Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 8]
===
Dari Kota Lama, tour guide kami tanya, “Mau ke tempat yang dingin gak?“. Aku terfikir, ada rumah salji ke? Haha. Sebab cuaca panas tengahari ni, jadi kami sekeluarga pun di bawa ke shopping mall paling latest kat Semarang, Paragon City Mall. Tour guide kami bagi kami 2 jam untuk lepak sini.

Kami pun pusing-pusing dalam ni. Aku beli sehelai dua t-shirt dekat store feveret aku kalau ke Indonesia, Matahari Departmental Store. Suasana dalam mall ni saling tak tumpah macam kat Mid Valley kalau nak dibanding dengan Malaysia. Serupa dari segi ramai orang kat dalam ni. Penuh! Siap masa kami nak keluar, jem!
Dari Paragon, kami singgah kawasan town sebab bapak aku cari kedai basikal. Ada barang nak beli katanya. Sementara bapak aku ke sana, aku ke money changer sebab nak tukar duit Rupiah.


Perjalanan kami diteruskan ke Masjid Agung Jawa Tengah.

Masjid ni letaknya di Jalan Gajah Raya. Ada banyak masjid di Semarang, tapi masjid ni antara masjid paling terkenal. Masa kami masuk ke dalam pagar masjid, nampak masjid ni sangat ‘hidup’. Ada gerai-gerai jual macam-macam barang daripada barang runcit ke barang ibadah. Siap ada orang yang jogging berlap-lap keliling masjid.
Cuma sayang, di tempat parking, aku nampak banyak sampah, plastik dan botol-botol dibuang macam tu je. Aku harap pengunjung masjid ni dapat jaga kebersihan persekitaran sebab masjid ni sendiri dah cantik. Tapi, kalau tak bersih sekitarnya, memang sayang…
Apa yang menarik/unik pasal masjid ni?
1. Senibina masjid. Tengah-tengah ialah ruang solat utama, dan di kiri kanan ada bangunan tambahan macam pusat konvensyen, dewan serbaguna, dewan kuliah. Jadi, banyak aktiviti boleh buat.

2. Masjid yang dibina pada tahun 2005 ni berkapasiti 15,000 orang. Ok, tak ada kaitan dengan apa yang aku nak bagitau sebenarnya. Haha. Keunikan masjid ni lagi satu ialah ada 6 payung automatik [payung hidraulik] macam kat Masjid Nabawi.
Tour guide kami kata, 6 batang payung melambangkan 6 rukun iman. Dan payung ni digunakan masa solat Jumaat untuk cover jemaah yang duduk luar, atau bila ada pengunjung asing yang datang. Kami tak dikira asing sangat, jadi payung tak bukak… 🙁 Hehehe.

3. Masjid ni jugak ada satu gerbang yang tertulis 99 nama Allah yang disokong oleh 25 batang tiang melambangkan 25 nabi dan rasul. Masjid ni jugak dikelilingi kawasan perumahan dan sawah padi. Memang tenang je rasa kat sini…

4. Yang paling menarik, menara masjid ni, namanya Menara Asmaul-Husna. Kalau kat Malaysia, menara masjid cuma untuk letak speaker. Kat masjid ni, menara dibuka untuk orang ramai. Sebab ada lif dalamnya dan ada ruang observation deck. Observation deck dia pulak open air. Memang terbaik!
Menara ni tinggi 99 meter [sempena 99 nama Allah]. Ada satu stesen radio dakwah dan selain observation deck, ada restoran berputar. Tingkat bawah menara pulak ada muzium.
Tips:
Banyakkan bersabar sebab memang ramai orang akan beratur untuk naik menara ni. Dan juga banyakkan bertawakal sebab dalam lif yang kecil tu, diorang akan sumbat seramai mungkin orang 😉




Turun dari menara masjid, kami pun bersiap untuk ke Simpang Lima iaitu pusat bandar Semarang. Aku singgah satu kedai kat masjid ni sebab nak beli air, sekali aku jumpa VCD ni… dijual di kedai masjid. Apa boleh aku kata… wow!? Hahah.

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED
2 Comments
Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 8] – Outstadt | The Best Things in Life
Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 10] | The Best Things in Life