The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 2]

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 2]

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 1]

===

Aliaa bagitau aku, dia nak bawa kami makan kat kedai mamak yang best kat Georgetown ni. Katanya, tunang dia pun tak berkesempatan ke sini lagi. Aku follow je belakang dia dan lepas tu kami sampai ke kedai makan tu. Namanya, Gerai Makanan dan Minuman MAJ. Letaknya? Di Lebuh Ah Quee.

The ummph-very-delicious small little Indian Muslim restaurant that we had breakfast at.
The ummph-very-delicious small little Indian Muslim restaurant that we had breakfast at.

Seriously, masa aku mula-mula nampak kedai ni, agak terkejutlah. Sebab kedai dia kecil je. Tak besar mana. Ruangan memasak dia kawasan batu, tempat makan dia pulak cuma diteduhi dengan awning zink. Masa kami sampai, dah dekat pukul 11.00 pagi. Dan awning dia takde kipas. Jadi, bayangkan jelah betapa panasnya masa tu. Tapi, ada ramai je orang makan kat sini! 😉

The restaurant is located at this road...
The restaurant is located at this road…

Tips:

  • Specialty kat sini, selain nasi briyani, ialah chapati dia. Try order chapati dia 2 keping. Sebab percayalah sekeping memang tak cukup!

  • Ada banyak kuah untuk cicah chapati tu. Aku cadangkan cuba kuah sardin dan gulai daging dia.

  • Untuk ke sini dari Love Lane, keluar ke Chulia St. dan belok kiri. Terus je sampai simpang kat Jalan Masjid Kapitan Keling. Belok kanan kat Jalan Masjid Kapitan Keling. Terus sikit dan belok kiri ke Lebuh Ah Quee. Jalan ke depan sikit dan toleh kanan. Haaa, tulah restorannya!

Aku order 2 keping capati dan kuah kami pilih kuah sardin dan gulai daging. Daging dia tu daging kisar. Rasa dia, pergh! Antara capati paling best pernah aku rasa. Sebab capati kat kedai ni lembut dan gebu. Pada masa yang sama, ada macam garing-garing sikit. Memang tak sia-sia lah Aliaa kenalkan kami kat kedai ni. Tapi, berapa harga aku tak taulah sebab Aliaa belanja kami pagi tu. Hehehe.

Tried their capati [recommended to order 2 pieces] and the minced beef curry as well as sardines in chilli paste.
Tried their capati [recommended to order 2 pieces] and the minced beef curry as well as sardines in chilli paste.
The man behind the capati that we had... hehehe
The man behind the capati that we had… hehehe

Lepas dah selesai breakfast, Aliaa kena balik pejabat dan kami pun ingat nak pusing keliling Penang sebelum balik. Lepas dah cakap thanks dan bye-bye. Kami pun ikut belakang kereta Aliaa jalan terus nak keluar dari Lebuh Ah Quee. Tiba-tiba, nampak ramai orang bergambar dekat tepi dinding. Tepi dinding lama kat kawasan jalan ni.  Dah tu, yang dok bergambar bukan pelancong tempatan je, pelancong luar mat-minah salleh pun ada.

Apa yang istimewanya dengan dinding tu sampai semua orang berebut-rebut nak ambil gambar kat situ??

Bila kami amati apa yang ada kat dinding tu, baru kami perasan, ini lah antara street art yang dipromote pada brochure kat hostel yang kami tinggal tu! Ala, macam yang ada kat Muntri St. dan Stewart Lane tu.

Cuma, jalan ni jalan kecil, kereta ada yang parkir tepi jalan, dan jalan ni memang banyak kenderaan guna untuk keluar ke Lebuh Pantai. Sebab tak ada tempat nak letak kereta, kami pusing menuju ke arah Padang Kota Lama balik untuk pusing balik ke Lebuh Ah Quee ni.

Masa tengah pusing kat sekitar kawasan core World Heritage Site, memang banyak bangunan-bangunan lama antaranya yang berunsur senibina kolonial yang elok terpulihara. Catnya pun cantik lagi. Aku rasa, memang ada bajet untuk pastikan cat kekal elok kot. Hehe.

A street with old buildings in Georgetown...
A street with old buildings in Georgetown…
Look at how they preserve the building...
Look at how they preserve the building…
Still standing...
Still standing…
An old building turned into government agencies office in Georgetown...
Even Tourism Malaysia uses the old building as their office…
There is also a Siamese Wat in Penang... No need to go to Bangkok ;p
There is also a Siamese Wat in Penang… No need to go to Bangkok ;p

Masa tengah drive, tengok ada Wat Siam besar dan cantik kat sebelah kiri Lorong Burmah. Macam kat Thailand dah. Rupanya, itulah Wat Chayamangkalaram.

Wat Chayamangkalaram at Lorong Burmah, Georgetown, Penang. Photo (c) http://www.visitpenang.gov.my/portal3/what-to-see/attractions/wat-chayamangkalaram.html
Wat Chayamangkalaram at Lorong Burmah, Georgetown, Penang. Photo (c) http://www.visitpenang.gov.my/portal3/what-to-see/attractions/wat-chayamangkalaram.html

BERSAMBUNG

TO BE CONTINUED

The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 3]

2 Replies to “The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-Part 2]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: