Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 5]
===
23 Disember 2012 [Hari Ketiga]
Bangun-bangun pagi, lepas breakfast kat hotel, tour guide kami pun sampai. Sebab dah dekat dengan Krismas, Jonathan tak jadi guide kami hari ni sebab dia balik kampung. Dia diganti dengan seorang guide lain [tapi aku dah lupa nama dia. Haha].
Hari ni kami diberitahu kami akan melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Semarang. Memang sebelum ke sini, kami buat research, Semarang ni terkenal sebab sejarahnya. Macam Melaka lah, banyak bangunan bersejarah.
Tempat pertama kami tuju, Lawang Sewu.

Lawang Sewu ni dalam bahasa Jawa maksudnya Seribu Pintu. Tempat ni dulu dijadikan ibu pejabat syarikat keretapi Syarikat Hindia Timur Belanda. Lepas tu, bila Jepun jajah Semarang, bangunan ni sebahagiannya ditukar jadi penjara dan tempat execution. Sekarang, bangunan ni dijaga oleh syarikat keretapi nasional Indonesia [PERSERO].

Lawang Sewu ni letaknya dekat dengan jalan utama, dekat dengan kawasan Tugu Muda. Seni bina zaman Belanda boleh nampak kat hiasan luaran bangunan ni. Lawang Sewu ni ada beberapa bangunan, tapi bangunan A tak dibuka lagi kepada pengunjung.

Bila kami jalan-jalan dalam ni, naik ke atas, baru kami faham kenapa dipanggil seribu pintu. Sebabnya memang ada beribu pintu kat sini. Dan sebab bangunan ni bangunan lama, yang ada sejarah orang mati kena bunuh, memang ada perasaan seram… Tak percaya? Jom!



Dekat Lawang Sewu jugak, ada terowong bawah tanah yang dijadikan penjara oleh orang Jepun untuk seksa tahanan. Asalnya untuk cooling system. Dengar cerita, terowong ni berhantu. Sebab ramai kena bunuh kat sini.
Tak sah datang Lawang Sewu tapi tak masuk dalam terowong ni. Bila masuk dalam ni, diorang akan bagi sepasang but dan torch light. Sebab dalam terowong, gelap gelita!





Ok, seram pulak rasanya. Haha. Dah habis tour Lawang Sewu, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya…
BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED
6 Comments
Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 5] | The Best Things in Life
Interesting! Never heard of this before. “Dilarang Keras” just sound so wrong or probably it’s just me. anddd the hallway really mind-blowing eh. Best place for photography!
LOL. I’ve never heard of this place until we decided to visit the city itself ;p. I think Dilarang Keras is how they say it. In BM we normally just say Dilarang without the Keras. LOL. Yeah, the best place for photography. You SHOULD come and visit this place bro!
Wah you went to the underground!
I think some of the mystical tv show in the past used the underground for the setting 😛
Yeah, it was scary and stuffy! Haha
I’ve heard that a movie, Dendam Kuntilanak was also shot here. Hehe
Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 7] – Gedung Batu | The Best Things in Life