Epilog – The Pearl of the Orient: Penang

Epilog – The Pearl of the Orient: Penang

Bersambung dari: The Pearl of the Orient: Penang [Day 3-FINALE]

===

Penang, I will be back!
Penang, I will be back!

Pulau Pinang Pulau Mutiara. Lebih 10 tahun aku tak jejak kaki kat Penang, bukan sikit perubahan yang ada kat Penang ni. Apa yang aku nampak, dari segi kebersihan, memang tak dinafikan Penang agak bersih banding dengan negeri-negeri lain kat Malaysia. Sampah kat tepi jalan baik kat pekan mahupun kampung memang hampir tak ada. Aku difahamkan yang mungkin ada kaitan dengan pengharaman beg plastik kat negeri ni. Hehe.. Bayangkan, beli baju takde beg plastik. Giler enviro-friendly. Hehe.

Aku juga suka dengan bangunan kat area World Heritage Site. Masa aku kecik dulu, banyak masa kami satu family spend kat Batu Feringhi. Yelah, budak lagi. Mana nak tengok sangat bangunan lama-lama. Rasa tak berfaedah. Dah besar baru rasa faedahnya. 😉 Bangunan kat sini memang alhamdulillah, terjaga baik. Kalau kat Melaka dicat merah, kat sini dicat putih. Jadi, rasa bersih dan cerah je.

Tarikan Penang Street Art macam mural dan arca tu pun unik dan buat bangunan lama nampak lagi stailo. Tapi, aku harap mural tu dimaintain sebabnya saban tahun mesti makin luntur. Kalau tak maintain, lama-lama hilang macam tu je. Rugi!

Makanan tak payah cakaplah. Penang syurga makanan. Apa yang ada kat Penang, semua to-die-for dan must-try-before-you-die. Hehe. Tapi, aku pun tak habis try semua lagi. Pasembor, laksa, nasi kandar… Memang terbaik!

Tapi, ada juga benda yang kurang menarik pasal Penang ni. Pertama, sistem jalan sehala di kawasan Padang Kota Lama. Niat sistem ni bagus, sebab nak kurangkan kesesakan. Berjaya atau tak, wallahu a’lam sebab aku tak lama kat sini. Tapi, agak susah sebab bila dah sesat, kita kena pusing satu round besar dan lepas tu pilih lorong yang betul.

Kedua, pemandu dan cara pemanduan orang-orang Penang. Walaupun Penang ni sebahagian dari Malaysia dan disambungkan oleh sebuah jambatan, tapi kebanyakan [bukan semua] rakyat Penang bawa kereta macam dunia dah nak kiamat. Dah la laju dan suka hon [macam di Medan], lepas tu ciri-ciri kiasu tu memang ada. Bayangkan, aku tengah jalan lurus ke depan, kereta yang keluar simpang nak juga keluar tak nak tunggu aku lepas dulu. Bukan sorang dua.

Memetik kata-kata kawan aku yang duduk Penang: Drive kat Penang kena berani!

Apapun, aku bersyukur sebab dapat juga ke Penang dan rasai sendiri warna warni negeri Pulau Mutiara ni. Walaupun sekejap, tapi dah cukup memberi kepuasan dan kegembiraan. Siapa kata Malaysia tak ada destinasi menarik untuk bercuti? 😉 Pack you bags and go travel!

TAMAT|THE END

3 Replies to “Epilog – The Pearl of the Orient: Penang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: