penang lobby...
Nice decoration at the Hard Rock Hotel, Penang lobby…

Bersebelahan bangunan hotel, ada kedai cenderamata jual barangan Hard Rock dan juga ada Hard Rock Cafe. Menariknya tentang Hard Rock Cafe, kat pintu masuk cafe ni ada patung Abraham Lincoln Michael Jackson, yang dibuat seakan-akan patung Abraham Lincoln di Lincoln Memorial, Washington DC ukiran Daniel Chester French.

Looks like the statue at the Lincoln Memorial, DC.
Looks like the statue at the Lincoln Memorial, DC.

Kami tak masuk kedai cenderamata sebab budget traveller kan, jadi mana boleh jimat, kita jimat. Walaupun aku suka t-shirt Hard Rock Cafe, tapi aku tau, beli yang ori mesti mahal. Kan? Kan? Hahahah…

Berdekatan dengan kawasan hotel ni ada banyak kedai jual cenderamata. Kami keluar dari hotel, belok kiri dan tengok berderet kedai jual cenderamata kat tepi jalan.

Rows of stalls selling souvenirs at Batu Feringhi, Penang.
Rows of stalls selling souvenirs at Batu Feringhi, Penang.
More stalls selling souvenirs and cheap + imitation goods at Batu Feringhi, Penang...
More stalls selling souvenirs and cheap + imitation goods at Batu Feringhi, Penang…

Kami park kat satu kawasan [caj letak kereta: RM 2 per kereta] dan berjalan-jalan nak tengok-tengok apa cenderamata yang ada. Aku jumpa satu kedai jual Fridge Magnet [sejak aku gila travel, aku juga gila fridge magnet!] dan dapat beli dengan harga 4 – RM 10.

Jalan lagi ke depan, aku jumpa kedai jual t-shirt Hard Rock Cafe Penang!

A foreigner selling souvenirs to tourists in Batu Feringhi, Penang.
A foreigner selling souvenirs to tourists in Batu Feringhi, Penang. Please bargain as he personally told me, he sells the t-shirt with different prices for local travellers and foreign travellers.

Masa sampai sini, aku rasa tak ubah macam kat Phuket. Sebab yang jaga kedai dan jual barang bukan penduduk tempatan, tetapi rakyat asing. Sekurang-kurangnya, di Phuket aku sebagai orang luar tak terasa lah sangat. Tapi, bila di bumi sendiri, rasa macam pelik ada, sedih pun ada. Mana rakyat Malaysia yang lain? Takkan semua kerja nak bergantung pada tenaga luar?

Macam kedai t-shirt ni, yang jual orang Pakistan. Tapi, takpelah. Diorang pun cari rezeki. Harga asal t-shirt ni dia tawar RM 35 kat aku. Tapi, aku rasa mahal! Dah lah bukan yang ori. Haha. Aku tawar menawar dan akhirnya aku beli dengan harga  dalam RM 20 sehelai. Tu pun sebab Ijat ambil lagi 2 helai.

Tips: 

Tawar menawar perkara penting bila pergi kedai jual cenderamata macam ni. Sebab harga asal yang dia tawar kepada kita, memang harga tinggi. Cuba sedaya upaya untuk dapat harga terendah yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Macam t-shirt ni, abang Pakistan [aku dah lupa nama dia] ni bagitau, kalau pelancong asing, dia jual dengan harga RM 75! Bayangkan, RM 75 untuk t-shirt Hard Rock tak ori. Baik pelancong asing ni pergi Hard Rock Shop beli yang ori terus.

Lepas tu, kami terus berjalan dan nampak gerai macam sedap kat tepi jalan. Aku pesan sotong goreng tepung dan bihun sup.

Went to this stall for dinner - Opposite Holiday Inn Penang and beside TM building.
Went to this stall for dinner – Opposite Holiday Inn Penang and beside TM building.

Nama gerai kami pergi, JR Corner. Gerai ni jual makanan ala Thai termasuk tomyam. Selain tu, ada gerai mamak dan burger jugak kat kawasan ni. Gerai ni terletak betul-betul sebelah bangunan TM berhadapan Holiday Inn Hotel.

Patrons at the stall.
Patrons at the stall.

Harga tak mahal sangat. Tak silap aku, bihun sup aku makan cuma dalam RM 4. Memang berbaloi.

Tips:

Kalau ke JR Corner, cuba sotong goreng tepung dia. Memang sedap! Kalau kedai lain cuma rasa tepung kosong, gerai ni tepung dia ada rasa rempah-rempah dan pedas pedas sikit. Memang berbaloi-baloi!

If you go to JR Corner, do try their squid cooked in flour [sotong goreng tepung]. It’s so delicious as compared to other stalls. The combination of squid and flour at their stall has a spicy taste as well as herbs. Totally worth it!

Dah kenyang makan, kami pun beransur pulang ke hostel di Georgetown. Sesampai di hostel, sebelum masuk tidur, aku nampak ada satu gerai burger yang menarik perhatian aku, terletak di Chulia Street berhadapan dengan simpang Love Lane.

Apa lagi, terus aku singgah untuk supper!

Glory Glory Man Utd!
Glory Glory Man Utd!

Aku beli satu burger ayam kat sini. Aku tak ingat berapa harga burger dia, kalau tak silap dalam RM 3. Tapi, burger dia memang besar!

Dah makan supper berupa setengah biji burger [kongsi dengan Ijat], aku pun masuk ke bilik hostel, dengan perasaan sayu, sebab esok dah nak balik! T.T

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 1]

11 Replies to “The Pearl of the Orient: Penang [Day 2-Part 5]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: