More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 3]

More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 3]

Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 2]

===

22 Disember 2012 [Hari Kedua]

Seawal pukul 7.30 pagi, kami pergi ke restoran hotel untuk sarapan pagi. Hotel ni ada sediakan sarapan, tapi bukan buffet lah. Menu untuk hari ni, pilihan sama ada roti bakar dengan coklat atau nasi+ bihun lauk rendang telur. Terkejut aku. Di Semarang, pagi-pagi lagi orang dah makan nasi!

Roti bakar inti chocolate rice...
Roti bakar inti chocolate rice…
Nasi lauk rendang telur. Sedap!
Nasi lauk rendang telur. Sedap!

Lepas sarapan, kami lepak kat lobby sebab tengah plan apa nak buat harini. Kan kami tak ada ambil tour guide untuk trip ke sini. Dari pukul 9.00 sampai pukul 10.00 lebih, berbincang dengan famili aku, macam mana dan apa nak dibuat, akhirnya kami ambil keputusan untuk hire tour agent.

Terima kasih kepada rakan blogger aku Tim [Mixed Up Already], aku pun dok berwhatsapp dengan dia, minta tolong jasa baik dia recommendkan tour agent sebab kebetulan dia asal Semarang dan ayah dia pun ada kawan bukak business travel agency. Akhirnya, kami guna khidmat Patent Tour & Travel.

Dalam pukul 11.00 pagi, tour agent ambil kami di hotel dan selesaikan urusan pembayaran kat pejabat diaorang. Masa dalam perjalanan, nampaklah suasana di Semarang. Memang padat bandar ni.

Patent Tour & Travel's office :)
Patent Tour & Travel’s office 🙂

Selesai urusan pembayaran, kami naik 2 van untuk ke tempat persinggahan pertama [dan terakhir] kami untuk harini, Candi Borobudur! Tour guide kami nama Jonathan. Pandai cakap Perancis. Sebab Perancis aku dah berkarat, ada satu soalan mudah dia tanya aku, aku tak boleh jawab. Malu~ Haha. Adik aku Alya lagi best. Panggil nama timang-timangan, abang Atan. Hehe.

Salam Laos Restaurant...
Salam Laos Restaurant…

Sebelum ke Borobudur yang mana letaknya ke selatan Semarang [menuju ke Yogjakarta], kami singgah makan dulu ke Pondok Makan Salam Laos untuk lunch. Honestly, aku tak tau macam mana nak terangkan jalan ke sini sebabnya jalan dia pusing-pusing! Tapi, alamatnya ini: Jalan Kolonel Hj. Imam Suparto.

Mula-mula dibawa ke sini, aku pelik. Kenapa datang ke Indonesia tapi nak makan makanan Laos. Rupanya, Laos ni bukan negara Laos, tapi lengkuas! *facepalm*

Rare scenery: A man selling goat just by the roadside in a city ;)
Rare scenery: A man selling goat just by the roadside in a city 😉

Perjalanan ke Borobudur memakan masa berjam-jam. Walaupun kalau ikut Google Map jarak dari Semarang ke Borobudur cuma 124km [lebih kurang dari Shah Alam ke Kuala Pilah], tapi sebab bukan sepanjang perjalanan lalu highway, apatah lagi ramai yang nak balik kampung sempena cuti Krismas, jalan memang jem teruk! Atau bak kata pak supir: Macet total!

Asalnya kami lalu highway dari Semarang sampai ke Ambarawa. Tapi, highwaynya tak siap habis, jadi lepas tu kena lalu jalan kampung. Highwaynya lebih kurang macam di Malaysia. Tapi, pembayaran elektronik belum meluas dan rasa agak sempit antara satu lorong ke satu lorong. Satu lagi yang unik, kena hati-hati memandu walau di highway sebabnya ada antara lori yang memandu antara lorong kanan dan kiri i.e. kat tengah2!

On the highway from Semarang heading towards Borobudur...
On the highway from Semarang heading towards Borobudur…
Approaching the Banyumanik toll plaza...
Approaching the Banyumanik toll plaza…

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED

PART 4

5 Replies to “More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 3]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: