More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 10]

More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 10]

Sebelum ini: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 9]

===

Dari Masjid Agung Jawa Tengah, kami semua ke Simpang Lima. Simpang Lima ni dikira sebagai pusat bandar Semarang. Nama dia Simpang Lima sebab sebenarnya tempat ni satu roundabout besar ada 5 simpang. Jadilah namanya Simpang Lima.

The Semarang city centre is situated at a roundabout...
The Semarang city centre is situated at a roundabout…

Tengah-tengah Simpang Lima ni ada macam padang dan keliling kawasan ni ada shopping complex dan tempat beli oleh-oleh. Masa kami sampai sini, ramai famili bawak anak-anak main roller blade. Rupanya, kat sini roller blade memang trend dan biasanya, hujung minggu jalan kat sini tutup untuk budak-budak main roller blade. Sambutan perayaan pun biasanya buat kat sini.

Sampai sini, adik aku nak cari mafla untuk boipren dia. Tapi, banyak kedai tutup pulak.

If you want to try traditional foods, park your car by the roadside and head to the many stalls available at Simpang Lima, beside the shopping malls...
If you want to try traditional foods, park your car by the roadside and head to the many stalls available at Simpang Lima, beside the shopping malls…

Lepas adik aku dah dapat apa yang dia nak, kami pun ke kedai oleh-oleh kat sini. Oleh-oleh paling sesuai untuk dibawa balik dari Semarang ialah makanan! 🙂 Sebab makanan kat sini unik, dia fusion antara makanan Cina dan Indonesia dan lain-lain. Memang terbaik!

Bandeng Juwana, the best place to buy food-souvenirs at Semarang...
Bandeng Juwana, the best place to buy food-souvenirs at Semarang…

Kat sini, parents aku ada la beli beberapa makanan. Aku pun beli jugak. Antara yang aku beli, lunpia. Lunpia macam popiah, tapi dalam dia ada rebung. Dia ada banyak jenis inti. Siap bawang, cili dan sos pencecah. Siapa tak suka rebung, konfem tak lepas makan lumpia. Tapi, aku dah lupa harga dia…

Lunpia already packed in boxes...
Lunpia already packed in boxes…

Selain itu, aku beli wingko babat.

Wingko babat, with its many flavours and prices...
Wingko babat, with its many flavours and prices…

Wingko babat ni kuih bentuk bulat, diperbuat dari kelapa dan pulut. Lepas tu ada banyak perisa. Rasa dia memang sedap. Masuk-masuk kedai ni, dapat bau dia, pergh! Best! Hehe.

Tips:

Bila keluar dari Bandeng Juwana, ada ramai orang jual wingko babat tepi jalan, bawah payung. Harga lebih murah dari Bandeng Juwana tapi saiz lebih kecil dan rasa tak banyak pilihan. Jadi, pilihan di tangan korang. Aku beli dua-dua, sebab nak rasa macam mana rasa yang kat luar. Tapi, yang dijual Bandeng Juwana memang terbaik.

Aku jugak beli kuih moci.

Kuih moaci.. just like the Japanese mochi...
Kuih moaci.. just like the Japanese mochi…

Lepas dah selesai shopping kat sini, kami pergi makan malam. Malam ni makan ayam penyet!

Super Penyet - the 'sambal' is very spicy, yet I loved it!
Super Penyet – the ‘sambal’ is very spicy, yet I loved it!

Kami makan kat Super Penyet. Ramai giler orang kat dalam ni. Penuh sangat.

This-is-super! [Ayam Penyet/Smashed Chicken]
This-is-super! [Ayam Penyet/Smashed Chicken]

Dah habis makan, dah kenyang, kami pun balik ke hotel. Malam ni malam terakhir kami kat Semarang. Pagi esok kami nak balik ke KL  dah. Jadi, aku pun cakap terima kasih kat Tian dan janji untuk keep in touch.

Thanks a lot bro!
Thanks a lot bro!

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED

PART 11

2 Replies to “More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 10]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: