Di Kuala Lumpur, ada banyak sebenarnya tempat menarik yang kita boleh pergi untuk bersantai di hujung minggu selain ke pusat beli belah yang memang dah berselerak banyak. 🙂
Kalau ada kesempatan, cuma pergi ke kawasan Taman Tasik Perdana sebab di kawasan ni, ada banyak taman-taman selain memorial dan tarikan-tarikan lain macam Planetarium Negara. Semua tarikan kat kawasan ni letaknya dekat-dekat je antara satu sama lain.
Baru-baru ni [9 Februari 2013], sebab aku rasa nak buat sesuatu yang bermanfaat dan boleh menambah ilmu, aku pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur [Kuala Lumpur Bird Park] yang terletak kat kawasan Tasik Perdana [Kuala Lumpur Lake Gardens].

Aku ke sana naik kereta je sebab pergi pagi-pagi, jadi jalan sangat lengang.

Selain pandu sendiri, cara lain nak ke sana ialah naik public transport.
By public transport
Rapid KL Bus No. B115 from Kotaraya to Jalan Parlimen
KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service, disembark at Station No. 14 in front of KL Bird Park Main Entrance. Buses available at every 30 to 45 minutes interval.
By KTM Commuter Train, disembark at the KTM Old Railway Kuala Lumpur Station located near the National Mosque
Public taxis – Advisable to look for taxis that uses the coupon or meter system.

Sampai-sampai terus beli tiket untuk masuk. Oh, Taman Burung Kuala Lumpur ni buka pada setiap cuti umum! Jadi, kalau time cuti tak tau nak ke mana, boleh lah pergi sini.
Kaunter tiket masuk ada kat hujung jalan. Tu pintu masuk utama. Satu lagi pintu masuk ialah melalui kawasan restoran.

Apa yang bestnya KL Bird Park ni? Yang paling bestnya ialah KL Bird Park ni ialah taman burung terbesar di dunia yang mana burung-burung dalam ni di lepas bebas! World Largest Free-Flight Walk-In Aviary kata taglinenya. Tak percaya? Jom masuk!

Sebelum masuk, sila ambil brochure macam kat atas ni tau. Sebab ada peta. Jadi, at least kita tahu zon mana dah pergi, zon mana belum. Keseluruhannya ada 4 zon dalam taman ni.


Kali terakhir aku ke Taman Burung KL ni ialah tahun 1999, masa Darjah 6! Lawatan sekolah agama. Aku memang tak ingat apa pun pasal taman ni. Hehe. Tapi, bila masuk balik, rasa cantik sangat taman ni. Suasana kat dalam ni memang dibuat secara realistik sampaikan ada sungai buatan, air terjun buatan, gua buatan…






4 Comments
Aku pernah pergi ke sini, tapi naik cab krn blum paham naik kereta atau bus haha!
Haha. Kalau gk tahu jalannya memang gk paham. tapi, bila udah tau, gampang aja! 😉
Pingback: Visit Malaysia: Kuala Lumpur Bird Park [Part 2] | The Best Things in Life
Pingback: Kuala Lumpur’s Lake Gardens | backpackerlee