More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 7] – Gedung Batu

More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 7] – Gedung Batu

Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 6]

===

Perjalanan kami sekeluarga diteruskan ke Gedung Batu. Masa dalam perjalanan ke sini, nampak rumah-rumah dibina tepi sungai, tepi lereng bukit. Rapat-rapat. Padat sangat.

So packed but nice view....
So packed but nice view….

Apa tu Gedung Batu?

Sumber dari Wikipedia:

Sam Poo Kong (三保洞), also known as Gedung Batu Temple, is the oldest Chinese temple in Semarang, Central Java, Indonesia. Originally established by a Chinese Muslim explorer, it is now shared by Indonesians of multiple religious denominations, including Muslims and Buddhists, and ethnicities, including Chinese and Javanese.[1][2]

Ya, Gedung Batu ni sebenarnya tokong Cina. Besar dan memang terserlah senibina Cina. Dibina sebagai menghargai kedatangan Laksamana Cheng Ho/Zheng He yang dikatakan pernah ke sini dulu pada tahun 1405.

The temple entrance...
The temple entrance…
The Chinese style architecture is clearly visible...
The Chinese style architecture is clearly visible…

Kawasan tokong ni besar dan memang dibuka untuk orang awam melawat. Kecuali ada satu bangunan bila korang masuk, bangunan tu sebelah kanan. Bangunan tu cuma dibuka untuk orang-orang yang nak sembahyang. Kalau nak melawat, boleh tengok dari luar je.

Dalam tokong ni jugak ada disediakan sudut untuk sewa baju tradisional Cina. Lepas tu bergambar. Sebab seriously, bila masuk dalam ni, rasa macam ada kat Beijing. Hehe. Bumbung dan bangunan memang terserlah senibina Cina. Aku kagum sebab dalam sebuah negara yang mana semua kaum diasimilasikan menjadi bangsa Indonesia, tapi kebudayaan sendiri masih tetap terjaga.

The main temple hall, which is not opened to the public [except for the devotees]
The main temple hall, which is not opened to the public [except for the devotees]
Selain tu, dalam tokong ni jugak ada patung-patung dewa dalam kepercayaan Buddhism selain patung gergasi laksamana Cheng Ho.

The giant statue of Admiral Cheng Ho...
The giant statue of Admiral Cheng Ho…
But, is it really a GIANT statue? ;p
But, is it really a GIANT statue? ;p
One of the prayer halls with a nice small garden...
One of the prayer halls with a nice small garden…

Lepas dah berposing dan hayati kesenian senibina Cina kat Gedung Batu, kami pun teruskan perjalanan. Destinasi kami seterusnya: Outstadt.

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED

PART 8

2 Replies to “More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 7] – Gedung Batu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: