Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 1]
===
Bila dah tengahari, kami semua lapar sangat. Tapi, memandangkan tak ada lantik agen mahupun tour guide, kami tak tahu nak makan kat mana. Jadi, kami redah jelah.

Kami memang tak tahu nak ke mana. Keluar hotel, kat jalan besar, kami belok kanan. MasyaAllah banyak betul kereta! Hehe.
Mula-mula kami nampak satu kedai makan kat tepi jalan ni. Dah nak masuk dah. Tapi, sebab kami meragui status kehalalannya, kami keluar balik dan mencari-cari restoran lain.
Sampailah kami nampak signboard Mbah Jingkrak. Terus kami ke sana.


Mbah Jingkrak ni letaknya di Jl Beringin. Lorong-lorong jalan off Jl Imam Bonjol. Yang feymes kat sini, tak lain dan tak bukan ialah ayam penyetnya. Ada beberapa jenis sambal kat sini. Dan yang aku pelik, masa nak order nasi, ada nasi merah. Sampai sekarang aku tak tau nasi apa tu. Haha. Tapi, layan jee.
Aku tengok senarai harga makanan kat sini, murah! Kalau set ayam penyet dengan nasi kat Malaysia standard dalam RM 10 [Rp 30,000], tengok harganya kat sini:

Rp 13,000!~ Dalam RM 4.33 untuk satu set nasi ayam penyet. T.T Murah kan? Tapi, sebab kami sekeluarga lapar dan nak try macam-macam, kami tak ambil set.
Oh, suasana kedai makan Mbah Jingkrak pun menarik. Penuh kesenian dan tradisi. Jelas terasa keJawaannya. Hehe. Satu benda aku suka dengan orang Indonesia, budaya dan kesenian diorang sangat kuat berbanding kita yang selalu pandang hebat kat budaya Barat.


![The smashed-chicken with the delicious 'sambal' [chilli paste]...](https://i1.wp.com/kakijalans.com/wp-content/uploads/2013/04/2012-12-21-13-17-19.jpg?resize=577%2C1024)

Kami pun makan nasi dan ayam dan sambal-sambalnya. Sambal dia memang sedap. Ada banyak jenis sambal yang berbeza, kami ambil 3. Yang paling pedas yang sebelah kanan tu. Berpeluh aku makan walaupun dalam air-cond.
Lepas dah habis makan, kami nak balik hotel, tapi hujan turun lebat sangat.

Kami tunggu 2 jam kat sini, tapi hujan tak berhenti-henti. Sampai tertidur-tidur kat kerusi dan sofa. Sampailah dalam pukul 3 lebih, hujan tak berhenti-henti, tauke Mbah Jingkrak ni kesian tengok kami.
Lepas sembang-sembang dengan dia, tanya pasal hidup kat Semarang, bisnes, lepas tu dia call driver dia untuk bawa 2 buah Toyota Alphard untuk hantar kami ke hotel.
Terharu betul kami. Tak ada pertalian saudara, cuma customer kat restoran dia, dan baru jumpa beberapa minit, tapi dia sanggup call pekerja dia untuk bawak kami ke hotel naik kereta besar. Memang terharu. Memang more than friendly. Hehe. Dah lah dia memang friendly.

Sesampai je hotel, kami berehat-rehat dan tak buat aktiviti apa pun sebab hari hujan. Aku balik-balik bilik, bangun-tidur berkali-kali sampailah akhirnya aku tertidur dan tak sedar apa dah…

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED
16 Comments
Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 1] | The Best Things in Life
Menakutkan betul Mbah ni!
Tulah pasal bang. Nasib baik mbah ni tak masuk mimpi! Haha
ok patung last skali tu.. kalo 1st time tgk mmg mcm org betol. ngeri dowh! hahah…
hehe. real kan bro? aku tengok pun macam seram je.
sudah 3 tahun tak pergi ke Semarang, nice post anyway π it keeps me wander around
haha. thanks feb! π keep reading okay?
Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 3] | The Best Things in Life
ah foods!
yummyy.. kan? π
Di indonesia ada bermacam beras untuk nasi..ada beras putih (biasa),beras merah (lebih menyehatkan dari beras putih), dan juga beras hitam (untuk makan burung) π
Beras merah sudah jarang dijumpa dan mahal
oh yeke? jadi saya makan beras sihat lah ya? haha. oh, saya ingatkan harganya semua sama saja. tapi, beras merah tu buat dari apa ya?
jenis berasnys memang beras merah. bentuknya seperti beras putih tapi warnanya merah. tidak semanis beras putih krn kadar glukosany lenih rendah.
Pingback: Road Trip Semarang ala Blogger Travel Malaysia – dotsemarang
Dari biji padi jenis merah (natural colour)…maaf apa di malaysia tak ada? Konon dahulu dibawa dari negeri china oleh pedagang2…
Rasa-rasanya tak ada di Malaysia ni. Sebab masa ke sana, kami semua tertanya-tanya, nasi apa itu? π